Anak Suka Main Game, Jom Ajak Anak Cuba Mortage Calculator Game

Anak korang suka main game? Anak kinah pun suka main game. Tapi kinah biasa bagi main game pada hari cuti je. Itu pun ada had masa la. Hmm tak salah pun diorang nak main game sebenarnya tapi biarlah game tersebut memberi manafaat kepada mereka.

Game online, game mortage calculator, simulation game

Eh ada ke game yang bagi manafaat? Bukan ke game ni kebanyakan melalaikan ke? Tak dinafikan main game ni melalaikan, lepastu ada sesetengah game ni kandungan dia tak sesuai sebab ada bunuh orang, tembak sana sini. Mana la sesuai dengan kanak-kanak sebaya Thahirah tu. Namun begitu ada sesetengah game ni ada kebaikannya. Sebagai contoh game berunsurkan pendidikan seperti Mortage Calculator. 


Pupuk Anak Minat Berbisnes Melalui Permainan Mortgae Calculator 

Jadi, kita sebagai ibu bapa ni perlulah bijak memilih permainan untuk anak-anak serta meluangkan masa bermain game bersama mereka. Sebagai contohnya game Mortage Calculator yang kinah jumpa ni.

Macam biasa la, game seperti ni kebanyakan dalam talian sahaja, free dan tak perlu susah payah korang nak install aplikasi game ni. Jimat ruang telefon tu. 

Satu lagi yang kinah suka dengan game Mortage Calculator ni, ianya membantu anak-anak kita cara menggunakan wang dengan betul, beri nilai wang yang betul, ehh banyak lagi la. Mana yang masih baru belajar nak guna duit tu, bolehlah dedahkan mereka dengan game ni.


Game Apa yang Menarik Dalam Mortage Calculator Ni

Sebenarnya ada banyak je game dalam Mortage Calculator ni. Confirm berpinar mata nak pilih game yang ada. Bukan kata anak je rambang mata, mak mak pun pening sekali nak pilih yang mana. Sebabnya ada lebih sedozen permainan yang boleh dipilih.

Antara banyak-banyak game, kinah pilih 3 jenis game dalam Mortage Calculator. Nak tahu game apa, boleh rujuk di bawah.

Chocolate Shop

Bagi peminat coklat, apa kata korang main permainan Chocolate Shop. Konsep game ni sama je macam game burger shop. Korang perlu mengambil pesanan pelanggan dan menyiapkan pesanan tersebut dengan betul.

Game online, game mortage calculator, simulation game

Game online, game mortage calculator, simulation game

Dalam masa yang sama juga, korang kena siapkan pesanan tanpa gagal, jika gagal, pelanggan tersebut akan pergi dan jangan lupa collect semua pembayaran yang telah dibuat oleh pelanggan kerana setiap hari ada amaun yang perlu korang kena capai untuk ke level seterusnya.

Tap Supermarket

Game Tap Supermarket ni antara game yang menjadi pilihan kinah yang mana korang ni dianggap seperti manager untuk supermarket. Jika ada barangan yang kehabisan stok, korang perlu restock semula. 

Game online, game mortage calculator, simulation game

Game online, game mortage calculator, simulation game

Sebelum permainan bermula kita akan diberi modal sedikit sebelum memulakan perniagaan, apabila dah ada keuntungan sikit demi sikit korang boleh restock barang jualan dan juga tambah barang jualan baru. 

Grocery Cashier

Permainan Grocery Cashier antara game yang menjadi favourite kinah. Ibarat la dengan game ni kita jadi cashier di sebuah pasaraya. Di dalam game ni, kita perlu memasukkan amaun yang betul bagi semua barang yang dibeli oleh pelanggan, kemudian pelanggan akan membayar mengikut jumlah wang yang perlu dibayar, adakalanya pelanggan membayar menggunakan baucer. Pandai-pandai la korang nanti. 

Game online, game mortage calculator, simulation game

Dalam masa yang sama, korang perlu cepat tau masukkan amaun dan beri baki sekiranya ada baki kerana korang perlu kejar masa yang diberi. Jika korang gagal ikut masa yang ditetapkan, korang kena main semula hehe.

Kinah harap, dengan ketiga-tiga permainan yang kinah kongsi ni dapat memberi manafaat kepada anak-anak ye. Tunggu apa lagi add Mortage Calculator Game to favourite atau homescreen korang supaya senang nak cari nanti. Have fun !!!!

Post a Comment

0 Comments