Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Thursday, 22 June 2017

,
Elok sangatlah minyak turun lagi mulai malam ni. Kali ni minyak turun sebanyak RM 0.07 sen dari RM1.98. Ok la tu tambah pula sekarang ni dah nak raya, save sikit bajet untuk minyak. Confirm la raya ni nak pergi ziarah sedara marakan. Harapnya lepasni minyak maintain macam tu jela. Ape lagi jom kita isi tank penuh-penuh dan rancanglah destinasi korang. Manfaatkanlah tengah harga minyak murah.

Saturday, 17 June 2017

,
Setiap kali raya je, kawasan ni diisytihar kawasan larangan. Siapa yang lalu kawasan ni empunya tanah akan mengambil tindakan drastik terhadap anda. Haa bahaya tak bahaya kawasan ni. Siapa yang pernah melalui kawasan larangan ni mesti tahu apa akan terjadi. Nak tahu apa kawasan larangan tu sampai diisytihar kawasan larangan. 

Jeng jeng jeng
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Gambar Mr Google
Dah taukan kawasan larangan tu hehe. Jangan marah ek. Memang betul pun kawasan ni jangan la korang jejak kalau nak selamat. Terusik sikit, riuh sekampung oooo. Jadi para suami, abang dan adik hati-hati ye bila berada di kawasan ni.

Thursday, 8 June 2017

,


Seminar Breastfeeding - Back To Basic
Julung-julung kali dianjurkan oleh MOMMA® bagi membantu lebih ramai ibu berjaya menyusu sehingga 2 tahun. 
Tahukah mommies, titik tolak kejayaan penyusuan susu ibu adalah TEKNIK LEKAPAN (LATCHING) yang betul? Segalanya bermula di sini.

Siapa yang wajib hadir ?
  • Ibu yang sedang hamil anak sulung - belum ada experience menyusukan bayi
  • Ibu menyusu yang ada masalah lekapan yang menyebabkan puting melecet, breast bengkak dan sebagainya
  • Ibu yang sedang hamil dan ada masalah penyusuan anak-anak sebelum ini
Seminar akan disampaikan oleh Kaunselor Laktasi bertauliah dengan 8 tahun pengalaman.

DAFTAR SEKARANG! Tempat terhad!

Tarikh : 18 Jun 2017 (Ahad)
Masa: 10 pagi - 1 petang
Lokasi : MOMMA Bangi Sentral

Wednesday, 7 June 2017

,

Sistem Guru Online (SGO) merupakan portal yang berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kita. Kewujudan portal ini sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada tenaga pengajar untuk melaksanakan tugas mereka seiring dengan peredaran semasa. Adanya portal ini juga membantu ibu bapa untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pelajaran anak mereka.

Antara maklumat dan info yang diperoleh melalui portal ini ialah pelajar dapat memuat turun nota padat yang dihasilkan oleh guru berpengalaman bagi setiap subjek, daripada UPSR, PT3 dan SPM. Selain itu, melalui portal ini juga kita dapat merujuk takwim dan kalendar. Bank Soalan juga boleh didapati di portal ini di samping membuat semakan dan permohonan ke sekolah, artikel berkaitan pendidikan, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan APDM iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid.

Diharap dengan wujudnya portal ini dapat memberi manafaat kepada semua. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari  laman web ini https://www.sistemguruonline.my

Friday, 2 June 2017

,
Pejam celik dah bulan Jun. Cepat betul masa berlalukan. Alhamdulillah kita semua pun dah seminggu menjalani ibadah puasa. Rasa macam baru semalam je mula puasa. Apa pun semoga di bulan yang baru ni kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Tambah sekarang ni cuaca pulak tak menentu kejap panas kejap hujan jadi kesihatan pun jadi tak menentu. Masa bulan puasa ni ingat tau tips kinah yang cukupkan minum air sebanyak lapan gelas tu. Mana yang terlepas tu bolehla rujuk di sini.

Oh ye lagi 23 hari lagi nak sambut hari raya, confirm mak pak tengah sibuk nak prepare untuk anak-anak baju raya. Ada gak yang dah tempah kuih raya, buat kuih raya, orang yang jual lemang tepi jalan pun dah banyak. Sedikit sebanyak kemeriahan untuk menyambut hari raya Aidilfitri dah nak mula. Aish tak sabar pulak nak tengok pelita keliling rumah heheh.

Raya, raya jugak jangan kita lupa pada yang dah pergi meninggalkan kita. Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. 

Saturday, 27 May 2017

,
Salam Ramadhan kepada semua. Maaflah lambat bersiaran. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Kinah nak kongsi sikit tips untuk jadikan Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas.

Thursday, 25 May 2017

,
Tak lama dah nak puasa. Ada yang awal-awal dah buat persiapan untuk beraya katanya tak nak kelam kabut nanti. Betul jugak tu. Selain sibuk buat persiapan untuk beraya, ada juga yang sibuk membuat persiapan untuk menyambut kelahiran baby nanti. Jadi, bagi memudahkan bakal ibu-ibu atau pun yang dah bergelar ibu untuk mencari keperluan baby, keperluan ibu lepas bersalin, anak kecil dan kanak-kanak, jadi kinah nak suggest pada korang satu laman web ni. Laman web ni khusus untuk barangan baby je daripada A hingga Z. Jadi para ibu-ibu tak payah la nak pening kepala nak cari barang baby. Sekarang ni semua dah mudah. Semuanya di hujung jari je cuma korang klik je Motherhood

Di Motherhood semua kelengkapan yang diperlukan adalah complete yang mana merangkumi pelbagai kategori seperti mainan, makanan bayi, lampin pakai buang, mandian, stroller dan sebagainya.



Selain tu, di Motherhood juga kita dapat maklumat dan info yang berguna seperti tips keibubapaan, panduan penyusuan yang betul, perkembangan bayi dan juga resepi yang sesuai untuk si manja korang. Menarikkan!! Selain membeli barangan dapat juga info yang berguna. So jangan lupa tau save web ni, mana tau tiba-tiba memerlukan http://story.motherhood.com.my

Untuk pengetahuan semua, segala produk yang terdapat di Motherhood merupakan jenama yang terkenal di seluruh dunia. Jadi tak payah pening-pening dah nak pergi shopping mall nak beli barang belum lagi dengan anak meragam tak dapat la nak belek lama-lama dan ada juga ibu-ibu yang dah sarat tak larat nak jalan lama-lama. Bila ada Motherhood ni apa brand yang biasa kita pakai klik je pastu sampai depan rumah. Lebih daripada 20 jenama yang dipercayai oleh semua ibu ada di sini.

Sebahagian daripada jenama yang terdapat di Motherhood

Korang jangan la risau, pelbagai testimoni telah diterima dan majoriti berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh team Motherhood tau dan jika ada masalah dengan barang yang diterima korang boleh request sama ada nak return ataupun refunds bolehlah rujuk di sini.



Sebahagian daripada testimoni


Ehh ada lagi tau, istimewanya Motherhood ni selalu buat promosi kaw-kaw murah dari super market. So, para ibu-ibu kenala rajin bukak Motherhood ni kot-kotla barang yang ibu-ibu berkenan ada sale. Untuk pengetahuan semua, Motherhood juga turut menawarkan Today's Special k. Haa kalau terlepas kena tunggu lagi.










Banyakkan promosi tengah berlangsung. Jangan tunggu lama-lama nanti promosi habis jangan nangis kat bucu katil pulak kui kui.