Sunday, 20 June 2021

Biskut Cornflake Bermadu Rangup dan Sedap Request Dari Kakak

Biskut Cornflake Bermadu Rangup dan Sedap Request Dari Kakak | Selalunya orang buat biskut ni bila nak raya je. Ni dah habis raya, tetiba dapat request dari si kakak. Masa raya aritu, jiran sebelah rumah ni bagi kuih raya, dapatlah biskut Cornflake Bermadu. Satu bekas tu, dia sorang je hadap. Adehhh, tak ingat orang belakang sungguh kakak ni. 


Satu hari dia mintak kinah buatkan biskut yang sama macam acik Nana dia bagi. Kinah pun google je la bahan apa yang perlu. Sebelum ni tak pernah buat biskut ni. Kinah banyak tunjuk je hahah. Bila dah banyak kali dia request, kena buat jugak la nampaknya. Mengagau la Yop mencari bahan untuk buat biskut cornflake bermadu yang dia nak tu. Sebelum ni, biskut macam ni mana la dia nak sangat. Sejak dua menjak ni, selera makan dia lain macam. Alhamdulillah.


Lepas cukup bahan semua, kena la tunggu askar kecik tu tidur. Kekononnya nak buat pada waktu malam, tapi bila si kakak asyik tanya bila nak buat aje, kita pun jadi hangin. Hmm buatkanlah, penat bila si kakak asyik tanya soalan yang sama. Apa lagi, buat kan la cornflake bermadu si kakak pada waktu siang. Kebetulan si adik tengah tidur. 


Ada dalam setengah jam adik tidur, dengar adik ek ek dalam bilik. Nak tak nak kena la bawak dia ke depan. Masa tu hmm jenuh berperang dengan dia saja. Budak dah banyak akal, macam tu la. Asyik nak melekat kejenya. 


Haa ni la hasilnya Biskut Cornflake Bermadu Versi Lockdown ikut resipi rasaHeheh namanya pun tak boleh blah. Iyela buatnya pun masa lockdown. 


Baca Juga Di Sini : Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......

Biskut Cornflake Bermadu Request Dari Kakak


Resipi Biskut Cornflake Bermadu Rangup dan Sedap


Bahan-bahan

125gm Mentega

1/2 Gula Perang (Brown Sugar)

5 sudu makan madu

250gm cornflakes 


Cara Memasaknya

1. Satukan mentega, gula perang dan madu. Cairkan kesemua bahan itu menggunakan api yang sederhana. Apabila sudah cair, tutup api dan biarkan ianya sejuk untuk seketika.

2. Kemudian masukkan cornflakes. Gaulkan sehingga semuanya sebati dan cornflakes telah disaluti campuran madu.

3. Isikan cornflakes yang telah dicampurkan madu tadi ke dalam cawan kertas. Hias ikut kreativiti masing-masing.

4. Bakar biskut ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180°C selama 10 minit. (Masa mungkin berbeza mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing)

5. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.


Alhamdulillah, menjadi jugak la biskut kegemaran si kakak ni. Tak sampai 24 jam buat, biskut ni dah licin. Itupun si kakak request mintak buatkan lagi. Halah halah nanti la tunggu kerajinan ibu ni sampai ye. Mujurlah kedai bakery dekat dengan rumah ni, senang nak mencari bahan.

5 comments:

  1. ini kalau Sally, satu sudu masuk bekas, satu senduk masuk mulut...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa aduii sally.. Tak jadi biskut la gitu 😂😂😂

      Delete
  2. fav anak kak liez ni... klau buat kena 2 kotak besar br puas mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kinah pun kena buat 2 kotak besar jugak ni. Buat sekotak ni tak cukup😅

      Delete