Rangkaian Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum Membantu Menganjalkan dan Masalah Double Chin Kulit Wajah |Apabila usia dah mencecah 30 an,  secara tak langsung struktur kulit kita pun turut berubah, dengan dagu pulak berlapis. Masalah besar ni. Nak buat macam mana kena la sedar diri umur dah makin meningkat tapi diri ni nak la jugak nampak muda dan muka nampak runcing. Dah lumrah kaum wanita sentiasa ingin kelihatan cantik katakan. Oleh itu, kinah nak perkenalkan dengan korang satu lagi produk yang tak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Siapa tak kenal dengan jenama Safi. Kinah kenal dengan produk Safi ni sejak sekolah lagi. Jadi memang kulit dah serasi dengan produk Safi. Kini, Safi telah perkenalkan lagi beberapa produk kecantikan khusus buat wanita di luar sana yang berusia 30 an dan ke atas. Tak lain dan tak bukan Safi Youth Gold (SYG) la.

Sejujurnya kinah begitu teruja bila dapat tahu Safi keluar produk kecantikan Safi Youth Gold ni. Mana tak nya kita mak mak ni sibuk kot dengan urusan harian sampai mengabaikan diri sendiri. Jadi tak salah kalau kita untuk rewardkan diri kita dengan rangkaian Safi Youth Gold.


Rangkaian Safi Youth Gold Membantu Menganjalkan dan Masalah Double Chin Kulit Wajah

Rangkaian Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum Membantu Menganjalkan dan Masalah Double Chin Kulit Wajah

Dalam rangkaian Safi Youth Gold yang kinah terima ni, terdapat dua item iaitu Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser serta Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Hmm macam menarik pulak dua produk ni. 


Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Masalah dagu berlapis ataupun double chain ni sering membelenggu bagi kita yang telah berumur 30 an ni. Kinah pun tak terkecuali dengan masalah ni. Mujurlah ada Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum yang dapat membantu kita untuk mengurangkan double chain di dagu kita dan secara tak langsung menganjalkan kulit kita.

Rangkaian Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum Membantu Menganjalkan dan Masalah Double Chin Kulit Wajah

Paling best, dengarnya kesan serum Golden C Duo Serum ni boleh dilihat dalam 15 minit saja. Katanya 50% boleh kurang double chain tu. Hmmmm interesting.

Formulasi serum yang ringan dan berkesan diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit iaitu

  • Menegangkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Melindungi kulit dari pengoksidaan
  • Meningkatkan kehalusan kulit
  • Membantu memperbaiki kulit yang rosak ( *Berdasarkan Kajian Saintifik dan Klinikal)

Nak nampak kesan yang terbaik, korang boleh gabungkan dengan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser.


Safi Youth Gold Lifting 24 K Serum Cleanser

Bagi korang yang mencari safi cleanser, nah Safi Youth Gold Liftjng 24K Serum Cleanser wajib masuk dalam list korang. Sebab apa kinah kata macam tu?

Rangkaian Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum Membantu Menganjalkan dan Masalah Double Chin Kulit Wajah

Sebenarnya, pembersih wajah ini telah diformulasikan dengan 24 K serum emas yang lembut dan menganjal.  Serum Cleanser ini juga mengandungi bahan aktif yang dapat mengembalikan keremajaan kulit seperti Triple Gold, Asid Hialuronik Super, dan formulasi Anti PM2.5 yang dapat membersih secara lembut sambil menghidrat dan menganjalkan kulit secara intensif.

Menggunakan Teknologi Golden C-Lift yang menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa antipenuaan seperti Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit serta menjadikan kulit lebih awet muda, lebih tegang dan lebih anjal.

Golden C - Antioksidan yang melindungi kulit daripada pencemaran luaran yang merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.

Nano Emas 24K - Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit lebih lembut dan anjal.

Triple Gold - Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.

Asid Hialuronik - Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dari dalam, serta meningkatkan keanjalan kulit agar kulit terhidrat dan anjal. 


Review Kinah Selepas Menggunakan Rangkaian Safi Youth Gold

Kinah dah guna rangkaian Safi Youth Gold ni selama seminggu. Ada la nampak sikit kurang double chain tu,  tapi kalau nak nampak hasil kena la pakai secara konsisten ye dak? Kalau kejap pakai kejap tak pakai, mungkin lambat nampak hasilnya tu. 

Rangkaian Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum Membantu Menganjalkan dan Masalah Double Chin Kulit Wajah

Cleanser serum tu best, bau dia pun wangi. Kalau tak pakai sehari rasa macam tak lengkap hari tu. Satu lagi, lepas pakai cleanser serum ni, kulit kinah lebih lembap dan nampak semakin cerah. Serius, memang best cleanser safi ni.

Serum golden C Duo tu pun memang mantul. Kinah lepas bersihkan muka, memang wajib sapu serum safi ni. Bau dia wangi, serum yang mudah meresap ke dalam kulit kita.

Kinah ni baru je pakai, tak dapat nak ulas lebih. So korang yang nak tahu result boleh la dapatkan kedua-dua produk Safi ni di mana-mana cawangan farmasi Watsons, Guardian, Caring, Aeon Wellness. Atau kalau malas nak keluar, boleh jer order di laman official shop Wipro Unza di Shopee ataupun di Lazada.

Lifting Golden C Duo Serum (RM59.00 r.c.p)- https://bit.ly/3izM0fm

Lifting 24K Serum Cleanser (RM19.80 r.c.p)- https://bit.ly/3FpssEj

Untuk maklumat lebih lanjut, promosi dan update terkini korang boleh dapatkannya di sosial media rasmi :

Instagram - @safimalaysia 
Facebook - @SAFI.My 
Twitter - @SAFImalaysia 
Youtube - SAFI Malaysia


#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia






2 Comments