Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga | Jika dahulu kemana saja kita pergi, tak kisah la pergi ke shopping mall, pasar malam, ke pasar pagi kita main redah je. Tak payah nak bawak ke hulu ke hilir set penjagaan kebersihan, nak pakai topeng muka bagai. Tapi kini, situasi dah berubah sejak berlakunya wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita pada tahun lepas. Set penjagaan kebersihan adalah benda wajib yang perlu ada di dalam beg tangan kita selain topeng muka.

Tak dinafikan, sejak pandemik Covid-19 melanda dunia terdapat pelbagai pilihan jenama produk penjagaan kebersihan di luar sana sampai kinah sendiri pening nak pilih yang mana sesuai dengan kondisi keluarga kinah yang masing-masing mempunyai masalah kulit yang sensitif dari apaknya sampailah ke anaknya yang kecik tu. Ampa jangan kecam kulit kami ngada-ngada na.

Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga 

Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga
Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga 

Sampai la kinah terjumpa dengan satu jenama ni. Bila baca kandungannya, sesuai sangat aih dengan kami sekeluarga. Jadi, kinah terus memilih set penjagaan kebersihan Eastlands untuk kegunaan harian bagi kami sekeluarga.



Set Penjagaan Kebersihan Eastlands

Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga
Buat pengetahuan semua, set penjagaan kebersihan jenama Eastlands merangkumi antibacterial handwash, hand sanitizer, wet tissue, dan sanitizer spray. Paling menarik, kesemua item ni adalah pembersih pertama di Malaysia yang mengandungi hyaluronic acid dan juga Golden Barley. Gabungan kedua-dua kandungan ini dapat membantu memelihara dan merawat kulit kita secara semulajadi.

Selain itu, penjagaan kebersihan jenama Eastlands ini mengandungi ekstrak kacang soya, teh hijau, kacang lilin serta asid hyaluronic yang dapat membantu meningkatkan kelembapan kulit kita dan secara tak langsung dapat melindungi diri kita daripada kuman yang merbahaya. Oh ye, produk ni tidak diuji ke atas haiwan dan ianya semestinya mesra alam. So, korang yang tengah mencari produk penjagaan kebersihan yang sesuai dan selamat digunakan untuk kegunaan seisi keluarga, pilihlah Eastlands.

Bila pilih satu set penjagaan kebersihan seperti ni, baru rasa yakin nak bawak anak-anak keluar



Soy & Ryle Flour Antibacterial Hand Wash

Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga

Bagi korang yang ada masalah kulit sensitif tu, dan tengah mencari hand wash yang sesuai, apa kata korang pilih soy & rye flour antibacterial handwash ni. Semestinya ianya sesuai digunakan untuk kegunaan harian. Kinah tau, ada sesetengah pencuci akan menjadikan kulit kita semakin kering, tapi dengan hand wash eastlands ni tidak. Malah membantu melembapkan kulit kita lagi ada la.

Pembersih tangan Soy & Rye Flour ini telah diformulasi dengan kompleks vitamin B yang telah diesktrak melalui Fermentasi Lactobacillus yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan memperbaiki kulit, anti alergi serta melembapkan kulit. Ianya telah diuji secara dermatologi dan dapat membantu menghapuskan 99.9% bakteria.


Hyaluronic Acid & Golden Barley Antibacterial Hand Wash

Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga

Eastlands adalah jenama yang pertama di Malaysia memperkenalkan pencuci tangan yang mengandungi hyaluronic acid dan Golden Barley. Dengan gabungan kedua-dua bahan ini dapat menghidup dan menghidratkan kembali kulit kita sambil memberi perlindungan yang optimum terhadap kuman.

Telah diuji secara dermatologi, dan dapat membantu membunuh 99.9% bakteria.


Green Tea With Jojoba Beads Gel Sanitizer

Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga

Dalam banyak jenama sanitizer yang kinah dah pakai, kinah paling suka gel sanitizer green tea with jojoba beads ni. Wangi betul, gel sanitizer ni. Mengandungi teh hijau dan jojoba beads yang telah diformulasikan secara botani. Seperti dengan produk eastlands yang lain, gel sanitizer ini juga telah diuji secara dermatologi. 

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif pun boleh menggunakan gel sanitizer eastlands ini. Selain itu, ianya turut membantu mengurangkan tanda penuaan dan kerengsaan pada kulit disamping menjadi pelembap semulajadi dan secara tak langsung dapat menghalang pembentukan bakteria dan bahan pencemar lain di permukaan kulit. Selain itu, Oh ye, gel sanitizer ini turut mengandungi 75% alkohol Denat yang dapat membantu memusnahkan kuman di tangan kita dengan lebih cepat. 


Eastlands Gel Hand Sanitizer New Look

Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga

Gel hand sanitizer keluaran eastlands ni dah menjadi benda wajib yang perlu ada di dalam beg tangan ni. Setiap kali kita pergi ke pasar raya atau pun ke pasar, benda ni la yang kita cari. Botolnya yang comel, dan teksturnya yang tidak melekit, menjadikan gel sanitizer mudah di bawa kemana saja.

Mengandungi 70% alkohol denaturasi yang dapat membantu membunuh 99.9% bakteria serta mengandungi campuran semulajadi vitamin A dan E yang dapat membantu melembapkan kulit kita.


Sanitizing Spray Enhanced With Natural  Vitamin B & Candelnut Extract

Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga

Disebabkan wabak pandemik yang semakin membimbangkan pada ketika ini, membeli belah secara dalam talian adalah jalan penyelesaian bagi mengurangkan risiko jangkitan pada diri kita dan keluarga. Oleh itu, sanitizing spray sangatlah penting di saat ini yang mana, apabila setiap kali barang yang kita pesan sampai, kita perlu sanitizer terlebih dahulu. Jadi, sanitizing spray dari eastlands adalah pilihan kinah.

Korang nak spray kat diri sendiri pun boleh, atau nak spray pada barang pun boleh. Terpulang.

Diformulasi pengeringan yang cepat dan dipercayai dapat membunuh 99.9% bakteria. Seperti biasa, mana-mana produk dari eastlands ni mempunyai  campuran semulajadi vitamin B dan E yang dikatakan dapat membantu melembapkan kulit dan baunya pun wangi.


Aloe Barbadendis Leaf Juice - Enriched Sanitizing Wipes With Up To 75% Alcohol Content

Set Penjagaan Kebersihan Eastlands Menjadi Pilihan Kami Sekeluarga

Selain hand sanitizer, penggunaan wet tissue juga adalah penting terutama di saat kecemasan. Jadi, kinah lebih memilih jenama Eastlands kerana tisu basah ini telah disuntik dengan Aloe Barbadensis Leaf Juice dan mengandungi 75% Ethyl alkohol yang halal serta dapat membantu mengurangkan bakteria pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan penyakit. Apa yang penting, ianya bebas paraben dan telah diuji secara dermatologi.

Sekarang, korang boleh nampak mengapa kinah lebih memilih produk penjagaan kebersihan Eastlands kan. Kesemua produk Eastlands adalah buatan Malaysia yang bebas paraben, telah diuji secara dermatologi dan segala ujian tidak dijalankan ke atas haiwan. Kinah sendiri dah cuba kesemua rangkaian produk eastlands ni. 

Korang yang nak dapatkan segala produk eastlands ni, boleh dapatkannya di Watsons atau lebih mudah, korang boleh dapatkannya secara dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari

Website : Eastlands
Facebook : EastlandsMY
Instagram : @eastlandsmalaysia









3 Comments

  1. Ray macam biasa, tertarik dengan packaging dye hahahha

    ReplyDelete
  2. WAah.. seronoknya ada 1 set lengkap penjagaan diri n pembasmi kuman.

    ReplyDelete