Perancangan Staycation Bersama Keluarga di Majestic Hotel Kuala Lumpur |Sejak kebenaran merentas negeri dibenarkan, macam-macam plan kami nak buat. Iyelah, dah lama berkurung dalam rumah, sesekali kena keluar juga dari sarang. Macam biasa plan kami semestinya nak pergi bercuti.

Tapi buat masa ni, nak pergi bercuti di tepi pantai, tak berapa sesuai ditambah pula dengan keadaan cuaca tak mengizinkan sekarang ni. Jadi kami plan nak bawak anak-anak kami cuma staycation area Kuala Lumpur saja.

Ok lah dari takde kemana kan....

Tapi, tak semua staycation sesuai untuk anak kecil yang tengah aktif seperti Lulu ya. Pernah terjadi sebelum ni, kami booking satu bilik, kalau usia anak dah cecah 4 tahun tu, mungkin ok la kot. Tapi usia Lulu yang baru umur 1 tahun 3 bulan dan masih dalam fasa nak explore memang kena cari tempat yang betul-betul secured, tak seperti bilik yang kami booking dulu tu. Kami  sangka besar rupanya kecil je dalam realiti. Jadi, kami perlu sentiasa berwaspada akan keselamatannya.

Sejak dari itu, kami akan lebih hati-hati memilih staycation yang sesuai untuk kami sekeluarga. 

Perancangan Staycation Bersama Keluarga di Majestic Hotel Kuala Lumpur
Credit to : wnfdiary.com

Berbalik semula staycation kami di Kuala Lumpur, kami sepakat untuk memilih Hotel Majestic di Kuala Lumpur. Iye, walaupun ianya agak pricey ssesekali kita spend untuk anak-anak seronok lepas sekian lama terperuk je dalam rumah. Nak bayar tu, kita pejam mata je la.

Jadi, inilah masanya kami nak berjimba satu family ngeh ngeh.


Mengapa Hotel Majestic Menjadi Pilihan Kami Sekeluaga

Dalam banyak-banyak hotel di Kuala Lumpur, Majestic Hotel yang kami pilih sebagai destinasi percutian kami pada kali ni. Ini adalah disebabkan kami begitu tertarik dengan keunikan seni bina bangunan tersebut dan sesekali nak juga merasa tidur di hotel mewah lima bintang kome oii. 


Kemudahan yang Lengkap

Masa nak booking, tertarik dengan kemudahan yang ditawarkan. Biliknya pun kebanyakannya luas, kelihatan mewah dan semestinya selesa. Dah nama pun hotel lima bintang. Bila baca review mengenai hotel ni, kebanyakannya bagi rating yang best. So, kita proceed je.

Di sini, ada pelbagai jenis bilik untuk didiami antaranya Suite Junior, Suite Grand, Suite Premier, Deluxe Twin dan Deluxe King. Korang boleh pilih mengikut kesesuaian korang.

Salah satu bilik yang terdapat di Majestic Hotel. 

Perancangan Staycation Bersama Keluarga di Majestic Hotel Kuala Lumpur
Credit to: majestickl.com

Fasiliti semuanya lengkap siap dalam bilik air ada bath tub lagi. Syokk uii berendam dalam bath tub sambil tengok tv. Bukannya selalu nak merasa jadi orang kayangan ni. Kalau teringi nak relaks dan santai, boleh pergi spa. Senang all in one.

Perancangan Staycation Bersama Keluarga di Majestic Hotel Kuala Lumpur
Credit to : traveloka.com

Bagi yang teringin menikmati view Kuala Lumpur terutama pada waktu malam, sini lah tempatnya. Cantik kot view Kuala Lumpur dari Majestic Hotel ni.

Perancangan Staycation Bersama Keluarga di Majestic Hotel Kuala Lumpur
Credit to : travelbeyond.org

Sedap bercerita kemudahan yang ada di sini sampai lupa nak bagitau bangunan Hotel Majestic Kuala Lumpur ni sebenarnya dah lama wujud sejak dari tahun 1932 lagi. Kiranya, bangunan ni wujud sejak dari zaman pemerintahan British Colonial la. Pergh walaupun dah hampir 90 tahun usianya, masih cantik lagi bangunan tu sampai sekarang. 

Satu lagi, kami ni kalau cari hotel, kami nak yang termasuk sekali dengan sarapan. Bukannya apa, malas la nak keluar nak cari breakfast dengan nak hadap jammed lagi pada awal pagi. Biasa la KL ni, tak jammed bukan KL la namanya.

Perancangan Staycation Bersama Keluarga di Majestic Hotel Kuala Lumpur
Credit to : kayak.com

Lagipun, Majestic Hotel ada Restoran Contango yang nampak eksklusif dengan pelbagai jenis makanan disediakan dan harga penginapan termasuk sekali dengan sarapan. So, buat apa nak jalan jauh kalau dah ada restoran di depan mata. Bangun tidur, siap mandi semua terus turun breakfast. Senang!!!

Paling teruja sekali si kakak la bila dapat tahu hotel ni ada kolam renang, lagi la dia tak sabar nak pergi. Masa PKP aritu, asyik mandi dalam kolam biasa dia tu je. Bila dah selalu berendam dalam kolam dia tu, dia pun dah tak nak mandi dah dalam kolam dia tu.

Perancangan Staycation Bersama Keluarga di Majestic Hotel Kuala Lumpur
Credit to : oyster.com

Bila dapat tahu nak tidur hotel dan ada kolam pulak tu, boleh kata hari-hari dia tanya bila boleh pergi ni. Cehhh menyesal pulak bagitau dia awal-awal.

Sebenarnya ada satu lagi reason kenapa kinah teringin nak ke sini ialah The Orchid Conservatory. Mak mak yang minat orkid tu confirm teruja tengok orkid yang ada di sini.

Perancangan Staycation Bersama Keluarga di Majestic Hotel Kuala Lumpur
Credit to : wnfdiary.com

Kinah nak ke sini pun sebab orkid ni saja la. Cantik!! Kalau korang yang ada bajet lebih, sambil tengok bunga, boleh juga menikmati makanan yang ada di cafe ni. Kalau tanya pasal harga, itu kinah tak pasti la ye.


Berdekatan Dengan Lokasi Pelancongan

Bila dah bosan stay dalam bilik, kita boleh lepak di Dataran Merdeka yang berdekatan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad, atau pun menikmati panorama River Of Live KL pada waktu malam. Kalau jalan kaki ambil masa lebih kurang 20 minit jugak la. Alaa bukan selalu nak berjalan malam di Kuala Lumpur. Malas nak pergi Dataran Merdeka, kita boleh melencong ke Sogo cuci mata sekali cuci duit poket hahaha.

Tak pun boleh pusing-pusing sekitar Kuala Lumpur tengok Menara Kuala Lumpur, KLCC ke.. aishh banyak sebenarnya tempat yang best di Kuala Lumpur ni.

Haaa sapa kata bercuti ke Kuala Lumpur membosankan?

Cuma kita kena rajin google tempat yang menarik, kekadang tu ada je tempat yang kita sendiri tak pernah tahu pun kewujudannya.