Morning Walk Di Taman Tasik Taiping | Hari kedua di Taiping yooo. Jadi, cuaca pun nampak baik sikit, jadi yop plan untuk jalan-jalan di tepi tasik. Alaa seberang je dari hotel yang kami menginap. Morning walk di Taman Tasik Taiping, pecah peluh komer... Sebenarnya dah lama tak jalan-jalan macam ni tau. Setakat jalan kaki ke rumah Kak Nah nak beli Lokcing tu selalu la. Ate dekat je pun. Tapi bila jalan kaki di Taman Tasik Taiping, dan sambil tu melihat keindahan deretan pokok tu bukannya selalu.

Morning Walk Di Taman Tasik Taiping

Pada awal pagi di sini, ramai yang mula mengambil kesempatan untuk beriadah, berjogging, berjalan kaki dan sebagainya. Kalau ikutkan sebelum ni, laluan ni dulu adalah laluan kereta dan menjadi tumpuan untuk photographer mengambil gambar majlis kahwin tapi disebabkan beberapa pokok semakin reput dan ingin mengekalkan pokok hujan tu, pihak Perbandaran Taiping tutup jalan tersebut untuk semua kenderaan dan maka jadilah Raintree Walk Street Taman Tasik Taiping.

Morning Walk Di Taman Tasik Taiping

Hahh ambik gambar pun diorang masih ikut SOP. Tapi tu la, bukan senang nak tangkap gambar 2 ketul ni dengan elok. Nak ambik gambar ikut angle yang cantik pun payah. Jadi, kita ambik mana dan je la ye.

Biasalah, bila tangan pegang phone, mula lah tangan ni nak tangkap gambar sana sini untuk memori. Kalau dulu kita lalu jalan ni dengan kereta, sekarang kita jalan kaki je. 

Morning Walk Di Taman Tasik Taiping

Subhanallah, cantiknya. Langit nampak berat, macam nak hujan je tu. Kinah suruh la si kakak bergambar di tepi tasik ni. Tak nak pulak dia. 

Morning Walk Di Taman Tasik Taiping

Di tasik ni jugak korang akan jumpa dengan Jeti Jubli Perak yang dibina berasaskan seni bina kolonial daripada dana kerajaan dan sumbangan masyarakat tempatan. Jeti ni merupakan jeti pertama yang dibina di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan dibina sempena memperingati sambutan Jubli Perak pemerintahan King George V di England. Jeti ini digunakan sebagai tempat permulaan bagi aktiviti-aktiviti sukan yang diadakan di Taman Tasik Taiping.

Morning Walk Di Taman Tasik Taiping

Inilah antara pokok dah reput dan tumbang tu. Umurnya dah cecah 136 tahun dah tau. Jadi, sekarang ni pokok yang mati ni dijadikan sebagai objek kayu arca dan di sokong dengan besi saja.

Morning Walk Di Taman Tasik Taiping

Sepanjang perjalanan kami, terjumpa pulak dengan sekumpulan spesies monyet ni. Tapi korang tak usah risau, sebab diorg tak kacau kita pun. Diorg buat hal sendiri. Haii ralit pulak tengok gelagat dan aksi diorang ni.

Selepas itu, kami teruskan perjalanan kami hinggalah ke taman permainan yang berdekatan. Dari semalam lagi si kakak nak ke sana tapi keadaan cuaca pada masa tu tak mengizinkan. Jadi, sementara cuaca tengah elok, kami bawakkan saja ke sana. Seronok si kakak dapat main. Bila dah lama tak main papan gelongsor, nampak gayat pulak dia.

Morning Walk Di Taman Tasik Taiping

Kami di sini lebih kurang dekat setengah jam, dah puas si kakak main kami ajak balik ke hotel untuk sarapan pula kemudian nak kemas barang dan check out sebelum pukul 12.00 pm. 

Kalau ikutkan pada asalnya lepas check out kami nak pergi Zoo Taiping. Tapi semasa kami bersiap nak mengemas barang hujan lebat pulak. Tak dapat la kami nak pergi zoo. Hmmm ke mana hala tuju kami selepas check out????

Nanti kinah update kemudian ye.