Drama Misteri Mona Di Slot Samarinda TV3 Dari Episod 1 hingga 8 (Akhir)

Drama Misteri Mona Di Slot Samarinda TV3 Dari Episod 1 hingga 8 (Akhir) | Beberapa hari yang lepas, kinah ada menonton The Making Misteri Mona di TV3. Tertarik pulak dengan jalan ceritanya. Ahh sudah terjebak sekali lagi dengan drama la jawabnya. Tonton episod 1 dah ada unsur-unsur suspens. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya dalam Misteri Mona Isnin nanti.

Drama Misteri Mona Di Slot Samarinda TV3 Dari Episod 1 hingga 8 (Akhir)

JUDUL : MISTERI MONA
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : 10 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Abdul Nasir, Amor Rizan
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Aquila Emas Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Zarynn Min, Zizan Nin, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim, Azhar Amir, Jeff Saly, Elly Suhail, Badsham Harun


WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Anom
Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
Ruzana Ibrahim sebagai Mona
Elisha Sandha sebagai Farah
Zarynn Min sebagai Laila
Zizan Nin sebagai Razlan
Ainin Batrisya sebagai Anom (semasa kecil)
Duerra Mitilda sebagai Mona (semasa kecil)
Syed Irfan sebagai Fahmi
Alif Hadi sebagai Shawn
Amir Rahim sebagai Dr Uwais
Syafi Tee sebagai Ikmal
Azhar Amir sebagai Tuan Jamal 
Jeff Saly sebagai Jali
Elly Suhail sebagai Shima 
Badsham Harun sebagai Malik


Sinopsis Misteri Mona
Mengisahkan seorang wanita bernama Anom lakonan Janna Nick merupakan seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental kronik. Suaminya, Dr Nadeem lakonan Redza Rosli begitu risau dengan keadaan Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona lakonan Ruzana Ibrahim yang sering menghantuinya.

Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya itu, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Dr. Nadeem telah mengupah Farah lakonan Elisya Sandha sebagai penjaga isterinya (caregiver).

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sejak sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Ini yang membuatkan kita berdebar-debar dan nak tahu kisah selanjutnya. Macam ada sesuatu yang Dr Nadeem sembunyikan. Mona kan adik Anom, apa yang menjadi misteri sangat ekkk. Jeng jeng jeng

Di bawah kinah sertakan link bagi yang terlepas episod sebelumnya. Bagi episod seterusnya nanti kinah akan update dari semasa ke semasa ye










Post a comment

2 Comments

  1. Janna Nick macam sesuai aje mainkan watak tu

    ReplyDelete
  2. mmg suka tengok tapi dok cuak dgn Dr Nadeem pun sama

    ReplyDelete