Minuman Kesihatan dan Kecantikan LIVEON Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit | Memiliki kulit yang sihat, cantik adalah idaman bagi setiap insan yang bergelar wanita. Kinah pun tak terkecuali nak nampak muda je sentiasa walaupun umur dah 30 an. Bila bukak je Instagram artis ataupun model-model terkenal, alahai cantiknya kulit dia ni. Apalah rahsia dia ye. Kinah yakin persoalan tu akan sentiasa bermain di fikiran korang jugak kan. 

Begitu banyak faktor sebenarnya mengapa kulit kita ni semakin lama, semakin kusam, tidak bermaya, keanjalan kulit semakin merosot dan pelbagai lagi masalah lain yang biasa kita hadapi. Salah satunya disebabkan faktor gaya kehidupan kita yang tidak sihat seperti tidur lewat, diet yang tidak teratur serta sering terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat. Awas ye, apabila kita sering mengabaikannya, kita lebih mudah terdedah dengan kerosakan sel yang mana tubuh badan kita akan menghasikan radikal bebas setiap hari sehingga mengakibatkan sel di dalam tubuh badan kita akan berusia lebih awal sekaligus menyebabkan penuaan lebih awal. Sebab itulah, kita akan nampak kelihatan lebih berusia dari umur kita.

Minuman Kesihatan dan Kecantikan LIVEON Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit

Disebabkan itu, kita kena ubah cara hidup kita disamping mengamalkan pemakanaan yang sihat dan bagi yang berkemampuan bolehlah mengambil suplemen sebagai booster untuk kesihatan korang. Bagi yang inginkan kecantikan dan dari dalaman kinah cadangkan korang mencuba produk minuman kesihatan LIVEON daripada Wellous. Banyak manfaat yang akan diperoleh apabila kita mengamalkannya setiap hari.



Minuman Kesihatan LIVEON Formulasi Terbaik Untuk Melewatkan Proses Penuaan


Minuman Kesihatan dan Kecantikan LIVEON Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit

Kegigihan Wellous menjalankan 13 tahun penyelidikan dan pembangunan (R&R) bersama penyelidik bertaraf dunia, maka terhasillah formulasi terunggul anti penuaan pada abad ini iaitu LIVEON. 

LIVEON diperkaya dengan kandungan antioksidan bagi membantu menambah nutrien dan tenaga bagi sel-sel yang lemah untuk melewatkan proses penuaan. Bahan utama yang dipatenkan dalam LIVEON ialah Enzogenol yang mana ianya mengandungi pelbagai flavanoid termasuklah procyanidins, catechins, dan bahan aktif lain sekaligus membantu melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Formulasi terunggul LIVEON turut mengandungi SOD Extramel superoxcide dismutase, sirtmax black tumery, Puredia Seaberry, Sea Buckthorn  Extract dan 7 antioksidan yang kuat. Kesemua ramuan ini dapat membantu dalam antioksidasi, anti radang, anti glikasi secara efektif.

Haaaa berbelit nak menyebutnya.


Fungsi Utama LIVEON Untuk Anti Penuaan

Minuman Kesihatan dan Kecantikan LIVEON Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit

Sebelum kita mengambil sebarang produk kesihatan, kita pastinya akan mencari terlebih dahulu informasi berkenaan dengan produk yang bakal kita guna kelak. Jadi di sini kinah akan kongsikan 6 fungsi utama LIVEON sebagai anti penuaan.  

  • Menguatkan sistem imun - Menguatkan sistem imun melalui anti glikasi, anti radang dan anti-oksidasi
  • Merangsang sel otak - Mengaktifkan sel-sel tidak aktif di dalam badan dan otak untuk berfungsi semula dan melambatkan proses penuaan.
  • Meningkatkan kualiti tidur - Meredakan tekanan dan keletihan dan merangsang rembesan melantonin untuk meningkatkan kualiti tidur
  • Menghalang salur darah tersumbat - Membaik pulih salur dinding darah yang mengeras disebabkan glikasi
  • Menghalang kedutan dan bintik hitam - Mengekalkan struktur kulit, menhalang kedutan, garis halus dan bintik hitam melalui anti-glikasi dan antioksidan.
  • Mengembalikan tenaga - Memperbaharui mekanisme badan, mengekalkan tenaga untuk pertumbuhan semula sel untuk badan yang lebih aktif dan bertenaga.


LIVEON Ingredients : Bahan Utama yang Digunakan Di dalam LIVEON

Minuman Kesihatan dan Kecantikan LIVEON Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit

Apabila kita ingin memilih sesuatu produk sebagai minuman kesihatan, perkara pertama yang perlu kita titikberatkan ialah bahan yang digunakan. Adakah bahan yang digunakan adalah selamat ataupun sebaliknya. Bagi LIVEON, kinah tengok begitu banyak bahan yang terkandung didalamnya dan semuanya adalah alami. Antara bahan utama yang digunakan ialah :

ENZOGENOL (Ekstrak Kulit Kayu Pinus 100% Semulajadi)

Merupakan antioksidan yang kuat diekstrak melalui kulit Pinus Radiata di New Zealand. Ianya dihasilkan menerusi teknologi ekstrak air yang mendapat paten antarabangsa. Antara manfaat kesihatan ENZOGENOL ialah meningkatkan jangka hayat, mempunyai campuran antioksidan yang istimewa, membaik pulih fungsi otak dan membaikpulih keadaan kulit. 


SOD Extramel 

Superoksida Dismutase (SOD) adalah enzim yang terhasil secara semulajadi di dalam badan dan ianya juga boleh diekstrak melalui buah melon. SOD dapat membantu melambatkan proses penuaan dan mengundurkan tanda-tanda penuaan. Ianya dihasilkan menerusi esktrak paten Perancis dan teknologi mikroenkapsulasi, 100% aktif secara biologi untuk mengelakkan kemusnahan. Menggunakan melon cantaloup bukan GMO kerana kepekatan SOD didalamnya adalah 5 hingga 10 kali lebih tinggi daripada melon lain. 


Pueredia SeaBerry

Dikenali sebagai buah ajaib yang kaya dengan omega 3,6,7,9, vitamin, mineral dan antioksidan. Antara manfaaat kesihatan puerdia seaberry ini ialah membantu mengaktifkan semula penjanaan semula sel kulit dan mengundurkan tanda-tanda penuaan kulit. Disamping itu, ianya juga dapat menigkatkan imuniti dengan membantu menguatkan sistem imun dan melewatkan penuaan serta membaikpulih penyakit berkaitan dengan metabolisme dan membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular.


Sirtmax (Ekstrak Kunyit Hitam)

Sirtmax (Ekstrak Kunyit Hitam) merupakan produk keluaran Jepun, Tokiwa Phytochemical Co. Ltd. Kesan antioksidannya 15 kali lebih kuat daripada resveratrol yang juga 3 kali lebih kuat daripada kunyit hitam biasa. 

Apa yang penting LIVEON mempunyai sijil HALVEC, tiada alergen gluten dan bebas kandungan porsin, tiada mikroba dan logam berat dan ianya selamat untuk diminum oleh semua termasuklah yang vegetarian.



Cara-Cara Pengambilan : Cara Minum LIVEON

Minuman Kesihatan dan Kecantikan LIVEON Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit

Cara pengambilan LIVEON ni sangatlah mudah. Kita tak perlu bancuh dah, hanya ambil 1 sachet kemudian koyakkan saja dibahagian atas dan terus je minum. Tetapi sebelum koyak tu jangan lupa shake dulu ye. Ambil LIVEON ni hanya 1 kali sehari pada waktu pagi.



Review Kinah : Testimoni Pengalaman Selepas Amalkan LIVEON

Minuman Kesihatan dan Kecantikan LIVEON Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit

Kinah nak berkongsi pengalaman kinah setelah mengamalkan LIVEON selama 2 minggu ni. Alhamdulillah, walaupun kinah tak mengalami sebarang masalah kulit yang serius, tapi kinah ada perasan perubahan tekstur kulit agak lembut dari sebelum ni.

Kualiti tidur pulak, ada nampak perubahan. Kalau dulu susah sikit nak tidur malam sebab dah terbiasa berjaga malam tambah dengan ada anak kecik lagi la susah mata ni nak lelap. Tapi kali ni, pantang letak je kepala terus tidur. Bila tidur semakin lena semestinya bila bangun pagi badan kita lebih bertenaga untuk jalankan aktiviti harian.

Apa yang best dengan LIVEON  ni, lelaki dan perempuan boleh amalkan. Nak awet muda, takkan la sorang sorang je kan. Ajak la suami tu sekali minum LIVEON ni. Kongsi manfaat dan khasiatnya bersama.

Di bawah, kinah sertakan juga beberapa testimoni daripada pengguna yang telah berjaya dengan LIVEON ni. Korang boleh tengok masalah kulit mereka dan masalah kulit tersebut berjaya di rawat dengan bantuan LIVEON.

Minuman Kesihatan dan Kecantikan LIVEON Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit

Minuman Kesihatan dan Kecantikan LIVEON Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit

anti penuaan, produk anti penuaan, LIVEON anti penuaan, minuman kesihatan dan kecantikan, supplemen booster, supplemen liveon review



Kinah Dah Cuba, dan Kinah Dah Rasa Perubahan Setelah Minum LIVEON

Alhamdulillah sepertimana kinah terangkan di atas, kinah dah minum hampir 2 minggu LIVEON ni. Tak nampak perubahan drastik, tapi tetap ada perubahan walaupun agak lambat. Iyalah setiap orang keputusannya adalah berbeza. Dari segi rasanya pula, rasanya sedap, rasa masam-masam manis gitu. Nak teruskan minum? Mestilah kinah teruskan, ada satu kotak lagi kinah baru beli. Benda bagus semestinya kinah share dengan semua. Korang kena cuba tau, tak cuba tak tau. 

Untuk maklumat lebih lanjut atau korang nak mencuba produk suplemen antipenuaan LIVEON ni, korang boleh je terus ke website Wellous ataupun facebook rasmi Wellous mereka.





1 Comments

  1. memang npk hasil liveon nie.. liang2 pori pun boleh mengecil.. terbaik juga nie

    ReplyDelete