Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema | Baby sering meragam disebabkan ruam yang dialaminya? Dah cuba pelbagai petua, malah jumpa doktor pun sudah tapi ruamnya makin serius!!!

Dalam kita tak sedar, ruam yang kita anggap perkara biasa tu sebenarnya berisiko mendapat jangkitan kulit seperti ekzema. Kesian sangat bila baby kena eczema ni. Kita yang dewasa ni pun tak tahan gatal, apatah lagi baby kan.


Apa Itu Eczema?

Korang tahu tak apa itu eczema?

Mesti ada dalam kalangan keluarga, jiran mahupun dari kenalan rapat pernah berkongsi masalah eczema yang mereka hadapi bukan?!. 

Buat pengetahuan semua, eczema merupakan masalah keradangan kulit yang menyebabkan kulit kita kering, gatal, luka dan ruam merah yang mana adakalanya ianya kelihatan seperti kulit melecur. Bagi yang cakna dengan masalah kulit seperti eczema ni, ianya seringkali terjadi pada bahagian bibir, tangan, kaki, lutut serta pada kulit kepala. 

Siapakah yang berisiko menghidap eczema ni? Hmm perasan tak, kebanyakan yang mengalami eczema biasanya terjadi pada bayi, dan kanak-kanak. Namun begitu, orang dewasa juga tidak terkecuali.

Haaa siapa sangka kan, gatal-gatal yang kita alami dan disangka hanya gatal biasa selama ni rupanya eczema. Kinah sendiri pernah alami eczema sewaktu hamil. Alhamdulillah, selepas bersalin, masalah tersebut pulih.


Kenali Jenis-Jenis Eczema

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Buat pengetahuan semua, eczema ni ada pelbagai jenis dan 'artopic dermatitis' antara jenis eczema yang sering ditemui. Selain 'artopic dermatitis', terdapat beberapa jenis eczema lain yang biasa juga ditemui antaranya ialah 
  • Contact dermatitis
  • Dyshidrotic eczema
  • Nummular Eczema
  • Seborrheic dermatitis
  • Stasis eczema
Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema



Rawatan Eczema Di Renora Clinic

Sekiranya korang ataupun ada di antara ahli keluarga yang mengalami masalah eczema, segeralah dapatkan rawatan di klinik supaya masalah tersebut tidak menjadi lebih serius. Tak tahu nak pergi klinik mana? 

Tak payah runsing nak cari klinik aesthetic yang bagus dan bertauliah untuk rawat eczema sebabnya Renora Clinic turut menawarkan perkhidmatan untuk rawatan ekzema. Selain merawat pesakit dewasa, doktor di Renora Clinic juga mempunyai pengalaman merawat eczema bayi dan kanak-kanak.

Menurut Dr Ruhil (selaku Doktor Pakar Kecantikan yang mempunyai lesen LCP yang diiktiraf oleh KKM), pemeriksaan perlu dijalankan terlebih dahulu bagi mengenalpasti jenis kulit, disamping ujian seperti allergy testing perlu dijalankan bagi mengenalpasti allergen yang menjadi punca eczema. Kemudian doktor akan mengesyorkan jenis rawatan yang diperlukan. Lagipun bukan semua orang mempunyai jenis kulit yang sama. Jadi, rawatan yang diperlukan pastinya berlainan mengikut kesesuaian jenis kulit kita. 

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Di samping itu, doktor juga akan memberi tips penjagaan kulit muka dan badan khusus bagi mereka yang mempunyai masalah eczema. Setiap kunjungan korang di Renora Clinic, analisis kulit serta pemeriksaan tahap hidrasi kulit akan dijalankan supaya kita lebih mengenali keadaan semasa kulit kita. Jadi, lepas ni kita nak cari skincare pun lebih mudah.

Diingatkan, bagi mereka yang mempunyai eczema, pastikan terlebih dahulu produk yang digunakan mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jangan guna sembarangan ubat yang kononnya bagus untuk eczema. Lagi pun kita tak tahu kandungan yang digunakan. Bimbang memudaratkan. So, nak lagi selamat, korang kena dapatkan rawatan eczema daripada doktor. 

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Sebut soal produk, Renora Clinic menggunakan produk-produk yang terbukti berkesan secara klinikal. Haaa, eczema seperti 'flare eczema' tidak boleh hilang dengan hanya penggunaan skincare saja ye. Sekiranya didapati eczema korang atau baby semakin melarat segeralah dapatkan khidmat nasihat doktor di klinik estetik yang bertauliah seperti di Renora Clinic.


Sedang Mencari Rawatan Parut Eczema?

Bagi mereka yang telah pulih dengan masalah eczema, pastinya parut eczema tersebut memberikan kesan yang mendalam pada diri korang. Self confidence pun down disebabkan masalah parut kekal ni. Oleh itu, bagi mengatasi masalah parut eczema korang boleh kunjungi Renora Clinic!!

Selain merawat masalah eczema, Renora Clinic juga menawarkan pelbagai rawatan parut seperti eczema yang penting ianya selamat dan terbukti berkesan dari segi saintifik. Hal ini kerana ianya dikendalikan oleh doktor yang bertauliah dalam bidang ini. Bukan sahaja klinik ini menggunakan 'medical grade machine' malah semua skincare dan ubat-ubatan yang digunakan adalah dari sumber yang selamat dan mendapat kelulusan dari pihak berwajib.

Mesti korang tertanya-tanya boleh ke parut eczema ni dirawat?

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Jawapannya ialah ya. Parut eczema boleh dirawat dengan menggunakan laser. Tapi bukan semua klinik dibenarkan untuk membuat rawatan dengan menggunakan laser ni. Hanya klinik yang diiktiraf dan mendapat lesen dari LCP saja yang boleh menawarkan khidmat rawatan estetik. Hal ini kerana laser ini perlu dikendalikan oleh doktor yang terlatih dan berpengalaman sahaja. 

Sebelum korang bersetuju untuk membuat rawatan laser ni, korang rajin-rajinkanlah diri buat survey atau kajian tentang latar belakang klinik yang korang pilih tu. Bukannya apa, bimbang nanti jika berlaku perkara buruk yang tidak diingini pada kulit kita sendiri. Naya kome oiiii!!! Renora Clinic InsyaAllah dijamin selamat dan korang tak payah la takut.

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema


Berkesan Ke Rawatan Di Renora Clinic?

Tak bagus takkanlah orang nak suggest ye dak?!! Tengok sajalah result pesakit-pesakit eczema yang datang ke Renora Clinic. Alhamdulillah, kebanyakkannya mereka semakin pulih setelah buat rawatan di sini. Paling penting, korang kena pastikan terlebih dahulu rawatan yang dibuat adalah selamat bagi mengelakkan kesan lebih buruk berlaku sekiranya korang buat rawatan di tempat yang salah dan doktor yang tiada pengalaman dalam bidang ni. Jangan salah pilih ye!!!

Di bawah ni, kinah kongsikan gambar sebelum dan selepas beberapa orang pesakit yang pernah buat rawatan di Renora Clinic. 

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Sekiranya korang mengalami masalah kulit seperti eczema, psoriasis, kulat atau pun ruam kulit, korang dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan doktor yang bertauliah. Hal ini kerana setiap jenis rawatan perlu disesuaikan dengan keadaan kulit pesakit bagi mendapatkan kesan yang optimum.

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Renora Clinic merupakan sebuah klinik perubatan estetik dan kulit yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di sini, perkhidmatan rawatan kulit menjadi fokus dan kepakaran utama selain daripada rawatan penyakit-penyakit umum yang lain. Klinik ini juga telah memperoleh persijilan LCP bagi menjalankan rawatan perubatan estetik daripada KKM.

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Renora Clinic mempunyai 3 orang doktor yang sangat berpengalaman dalam diagnosis dan rawatan pelbagai jenis penyakit kulit terutamanya jerawat. Setiap rawatan yang dijalankan oleh doktor perubatan estetik dengan menggunakan kaedah yang telah terbukti berkesan secara klinikal. Peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan dalam setiap rawatan pula adalah berdaftar dan 'strictly medical grade'.

Sekiranya korang mempunyai masalah eczema, psoriasis, jerawat, jeragat ataupun masalah kulit lain, boleh cuba dapatkan rawatan di RENORA CLINIC, iaitu klinik kulit dan estetik pilihan ramai di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni. Bukan itu saja, mereka juga sentiasa dikunjungi oleh ramai pesakit dari luar negeri seperti Pulau Pinang, Kedah,dan ada juga dari Kuantan.

Tunggu apa lagi, dapatkan temujanji korang terlebih dahulu sebelum datang ke Renora Clinic. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan waktu menunggu yang lama. Untuk dapatkan temujanji, korang boleh layari sosial media official Renora Clinic atau boleh terus hubungi klinik yang beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang seperti yang tertera di bawah

Whatsapp : 011 6098 8315 / Tel : 03-9172 7211
Emel : inforenora@gmail.com

Renora Clinic Bantu Selesaikan Masalah Berkaitan Kulit Seperti Eczema

Renora Clinic Bandar Sri Permaisuri Cheras Kuala Lumpur
(Klinik Jerawat , Jeragat , Laser, Estetik & Kulit )
Alamat : R-UG-17, Kompleks Permasuri Q, Jalan Sri Permaisuri,
Bandar Sri Permaisuri, 56000, Kuala Lumput
No Tel : 011 6098 8315

Website : www.renoraclinic.com


Renora Clinic Bangi akan mula
dibuka di Bandar Baru Bangi (April 2023)

Post a Comment

2 Comments

  1. sekarang dah ada klinik yg menawarkan rawatan ezema mcm ni yer bagus nih.. nanti farah boleh share artikel ni dengan kawan2..

    ReplyDelete