KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong Royong Masjid

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong Royong Masjid | Pada 12 April 2021, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat bertempat di Masjid Al-Hidayah  Sentul, Kuala Lumpur. Program ini dijalankan secara usahasama dengan Persatuan Seniman Malaysia bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021. 


KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong Royong Masjid 

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong Royong Masjid
Program Cuci Masjid Bersama KOPRETO dan Persatuan Seniman


Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena pada bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba tak lama lagi, KVCLEAN menaearkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam. Manakala disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong Royong Masjid
Program Cuci Masjid Bersama KOPETRO


Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ni akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat". 


KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong Royong Masjid
Program Cuci Masjid Bersama KOPRETO dan Persatuan Seniman


Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia  dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.


KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong Royong Masjid
 Antara ahli Seniman yang menerima sumbangan daripada pihak KOPRETO

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong Royong Masjid
Antara ahli Seniman yang menerima sumbangan dari pihak KOPRETO


Layari laman web www.kopetro.com.my atau boleh ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.


Facebook: https://www.facebook.com/kopetroberhad

Instagram : 

@kopetroberhad

@lengquasofficial


Mengenai Koperasi Kakitangan Petronas Berhad

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai oleh 17000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman, dan juga Perdagangan. 


Setelah 40 tahun berlalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 koperasi terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SME's Bestbrand E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.


Oh ya, untuk beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadan ni dengan KVCLEAN, dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KVCLEAN bermula daripada 1 April 2021 sehingga 31 May. Nak mudah? Boleh hubungi KVCLEAN di talian 013-3996788.




Post a Comment

0 Comments