Showing posts with label Marzaqah Thahirah. Show all posts
Showing posts with label Marzaqah Thahirah. Show all posts

Sunday, 18 October 2020

,

Allah cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar rupanya kakak dah genap 5 tahun dah. Rasa masih baru lagi lahirkan kakak. Menjaga kakak ni, mudah tak banyak ragam dia. Sejak dah pandai dan tahu apa itu "birthday" jadi ni tahun yang kedua kami sambut hari lahirnya.


Selamat Hari Lahir Kakak
Selamat Hari Lahir Kakak


Kalau ikut perancangan awal, nak balik rumah opah dia sambut birthday tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, ayahnya beli kek dan panggil kawan-kawan dia makan kat rumah. Seronok betul dia masa tu. Bertambah seronok bila dia dapat hadiah skuter dari ayahnya. Dah lama dah dia mintak skuter tu, tapi tak beli pun haha.


Sejak jadi kakak ni, dia dah pandai gelarkan dirinya kakak. Bila mintak tolong pun sekarang dah boleh diharap. Bila adik nangis, dia yang pujuk siap berzikir lagi untuk adik. Tapi... Haaa ada jugak tapi, bila sampai time dia malas, bila mintak tolong je macam-macam alasan dia bagi tau. Sakit kepala la, sakit itu la, sakit ini la. Alahaiii kakak macam-macam hal.


Apa-apa pun, ibu dan ayah sentiasa doakan kejayaan kakak dunia dan akhirat. Semoga kakak jadi kakak yang baik buat adik, jadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki kakak. Ibu ayah sayang kakak.


Teringat pulak masa kinah masuk hospital aritu, kakak pulak dekat kampung. Berjurai jugak air mata ni sebab terpaksa berjauhan dengan kakak. Iyela sebelum ni pun mana pernah berenggang. Bila dia buat video call, sayu je rasa. Mulalah air mata ni beelinang dan masa tu barulah rasa rindu. Sekarang bila dah ada depan mata ni si ibu yang garang kembali menjadi singa hahah.



Thursday, 2 January 2020

,
Hari Pertama Thahirah Ke Sekolah | News feed Facebook hari ni penuh dengan cerita hari pertama anak-anak ke sekolah. Kinah pun tak terkecuali untuk kongsi gambar Thahirah semasa di sekolah. Alhamdulillah, pada hari pertama ni takde lagi drama. Tak tau la nanti. Harapnya semangat dia tu sampai hujung tahun la.

Malam sebelumnya dah pesan pada dia supaya bangun awal. Memang awal dia bangun. Cuma bila suruh mandi tu dia macam nak elak. Tapi bila pujuk elok, dia ok dan terus bersiap. Disebabkan sekolah tak jauh pun dari rumah, kinah hantar dia jalan kaki je. Ok la boleh excercise hehe. Sepatutnya hari first ni ayah dia pun nak ikut, tapi disebabkan ada kes di tempat kerja, jadi lambat sikit.

Hari Pertama Thahirah Ke Sekolah

Masa sampai sekolah, punya dia excited. "Yeay dah sampai sekolah kakak". Lepas hantar dia, intai sekejap tepi tingkap. Rupanya masa tu dia tengah sarapan. Selera betul dia makan. Bila suruh makan kat rumah, tak nak pulak dia. Seronok la tu ada kawan-kawan. Bila nampak dia ok je kat sekolah, kami berdua pun balik dan pergi sarapan dulu. Kemudian nak pergi tempah baju pulak untuk kenduri sepupu bulan Februari nanti. Sekali sekala pergi dating haha.

Masa on the way nak pergi tempah baju dapat mesej dari cikgu di Whatsapp group sekolah. Bagitahu hari ni anak-anak balik awal. Sepatutnya waktu persekolahan tamat pada pukul 12.00 tengahari. 

Sempat jugakla cikgu hantar gambar semasa Thahirah kat sekolah.

Hari Pertama Thahirah Ke Sekolah

Lepas hantar baju berdesup kami pergi ke sekolah semula.

Sampai sekolah, waktu persekolahan akan tamat dalam beberapa minit lagi. Ibu bapa pun dah ramai yang datang. Bila cukup masa pagar dibuka. Tengok Thahirah sebelah pakai stokin sebelah tak hahaha. Alahai anak. Rupanya stokin sebelah lagi ada dalam beg sekolah. Hari pertama sekolah kan, macam-macam hal. Mujurlah takde barang yang hilang. Good girl. Pandai jaga barang sendiri dan kenal mana satu barang sendiri.

Tak tau la hari-hari yang akan datang, harap terus kekal la ye. Besar dah anak ibu.