- Minuman diet yang pertama berperisa coklat bobba (chocolate bobba)
- Digalakkan pengguna yang berusia 18 tahun dan ke atas
- Lelaki dan wanita boleh juga amalkan Bobba Fitz
- Sesuai bagi mereka yang sukar mengawal selera makan tapi nak kurus (hmm kinah la orangnya tu)
- Sesuai juga bagi mereka yang tiada masa nak bersenam tapi nak kurus (ehh macam tau tau je)
- Tak perlu berlapar sampai ikat perut semata-mata nak kurus
- Rasa kenyang walau makan 1 sachet Bobba Fitz sekali sehari pada setiap hari
- Boleh nampak kesan pengambilannya seawal 7 hingga 14 hari
Saturday, 28 November 2020
Friday, 13 November 2020
Diamond Dolly Booster Essence Booster Terbaik Untuk Kulit Muka | Memiliki kulit yang cantik, anjal, dan berseri menjadi idaman bagi setiap wanita. Begitu jugak la dengan empunya diri ni.
Meskipun usia dah 31 pada tahun ni, kulit muka kinah dah mula nampak kusam. Bila tengok cermin, teringin nak kulit ni nampak cantik dan kulit lembut macam bayi tanpa sebarang make up. Siapa yang tak nak kulit umpama baby skin tu oii dan bila kulit dah elok cantik, kulit pinkish confirm orang tak panggil kita makcik dah.
Nak cantik seperti yang diidamkan, ada caranya. Selain jaga pemakanan, minum air kosong dengan mencukupi, penjagaan kulit secara rutin pun penting juga tau. Bagi memenuhi impian untuk kulit kelihatan cantik dan sentiasa lembap, kinah nak kongsi dengan korang satu essence terbaik untuk kulit muka kita iaitu RoyalQ Asia Diamond Dolly Booster Essence.
Diamond Dolly Booster Essence Booster terbaik untuk kulit muka |
Mengapa Diamond Dolly Booster Essence (DDBE) Terbaik Untuk Kulit Muka Kita
Kalau korang nak tahu, mengapa Diamond Dolly Booster Essence adalah booster terbaik untuk kulit kita adalah disebabkan dalam satu botol ni mengandungi 4 formulasi iaitu essence, serum, moisturiser, dan booster.
Bagi kinah la, ianya lengkap sangat dah ni satu botol yang tampak eksklusif ni untuk mereka yang nak jaga kulit muka terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering serta masalah kulit sensitif.
Kebaikan dan kelebihan yang ada pada Diamond Dolly Booster Essence
- Sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif dan mengalami keradangan.
- Membantu membaiki kulit yang rosak, kering dan sunburn.
- Melembut dan melicinkan kulit muka.
- Membantu melindungi kulit dari sinaran radiasi berbahaya.
- Membantu menghilangkan kegatalan pada kulit muka.
- Membantu menanggalkan lapisan sel kulit mati.
- Membantu mengekalkan kelembapan kulit.
- Membantu melindungi kulit dari bakteria berbahaya.
- Membantu meningkatkan hidrasi dalam kulit.
Kandungan Diamond Dolly Booster Essence
Banyakkan kelebihan dan kebaikan pada Diamond Dolly Booster Essence ni. Disebabkan itulah, bagi kinah DDBE ni adalah serum muka terbaik buat masa ni. Dah tau tentang kelebihannya, kinah nak kongsi pula kandungan hebat di dalam Diamond Dolly Booster Essence ni. Kalau korang nak tahu, DDBE ni mengandungi 6 kandungan hebat yang mana dalam setiap kandungan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
![]() |
Diamond Dolly Booster Essence Booster Terbaik Untuk Kulit Muka |
- Chamomilla Recutita Extract - Berfungsi melegakan kulit yang mengalami keradangan dan meredakan kulit yang sensitif.
- Cucumis Sativus - berfungsi membaiki kulit yang kering dan rosak seterusnya menjadikan permukaan kulit lebih lembut dan licin. Ekstrak ini juga sangat baik untuk membaiki kulit sunburn. pH value ekstrak ini juga sesuai dengan kulit kita.
- Asparagopsis Armata Extract - Merupakan red alga yang sering dijumpai di Kawasan pendalaman lautan India dan Pasifik.Extract ini sangat bagus untuk melindungi kulit dari sinaran radiasi merbahaya.
- Saponaria Officinalis Herb - Mengandungi flavonoids dan vitamin C untuk menenangkan kulit (soothing) dan menghilangkan kegatalan i] muka.
- Humulus Lupulus - Bersifat sebagai antimicrobial dalam alam semulajadi. Melindungi kulit dari persekitaran luar di mana ianya membantu memelihara kelembapan kulit dengan menjadikan kulit kekal lembap dan lembut. Turut membantu menanggalkan lapisan kulit mati dari epidermis serta membersihkan kulit.
- Avena Strigosa Seed Extract - Dikenali sebagai Black Oats Extract. Mengandungi bahan yang mampu menampung air di dalam kulit. Jadi, proses penghidratan secara semula jadi dapat diransang dan dikuatkan.
Cara Penggunaan Diamond Dolly Booster Essence
Diamond Dolly Booster Essence Booster Terbaik Untuk Kulit Muka |
Bestkan Diamond Dolly Booster Essence ni, rupanya banyak kelebihan yang kita dapat bila kita pakai secara konsisten. Cara guna essence ni pun mudah saja, picit mengikut kuantiti yang diperlukan. Kemudian, gunakan hujung jari korang dan sapu 2 - 3 titik pada muka dan leher secara membulat. Mudah je. Lepas ni, pada sesiapa yang mencari cara untuk atasi kulit kering dan tips untuk kulit sensitif, haaaa ini lah dia penyelesaiannya. Tak salah nak berbelanja sedikit untuk kesihatan kulit muka korang daripada korang terpaksa berbelanja mahal cucuk sana cucuk sini tapi hasil tak seperti yang diharapkan.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian korang boleh layari
Instagram :http://www.instagram.com/thebeautyexpertcheras
Facebook: www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
Whatsapp: 013-2576447/03-95467094
Tuesday, 10 November 2020
Sunday, 8 November 2020
Kumpul Point Di Petpet Club | Sejak dah ada anak kecik sorang lagi, lampin pakai buang semestinya ada dalam list setiap kali nak restock barang dalam rumah. Lampin pakai buang yang menjadi pilihan kinah untuk kegunaan Lulu Nafisah sekarang ialah PetPet.
Kalau sebelum ni kinah pakaikan Lulu jenama Genki, tapi disebabkan Lulu semakin bambam, lampin pakai buang Genki saiz S dah tak sesuai dengannya sebab cutting Genki ni kecik nak tak nak kena belikannya saiz lain tapi saiz yang sesuai dengannya tak banyak pulak pieces dalam tu.
Jadi nak cut cost kite beralih ke jenama lain mujurlah Lulu takde masalah dengan PetPet ni.
Baru-baru ni kinah beli diapers PetPet di Shopee. Dah musim Covid ni, Shopee je la tempat kinah shopping barang-barang terutama barang untuk anak-anak.
Selain harganya yang jauh lebih murah dari pasaran, masa membeli pun tidak terhad. Tambah ada anak kecik ni, time malam je la kinah sempat belek Shopee haha.
Kebetulan masa tu ada sale kinah rembat la PetPet saiz S E Mega Deal ni. Macam tak percaya, dengan 160 pieces ni kinah dapat harga RM48.90 je.
Jimat duit apak ko nak haha.
Sampai je diapers ni baru kinah perasan pada kotak tu ada kod.
Rupanya kod tu untuk kumpul point. Oooo baru tahu, rupanya PetPet ni ada PetPet Club.
Tak tau la pulak selama ni. Sebelum ni kumpul point dengan drypers je.
Kinah pun tak tunggu lama dah terus je daftar PetPet Club dan terus masukkan kod yang diberi mengikut arahan. Mana yang baru nak join PetPet Club tu jom la kita sign up.
Benefit yang kita dapat bila join kelab ni kita boleh tebus pampers PetPet, selain tu ada jugak baucer AEON, baucer TF, dan Speedmart. Untung jugak kumpul point ni.
Oh ya bagi yang beli by pack, korang boleh cari kod tu di sebelah dalam plastik.
Ada kod kat situ, nanti korang masukkan je dalam column yang disediakan di PetPet Club tu. Mudah je kan.
So lepas ni, setiap kali beli pampers jangan buang plastik tu dulu ye. Rasa rugi pulak plastik newborn Lulu dah buang masa dia admit ward aritu.
Wednesday, 4 November 2020
PGMall Big Brand Pre Sales 11.11 Menampilkan Jenama Terkenal Seperti Nestle, Khind Dengan Diskaun Dan Hadiah Misteri Buat Pembeli
PG Mall Sekali Lagi Adakan Pre Sale dan Sale Bersempena 11.11 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dalam kita tak sedar, rupanya dah masuk bulan November dah.
Cepatnya masa berlalu. Walaupun sudah beberapa bulan negara kita menghadapi pandemik Covid-19, kehidupan perlu diteruskan dan kita perlu biasakan diri dengan kehidupan norma baharu sekarang. Sejak Covid melanda negara kita, dan kinah sekarang dah ada baby, sedikit sebanyak mengubah hidup kinah 100%.
Kalau dulu, kinah kalau nak beli barang, memang kinah angkut anak ke pasar raya, tapi kini tidak lagi. Bahaya nak bawak anak kecik pergi beli barang dengan keadaan yang tak menentu ni. Jadi, nak tak nak kenalah kinah kena shopping secara dalam talian dan mujurlah ada PG Mall.
Jangan korang tak tahu pulak, online shopping ni dah jadi trend tau sekarang. Kejiranan kinah ni, boleh dikatakan hari-hari abam kurier datang hantar barang yang kami shopping. Terima kasih la atas jasa dan pengorbanan mereka.
Berbalik semula dengan online shopping ni, sebenarnya banyak kelebihan yang kita dapat, antaranya, jimat minyak kereta, jimatkan masa, tenaga serta tiada waktu terhad. Ibu-ibu yang ada anak kecik macam kinah ni tentu tak sempat nak belek dan pilih barang di siang hari, jadi pada waktu malam la masa yang sesuai.
Kebetulan PG Mall sekarang ni tengah mengadakan pre sale dan sale bersempena 11.11 ni. Aishhh macam tau tau je kite tengah nak survey barang dan kebetulan barang yang kinah nak tu tengah ada sale. Yehaaaaaaaa...
PG Mall Platform E-Dagang No 1 Di Malaysia
Dari tadi pung pang pasal PG Mall ni, meh kinah story sikit mengenai PG Mall ni. PG Mall merupakan satu platform e-dagang no 1 di Malaysia. Mula ditubuhkan sejak pada tahun 2017 lagi. Kiranya dah 3 tahun dah dan satu-satunya platform e-dagang tempatan yang ada di Malaysia menduduki ranking antara 3 platform e-dagang yang terbaik di Malaysia.
Jadi, tak hairan la PG Mall menjadi pilihan oleh rakyat untuk membeli belah pelbagai barang yang diperlukan. Untuk lebih detail, korang boleh rujuk pada report di https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en.
Selain itu, PG Mall juga menerima segala pembayaran melalui e-wallet mahupun pembayaran secara atas talian daripada semua bank yang ada di Malaysia. Mudah sangat dah tu.
Shopping di PG Mall Bersempena 11.11 Pre Sale
Ada beberapa hari lagi sebelum 11.11 menjelma. Cantik betul tarikh 11.11 ni. Bersempena dengan 11.11 yang akan datang, PG Mall akan mengadakan jualan pre sale iaitu countdown sale dari 1 November sehinggalah 11 November nanti.
Setiap hari akan ada jenama-jenama besar yang terlibat dalam sale ini seperti Nestle, Khind, G2000,Tefal dan pelbagai lagi. Korang nak tahu brand apa yang terlibat pada setiap hari korang boleh rujuk pada gambar di atas dan jangan korang lupa set masa siap-siap supaya tak ketinggalan.
Nestle Pre Sales 11.11 di PG Mall
Mengikut jadual pada hari ini, jenama yang terlibat dalam Pre sales ini ialah Nestle. Bagi penggemar produk Nestle, inilah masanya untuk korang restock barang sementara ada sale ni yang mana kesemua harga ditawarkan adalah 50% daripada harga asal dan jika korang berbelanja dalam RM80.00, korang akan dapat pengurangan harga sebanyak RM25.00 tetapi tawaran ini TERHAD kepada 1000 unit terawal saja ye.
So, jangan lupa sebelum checkout masukkan kod NESTLE20 dan korang juga akan menerima hadiah misteri tetapi terhad kepada 100 order yang pertama saja. Selain itu, korang juga akan menerima Milo plus fibre, Maggi Hot cup Tomyam secara percuma serta penghantaran percuma bagi mereka yang berbelanja RM80.00 ke atas saja. untuk maklumat lanjut mengenai Nestle Pre Sales 11.11 korang terus klik https://pgmall.my/Nestl%C3%A9-Online-Store-1
Khind Pre Sales 11.11 di PG Mall
Checkout here ! (https://pgmall.my/KHIND-BP12-1-Litre-Ceramic-Pot-Baby-Porridge-Cooker8999753574459 )
Kemudian, pada hari seterusnya giliran jenama Khind pula mengadakan pre sales bersempena 11.11 ni. Diingatkan, pre sales ini hanya berlangsung hanya satu hari saja iaitu 5 November 2020. Pergh dah kebetulan kinah memang tengah mencari periuk masak bubur untuk Baby Lulu nanti. Senang beli awal-awal ni.
Kinah tengok periuk Khind Porridge Cooker BP12 ni memang memudahkan kerana kita boleh pilih fasa yang sesuai untuk masak bubur mengikut umur anak kita. Dah kebetulan tengah ada sale ni, dari harga RM173.00 jadi RM109.99 saja. Hmm banyak jimat siap ada waranti 1 tahun lagi. Korang yang nak beli barangan elektrik Khind bolehlah cuci mata di link ini https://pgmall.my/Khind-by-Costplus-Online-1
G2000 Pre Sales 11.11 di PG Mall
Cantik-cantik jugak baju dan seluar yang ada di store G2000 ni. Kinah sebenarnya tengah cari satu tshirt untuk Yop sempena birthday dia bulan depan. Nampak cantik pulak tshirt Key Polo dari G2000 ni. Harganya pun not bad, dari RM179. Harga selepas sale RM125.30. Warnanya pun kita boleh pilih sama ada midnight blue, navy blue, black dan mahogany. Untuk lebih details, korang boleh klik ini https://pgmall.my/G2000-Malaysia-Official-Store-1
Tuesday, 3 November 2020
Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm | Jerawat..... Cerita pasal jerawat, kinah ni dulu ada la jugak masalah dengan jerawat terutamanya masa remaja dulu. Macam-macam cara, petua orang lama kinah cuba untuk mengurangkan jerawat, dan bintik hitam terutamanya di muka ni tau. Paling sadis, siap dengan pakej parut jerawat lagi sebab tangan ni gatai nak picit.
Walaupun sekarang ni umur dah 30 an, masalah jerawat tu tetap ada tapi tak ketara seperti remaja dulu. Walaupun tak banyak, sedikit sebanyak mengganggu ditambah pula dengan kulit berminyak, memang tak selesa. Baru-baru ni kinah diperkenalkan dengan satu produk yang dapat membantu mengurangkan masalah jerawat seperti kinah alami sekarang ni. Namanya Cosmoderm Tea Tree Oil.
Dah kebetulan ada sale 10.10 aritu tak salah kot nak mencuba dan kinah terus grab satu set Cosmoderm Tea Tree Oil Series sebab kulit kinah lepas bersalin ni ada la naik jerawat sikit dibahagian hidung dan muka berminyak. Mungkin disebabkan perubahan hormon barangkali (ayat nak sedapkan hati). Hahhah
Kenapa memilih Cosmoderm Tea Tree Oil sebagai rangkaian penjagaan kulit?
Sepertimana yang kita tahu, produk Cosmoderm merupakan produk penjagaan kulit keluaran tempatan dan telah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Kiranya masuk tahun ni dah 19 tahun dah Cosmoderm ni ha. Apa yang penting, produk Cosmoderm ni adalah halal dan tak perlu la kita ragui kandungan yang digunakan. Paling best, kesemua produk dari Cosmoderm ni bebas daripada paraben dan sulfat termasuklah Tea Tree Oil ni. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif tu boleh sangat mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni tau. So no worries.
Dah alang-alang kinah kaut Cosmoderm Tea Tree Oil satu set, jadi hari ni kinah nak kongsi dengan korang 3 langkah rutin untuk mengurangkan jerawat dan kulit berminyak dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan korang akan dapat lihat perubahannya dalam masa hanya 3 hari saja okeh. Macam tak percaya je dengan hanya 3 langkah, jerawat akan mula pudar.
3 Langkah Mudah Untuk Membantu Memudarkan Jerawat
Langkah 1 : Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser
Pertama sekali bersihkan muka dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser sebagai rutin pencuci harian. Kinah suka sangat dengan cleanser ni tau. Bau dia pun best. Buat pengetahuan semua, facial cleanser ni dapat membantu mengurangkan minyak berlebihan di muka serta membersihkan liang pori dan membantu merawat masalah jerawat di muka kita.
Langkah 2 : Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask
Setelah muka kita dibersihkan dengan cleanser, langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan mengoleskan Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask di wajah kita. Biarkan ianya selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan air. Pada masa ni, korang akan rasa mint sejuk je pada muka. Fungsi purifying mask TTO ni dapat membantu menyerap lebihan minyak, mengeringkan jerawat serta liang pori. Cubalah memang best muka pun rasa bersih je.
Langkah 3 : Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel
Seterusnya, korang boleh sapu Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel. Diingatkan Anti Blemish Gel ni ada dua jenis iaitu Anti Blemish Gentle (khusus untuk kulit sensitif dan berjerawat), dan Anti Blemish X-Press (hat ni tak sesuai untuk kulit sensitif). So, pilihlah mana yang sesuai untuk jenis kulit korang ye. Kalau korang nak tahu, Anti Blemish Gel ni berfungsi untuk membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih pada wajah kita dalam tempoh 3 hingga 5 hari dan ianya bergantung juga dengan keadaan jerawat tu.
Selain 4 produk Tea Tree Oil yang kinah cerita di atas, terdapat beberapa lagi produk dalam rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni seperti :
- Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion
- Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser
- Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Serum
- Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel
- Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion
Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion
Penyegar tanpa minyak ni dikatakan dapat membantu merawat jerawat, membantu memudarkan parut jerawat disamping dan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada pada wajah kita. Nak gunakannya pun mudah saja, hanya tuangkan Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion ke tisu muka kemudian sapu rata pada wajah kita.
Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser
Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser ini bertindak sebagai primer dan pelembap untuk kegunaan siang dan malam hari. Di samping itu, pelembap berasaskan air ini begitu sesuai digunakan sebagai asas make up serta perlindungan asas kepada sinaran UVA dan UVB yang akan menggelapkan dan merosakkan sel-sel kulit. Pelembap ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi.
Cosmoderm Tea Tree Oil - Oil Control Serum
Serum berasaskan gel-water based dengan ekstrak buah dikatakan dapat membantu mengawal lebihan minyak pada wajah kita disamping membantu mengecilkan liang pori yang menjadi penyebab kepada jerawat, blackheads dan whiteheads
Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel
Shower gel Tea Tree Oil boleh bertindak sebagai shower gek antibakteria yang mana dapat memberi kesegaran yang luar biasa disamping dapat membantu mengurangkan bau badan serta jerawat pada badan. Pembersihan yang lembut pada kulit mejadikan kulit kita menjadi lebih segar, licin tanpa rasa melekit.
Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion
Magic Body Lotion merupakan losyen yang dapat membantu merawat bau badan, jerawat pada badan dan juga kesan terbakar akibat berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Ianya dapat membantu memberi kelegaan dan ketidakselesaan pada kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah ruam, jangkitan kulat dan bakteria boleh juga menggunakan TTO Magic Body Lotion ni. Oh ye, losyen ini juga berfungsi sebagai penghalau nyamuk serta pepijat dan ianya sesuai digunakan pelbagai lapisan umur.
Review Kinah Sepanjang Menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil
Alhamdulillah, macam tak percaya je jerawat boleh hilang dalam masa 3 hari saja tau. Kebetulan masa guna TTO ni naik jerawat pasir. Memang kinah ikut je 3 langkah tu, dan memang terbukti, jerawat pasir dah tak kelihatan lagi. Bila pegang je kulit, rasa licin dan minyak pada muka pun dah kurang. Kinah yang baru guna produk Cosmoderm ni dah in love sangat dengan TTO ni tau. Korang yang ada masalah jerawat tu bolehlah cuba rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni.
Korang yang nak mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni boleh dapatkannya di mana-mana farmasi, kedai hospital, serta klinik di seluruh Malaysia termasuklah kedai runcit di Singapura dan Lubnan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, korang juga boleh dapatkan kesemua produk Cosmoderm di Watsons, Guardian, dan Aeon Wellness dari harga RM13.90 hingga RM34.90 atau korang yang tak sempat nak ke farmasi tu, bolehlah beli di Shopee je.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Cosmoderm Tea Tree Oil atau produk Cosmoderm yang lain, korang boleh terus terjah
Website : www.cosmoderm.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm
Shopee : https://www.shopee.com.my/cosmoderm
TO ACNE FREE WITHIN 3 DAYS