Jom Ramai-Ramai Ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023

Tiket Masuk ‘SUPER EARLY BIRD’ Ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Habis Dijual! Peminat Durian Akan Diberikan Ganjaran Selanjutnya! | Pada korang yang hantu durian, ini ada berita gembira untuk yang mana tak lama lagi akan diadakan Festival Makan Durian Sepenuh Hati 2023 yang akan berlangsung di 3 buah negeri terpilih. Nak tahu negeri mana yang terlibat dalam festival ni, korang kena baca sehingga habis.

Jom Ramai-Ramai Ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023

Dalam usaha membawa rakyat Malaysia bersama-sama dengan pelbagai komuniti ekspatriat dan pelancong antarabangsa di negara ini, Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 yang dipersembahkan oleh MAE oleh Maybank2U telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan apabila tiket acara ‘Super Early Bird’ untuk lokasi pertamanya, Komtar Walk Penang, telah habis dijual dalam tempoh lima hari pertama selepas pelancaran jualan tiketnya di laman web dan media sosial.

Digelar sebagai festival durian yang tersebar di Malaysia dalam tahun 2023, tapak tiket dalam talian pra-acara telah menerima kunjungan melebihi sejuta kunjungan bukan sahaja daripada netizen di Malaysia, malah juga kunjungan netizen dari negara jiran seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, China dan Hong Kong.

Jom Ramai-Ramai Ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023

Menurut pihak penganjur, festival ini telah dirancangkan sejak kira-kira setahun lalu diantara Institusi Kewangan Terbesar Malaysia, Maybank Berhad dengan Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncit dan pengeksport durian premium Malaysia. Dalam promosi ini, ia telah menawarkan peluang untuk menjamu durian sehingga 60-minit dari harga serendah RM49.99 untuk tiket warga emas manakala RM59.99 untuk tiket dewasa semasa promosi ‘Super Early Bird’. Untuk setiap pembelian tiket dewasa ataupun warga emas, kemasukan kanak-kanak di bawah adalah percuma!

Jom Ramai-Ramai Ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023

MAE Pakej Sedappp yang ditawarkan akan menyajikan durian-durian kegemaran Malaysia seperti durian Kampung Kahwin, D24, D13, IOI dan Udang Merah, manakala, untuk Pakej Sedappp Gilerrr, ia akan menyajikan durian Musang King bersama durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah.

Khas untuk penggemar buah durian, untuk setiap pembelian tiket yang dibuat ke acara ini dan ‘reshare’ kandungan acara yangdibuat di di laman sosial Penang Foodie, KL Foodie dan Johor Foodie, netizen akan layak mendapat sebiji (1) durian untuk dibawa pulang. Tawaran ini tertakluk kepada 100 orang yang pertama yang menebusnya dan sementara stok masih ada.

Pesta Durian ini akan disambut di tiga bandar utama, iaitu di KOMTAR Walk, Pulau Pinang, pada 27 & 28 Mei 2023 (Sabtu–Ahad) diikuti dengan Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara di Klang Valley pada 3 & 4 Jun 2023 (Sabtu-Ahad) dan di The Mall,Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada 1 & 2 Julai 2023 (Sabtu–Ahad).

Tiket acara boleh dibeli daripada platform digital MAE oleh Maybank2 atau platform lain yang tersedia ialah tapak e-dagang Agro Best Services di

https://www.agrobestservices.com



Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Oleh MAE Maybank2U

Informasi Acara

LOKASi

TARIKH

MASA


Komtar Walk, Georgetown, Pulau Pinang (Wilayah Utara)




27 & 28 Mei 2023 (Sabtu & Ahad)


7 sesi setiap hari (60 minit untuk setiap sesi) 12.30 – 1.30pm, 2:00 - 3.00pm, 3.30 – 4.30pm  5.00 – 6.00pm, 6.30 – 7.30pm, 8.00 – 9.00pm, 9.30 – 10.30pm




Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara (Wilayah Tengah)



3 & 4 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)


7 sesi setiap hari (60 minit untuk setiap sesi) 12.30 – 1.30pm, 2:00 - 3.00pm, 3.30 – 4.30pm  5.00 – 6.00pm, 6.30 – 7.30pm, 8.00 – 9.00pm, 9.30 – 10.30pm 



The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru (Wilayah Selatan)





1 & 2 Julai 2023 (Sabtu & Ahad)


7 sesi setiap hari (60 minit untuk setiap sesi) 12.30 – 1.30pm, 2:00 - 3.00pm, 3.30 – 4.30pm  5.00 – 6.00pm, 6.30 – 7.30pm, 8.00 – 9.00pm, 9.30 – 10.30pm  




Jom Ramai-Ramai Ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023

MAE Pakej Sedap 】 Early Bird Promotion 
(Durian Kampung Kahwin, D24, D13, IOI dan Udang Merah)
  • Dewasa RM69.99 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM89.99 bersih)
  • Warga Emas RM59.99 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM69.99 bersih)
  • Promosi Eksklusif Dengan pembelian 2 tiket Dewasa, Percuma 2 tiket kanak-kanak dan 1 tiket warga emas!

MAE Pakej Sedap Gilerrr 】 Early Bird Promotion 
(Durian Musang King bersama durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah)
  •  Dewasa RM148.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM160.00 bersih) 
  •  Warga Emas RM99.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM99.00 bersih) 
  •  Promosi Eksklusif Dengan Pembelian 4 tiket dewasa, Percuma 4 tiket kanak-kanak & 2 tiket Warga Emas!



Kepada Durian Lover, tunggu apa lagi.. Pergi beli sekarang tiket sementara tengah ada promosi tu. 

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman Facebook Rasmi Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd ataupun hubungi +601118891007 atau +601188881007.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ya Allah tengok isinya tak menahan Kinah oiii

    ReplyDelete
  2. Esok nak pi terjah kebun durian kat kampung...tgh musim...

    ReplyDelete