4 Gaya Senaman Yoga Untuk Meningkatkan Fleksibiliti

Ada pelbagai cara mudah yang kita boleh amalkan untuk menjaga kesihatan badan kita. Antaranya adalah dengan membuat senaman yoga. 

4 Gaya Senaman Yoga Untuk Meningkatkan Fleksibiliti


4 Gaya Senaman Yoga Untuk Meningkatkan Fleksibiliti 

Tahukah anda bahawa ada beberapa jenis senaman yoga yang anda boleh dilakukan sendiri di rumah? Tanpa memerlukan banyak peralatan senaman, anda masih boleh mengamalkan aktiviti yoga ini untuk meningkatkan daya fleksibiliti anda. 

Antara senaman yoga tersebut adalah:


Gaya Butterfly

Gaya senaman yoga ini adalah antara yang paling mudah untuk diamalkan. Pertama sekali, duduk seperti berada dalam keadaan bersila tetapi kedua-dua tapak kaki hendaklah ditemukan dan dirapatkan. Kemudian, gerakkan kaki anda ke atas dan ke bawah dalam masa 30 saat.

Gaya Cobra

Gaya cobra dapat membantu anda melegakan sakit di bahagian pinggang. Anda hanya perlu berada dalam keadaan meniarap. Selepas itu, angkat badan secara perlahan-lahan dengan menggunakan kedua-dua tangan sebagai sokongan. Pastikan anda pandang ke hadapan semasa melakukan gaya ini. Tahan posisi ini selama 30 saat

Gaya Pigeon

Gaya ini sesuai untuk sesiapa yang duduk dengan jangka masa yang lama sepanjang hari. Mulakan gaya ini dengan melanjutkan kedua-dua kaki ke depan, diikuti dengan membengkokkan kaki kanan kebelakang sementara kaki kiri diluruskan ke belakang. Pastikan postur tubuh dalam keadaan lurus. Tahan selama 30 saat dan ulang pergerakkan yang sama tetapi dengan menukar posisi kaki. 

Gaya Prone Twist

Gaya Prone Twist ini dapat membantu melegakan dan merehatkan badan. Mula-mula, anda hanya perlu membaringkan diri. Setelah itu, bengkokkan kaki kanan ke arah kaki kanan dan gunakan tangan kiri untuk menolak kaki kanan sebagai sokongan. Luruskan tangan kanan dan pastikan postur badan dalam keadaan yang lurus. Tahan posisi ini dalam masa 30 saat. 


Kesimpulan

4 gaya senaman yoga ini boleh membantu meningkatkan fleksibiliti anda, melegakan badan serta merehatkan minda. Anda boleh melakukan senaman ini dirumah 3 kali seminggu tanpa memerlukan alatan senaman yang lain. 

Selain daripada senaman dan gaya hidup sihat, apa kata anda melabur untuk jaminan kesihatan anda pada masa yang akan datang. Anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar untuk takaful perubatan sebagai persiapan demi menjaga kesejahteraan anda.

Nak cari takaful perubatan dengan perlindungan yang komprehensif? Takaful IKHLAS ada jawapannya. Layari sahaja Takaful Ikhlas untuk ketahui lebih lanjut tentang pelan tersebut!

Post a Comment

0 Comments