Showing posts with label Jalan-jalan Makan Angin. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Makan Angin. Show all posts

Thursday, 1 April 2021

,

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson| Lama betul tak pergi bercuti, kali terakhir pergi bercuti ke Thailand dan Singapura pada tahun 2018. Kemudian tak pergi ke mana-mana dah sebab yop susah nak dapat cuti selepas pindah di tempat kerja baru. Kalau pergi berjalan pun, hanyalah disebabkan ada urusan di luar daerah. Di tambah pula dengan wabak pandemik yang melanda negara kita sejak setahun yang lalu, memang duduk terperap di rumah je la tak ke mana.


Kami ni tak kisah tak pergi bercuti pun, tapi kesian dekat Thahirah la. Selalu sangat bertanya bila lah nak bawak dia mandi laut seperti sebelum ni. Kita bukan tak nak bawa, cuma masa dan keadaan yang tak sesuai buat masa ni. Tambah pula dengan adanya Lulu, imunisasinya masih lemah. Bila dah kerap kali tanya, kita ni pun faham la dia dah mula rasa bosan dan kalau kita berada di tempat dia pun, kita akan alami perasaan yang sama jugak.


Jadi, disebabkan kami ni pun dah lama tak merasa vitamin "sea" dan Thahirah duk tanya bila nak pergi mandi laut, ada la juga plan lepas boleh merentas negeri nanti cadangnya nak la bawak kakak bercuti ke tepi laut untuk tunaikan hajat si kakak Thahirah ni. Lagipun, sektor pelancongan pun dah mula dibuka semula. Jadi, selepas perbincangan, staycation kami kali ni ke Port Dickson. Lama betui tak jalan-jalan ke sana.


Pemilihan Hotel Untuk Penginapan

Seperti biasa bila kita dah plan nak pergi bercuti, perkara utama yang kita perlu cari semestinya hotel untuk menginap di sana. Walaupun sekarang ni masih lagi dalam PKP, boleh je kita senarai dulu hotel yang menjadi pilihan. Apa yang penting, hotel tu mesti dekat dengan tepi pantai. Kata nak vitamin "sea" kena la cari tempat yang dekat dengan laut.


Selepas google hotel Port Dickson di tepi pantai, akhirnya kinah jumpa jugak hotel yang boleh kami menginap sepanjang berada  di sana nanti dan semestinya hotel ni betul-betul dekat dengan laut. Nak tahu hotel apa yang menjadi pilihan? Semestinya Lexis Hibiscus Port Dikcson



Mengapa Lexis Hibiscus Port Dickson Menjadi Pilihan

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexis.my

Dah lama teringin nak ke sini sebenarnya selepas kinah baca beberapa review kawan-kawan yang pernah menginap di sini. Keunikan susun atur bilik Lexis Hibiscus seperti kelopak bunga raya dan setiap biliknya dilengkapi dengan kolam mandi menjadikan percutian kami kali ni betul-betul orang kata "curlas gitew". Lagipun bukannya selalu nak berjimba bagai macam ni. Kata nak bercuti kan. Kalaulah si kakak tahu pasal ni, dialah orang pertama yang excited sekali. 

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexushibiscuspd.com

Mana taknya, setiap bilik ada private pool, mau dia nak berkubang je dalam tu. Dah alang-alang nak bercuti ni, nampaknya kena la ambik bilik yang menghadap seaview, sambil berkubang dalam kolam dengan anak-anak boleh menikmati pemandangan laut, kot ada rezeki boleh tengok matahari terbit esok paginya aci dak?

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexishibiscuspd.com

Ditambah pula, Lexis Hibiscus Port Dickson telah menerima dua rekod dunia Guiness World of Records iaitu most overwater villa in a single resort dan most swimming pool in a resort sejak tahun 2016 lagi. Fuhhhh bertambah excited la kami nak ke sana.


Seperti biasa, tugas kinah semestinya akan buat research terlebih dahulu segala kemudahan yang ada di sini supaya bila dah sampai ke sana nanti, senang kami nak rancang aktiviti apa yang nak dibuat terlebih dahulu sama ada indoor ataupun outdoor. Nanti pergi menonong saja, dah bazir masa kat sana. Masa itu emas tau..


Rupanya banyak kemudahan dan aktviti yang ada di Lexis Hibiscus ni. Antaranya ialah menyediakan perkhidmatan buggy bagi memudahkan pergerakan tetamu dari lobi ke tempat penginapan. Itu sangat bagus, tak payah la kita bersusah payah nak berjalan kaki nak hangkut beg, dengan pikul anak lagi. Kalau dapat bilik yang jauh, pecah lemak uiii. 


Selain itu, bagi yang meminati aktiviti outdoor, turut disediakan jet ski, banana boat mahupun berkayak. Hat ni mungkin tak berapa sesuai nak bawak dua orang askar ni kang mak paknya sibuk berkayak sapa nak jaga budak-budak ni. Tapi takpe la ada lagi aktiviti lain yang sesuai untuk kami sekeluarga.

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexishibiscuspd.com

Jika ingin aktiviti santai bersama keluarga, turut disediakan basikal. Hah nanti boleh sewa basikal bawak kakak pusing-pusing kat dalam tu  Lama sangat aih tak bawak basikal ni. Ehh, boleh lagi ke nak kayuh gerek tu haha. Takpe kita cuba dulu ye, tak cuba mana la tahu kan. Itupun, kalau cuaca mengizinkan. 

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to:  lexishibiscuspd.com

Kalau tak boleh, nampaknya kena bawak kakak main di tempat permainan kanak-kanak la. Tapi musim Covid ni, tak pasti la pulak boleh ke tidak main kat situ.

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : sunahsukasakura.com

Kalau tak boleh main di taman permainan tu, boleh bawak kakak melepak di Hibiscus Walk yang mana kita perlu berjalan kaki menuju ke pantai di resort ni. Mmm mesti best kan sambil berjalan tu bolehla tangkap gambar buat kenangan. Dah penat berjalan, confirm lapar, di Hibiscus Walk ada macam-macam jenis makanan yang boleh kita nikmati. Sejenis perut yang lapar pada waktu malam, nampaknya kena tapau la makanan siap-siap ni. Hmm, macam banyak pulak aktiviti yang boleh kita buat kat sini, rasanya tak cukup sehari nak explore semua dalam tu. 


Kiranya memang lengkap segala kemudahan dan aktiviti yang ada di sini. Memang berbaloi la jika korang ada plan nak bercuti di sini. Lexis Hibiscus, mu tunggu kami datang ye.



Monday, 16 December 2019

,
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong | Dah lama Thahirah request nak layang-layang. Nak buat sendiri memang boleh, tapi bahan utamanya, buluh pulak takde. Jadi, kami tangguhkan dulu hasratnya nak buat layang-layang. Kebetulan balik dari UTC Pudu, nak bawak Thahirah main ke Taman Tasik Perdana tu, tapi tutup pulak sebab ada pembinaan kat situ. Yop kata kita cari tempat lain. 
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Akhirnya hari Khamis hari tu sampai juga kami ke Taman Layang-Layang @ Taman Metropolitan Kepong. Luas jugak ye tempatnya, tapi kami tak explore habis pun. Kami ke sini nak bawak Thahirah main layang-layang je. Dah itu yang dia nak. Mungkin next time boleh ke sini lagi untuk explore.
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Sampai je ke Taman Layang-Layang Kepong tu, Thahirah dah mula rambang mata nak pilih layang-layang yang mana. Last dia pilih The Little Pony, dalam RM8.00 jugak la harganya. Ok la harga tu.

Masa mula kami nak naikkan layang-layang, angin tak ada lagi. Dalam 10 minit kemudian baru la ada angin. Bila layang-layang naik, seronok betul dia. Kita yang tua ni pun teruja sebab dah lama tak main haha.
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Agak lama jugak kami kat situ. Setengah jam kemudian kami gerak balik rumah sebab dah mendung. Sampai je kat rumah, geng main Thahirah dah ramai depan rumah, apa lagi diorang sambung main kat depan rumah tu. Thahirah siap ajak kawan-kawan dia main layang-layang. Faham-faham je la, kawasan perumahan ni angin pun sekejap ada sekejap takde.

Anak-anak main, kami mak-mak pun borak la. Jiran kinah kata kat kedai Eco rupanya ada jual layang-layang hmm kalau tau ada jual kat sana tak payah la beli kat taman tu haha. Takpela yang penting janji pada Thahirah dah ditunaikan.




Saturday, 9 November 2019

,
Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati | Hari ni kinah nak share dengan korang tempat menarik di Ipoh. Best ke Ipoh? Macam tak menarik je. Haaa itu korang yang kata. Orang Ipoh tak kata macam tu. Kalau korang nak tahu sebenarnya banyak juga tempat menarik di Ipoh untuk dilawati yang boleh korang pergi bila ke Ipoh. Nampak je macam tak ada apa-apa. Tapi bila korang explore sebenarnya ada je tempat menarik di Ipoh.


Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati


Tempat Menarik Di Ipoh

Kellies Castle
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Tak sah kalau ke Ipoh tak singgah ke Kellies Castle. Kellies Castle kalau korang nak tahu terletak di Batu Gajah tak jauh pun dari Ipoh. Semua orang tahu sejarah tempat ni kan. Di bina pada tahun 1909 di kawasan bukit. Rumah agam yang tersergam indah ni dibina oleh buruh daripada India termasuklah pakar seni yang diimport khas dari sana.

Semua orang tahu cerita disebalik Kellies Castle ni. Kellies Castle dikatakan berhantu apabila ada pihak ternampak kelibat Kellies dan anakya berjalan di koridor pada waktu malam. Ala pedulikan je. Itu malam. Korang datang la waktu siang hehe. Cantik tau. Orang yang nak buat photoshoot kahwin pun datang ke sini.

Kalau korang nak datang melawat Kellies Castle bolehlah ke sini. Harga tiket untuk dewasa RM5.00 kanak-kanak pula RM4.00.

Taman  Rekreasi Gunung Lang
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang ni terletak kira-kira lima kilometer daripada Pekan Ipoh. Merupakan destinasi untuk orang ramai berekreasi dan bersantai bersama keluarga terutama pada hujung minggu. Pengunjung berpeluang menikmati percikan air terjun buatan yang tertinggi di Malaysia.

Selain itu, korang juga boleh memberi makan kepada ikan. Ada ikan keli Afrika, ikan koi, talapia dan lampam. Semuanya besar-besar. Cuti hujung minggu nanti bawakla anak ke sini, mesti diorang seronok.

Selain tu, korang juga boleh menaiki bot khas untuk ke seberang tasik. Kat situ ada mini zoo, Rumah Perak dan pelbagai taman ada di situ. Korang yang datang ke Ipoh dan tak tau nak ke mana bolehlah datang ke sini.

LOST WORLD TAMBUN
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Yehaaaa siapa yang tak suka taman tema air. Ada satu ha dekat Ipoh nak tahu apa dia? Lost World Of Tambun la. Korang yang tak tahu nak pergi mana bila bercuti nanti moh le ke sini. Ada macam-macam aktiviti yang menarik antaranya Haunted Chambers, Lost World Petting Zoo, Hippo Kingdom dan banyak lagi aktivit menarik yang boleh korang join di sini. Nak tahu lagi apa yang menarik di Lost World Of Tambun ni korang boleh cuci mata di website jomjalan.com ni. Banyak kot aktiviti best di sini.

Bulatan Meru Amanjaya 
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Kalau balik ke Ipoh memang ke sini la kitorang. Saja bawak Thahirah main-main dekat sini. Dulu kawasan ni kosong takda apa-apa pun. Bila dah ada pembangunan di kawasan sekitarnya barulah Bulatan Meru Amanjaya ni wujud. 

Paling seronok anak-anak la. Anak dara kinah kalau ke sini dia tuju nak main kereta control. Laju je menonong dia ke tempat tu. Seronok betul dia. Ada juga main basikal, kereta yang berlampu dan macam-macam lagi la. Kiranya tempat ni sesuai untuk beriadah bersama keluarga pada waktu malam. Tak kisah la hujung minggu ke atau hari biasa memang ada je orang. Kinah cerita ni pada waktu malam tau. Waktu siang tak pergi lagi.

Kalau nak tahu kawasan ni dibuka 24 jam dan pasal parking janganlah risau. Semua tu percuma aje. Cuma tandas je dibuka sampai 10.30 malam untuk tujuan keselamatan. Kalau korang ada di sekitar Ipoh bolehlah ke sini. 

Movie Animation Park Studio (MAPS)
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik di Ipoh
Movie Animation Parks Studio Ipoh (MAPS) baru saja dibuka kepada awam pada tahun lepas. Kalau tak silap la. Masa baru dibuka, masih ada lagi stesen yang belum dibuka untuk awam sebab tak siap lagi. Mungkin sekarang ni dah siap sepenuhnya.

MAPS ni merupakan taman tema animasi yang pertama di Asia tau. Ada pelbagai aktiviti yang menarik di sini. Korang mesti teruja ke sini terutamanya anak-anak kita sebabnya watak-watak animasi kegemaran anak kita seperti BoBoiboy, Smurf pun ada di sini. Teringin jugak nak ke sini tapi bila mengenangkan umur Thahirah macam tak sesuai lagi je.

Korang yang nak bawak anak-anak ke sini bolehlah rujuk website <<ini>> untuk maklumat lanjut dan dapatkan harga.

TASIK CERMIN
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik di Ipoh
Ok tempat menarik seterusnya ialah Tasik Cermin. Tak semua orang tahu wujudnya tasik ni. Tasik Cermin pernah viral di facebook suatu masa dahulu. Kalau korang nak tahu Tasik Cermin ni terletak di Gunung Rapat Ipoh. Tak jauh pun dari pekan Ipoh. Cuma nak pergi ke Tasik Cermin ni korang kena lalu kawasan kuari dan jalan pun tak rata dan berdebu. Agak bahaya sikit la. 

Tengoklah tasik tu, cantikkan? Kenapa diberi nama Tasik Cermin? Tengoklah kawasan sekitarnya macam cermin kan. Kalau masa panas lagi nampak jelas. Namun begitu, tasik ni belum dikomersialkan lagi. Jadi hati-hati la ye bila korang ke sini.

Gua Tempurung
Tempat Menarik Di Ipoh untuk dilawati
Tempat Menarik di Ipoh
Lokasi seterusnya ialah Gua Tempurung iaitu sebuah gua batu kapur terbesar di Malaysia yang terletak di Gopeng Perak kira-kira 24 kilometer dari Ipoh. Nama Gua Tempurung ni diambil sempena bentuknya seakan-akan seperti tempurung kelapa. 

Kalau korang nak tahu, Gua Tempurung ni terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Setiap kubah berbeza suhu, aras air, batu kapur dan marmar. Itu yang menyebabkan Gua Tempurung ni sangat unik.

Cukuplah setakat ni ye. Nanti bila ada masa nanti kita kongsi tempat lain pulak.

Saturday, 21 September 2019

,
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati |  Apa khabar semua? Maaf la ye lama tak update blog ni. Faham-faham je la kekadang tu idea tak ada, kekadang tu mood tak sampai. Haa gitu la selalu. Agaknya dah lama tak pergi bercuti kot. Last pergi bercuti, kami pergi ke Singapore. Hmm ada jugak yop cadangkan nak pergi bercuti lagi, tapi dalam Malaysia je la ye dan dia suruh kinah yang handle dan cari kan tempat untuk kami pergi bercuti. Disebabkan hari ni kerja rumah dah selesai kinah nak share dengan korang plan yang kinah sediakan untuk kami pergi bercuti nanti. 

Hahhhh nak tau kat mana destinasi pilihan kami bercuti nanti?

Of course la Pulau Pinang hehehe..

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati

Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Percutian kami kali ni, yop kata dia tak nak drive. Penat nak drive jauh-jauh katanya. Lagipun setiap kali bercuti, kami selalu drive sendiri je. Tapi kali ni kami nak buat kelainan sikit. Lagipun Thahirah dah besar, saja nak bawak dia naik flight pulak, bagi dia explore dan biasa dengan pengangkutan awam. Lagipun dah lama dah dia mintak nak naik flight. Kinah pun apa lagi, google la kot kot la boleh dapat tiket flight murah. Dah memang rezeki, dapat pulak tiket Air Asia dengan harga murah. Ok hal tiket flight settle.

Disebabkan yop malas nak drive ke KLIA, kami  rancang nak book KLIA transit tickets untuk memudahkan lagi perjalanan kami ke KLIA nanti. Kata nak biasakan Thahirah dengan pengangkutan awam, hah ni lah masanya.

Hal tiket, hal nak ke KLIA semua dah selesai. Cuma nak cari tempat menarik di Pulau Pinang saja. Setelah meng"google", kinah pilih beberapa tempat yang menarik dan sesuai untuk kami bawa Thahirah pergi bercuti. Walaupun kinah pernah ke Penang, tapi tak semua tempat kinah pergi.


Antara Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati


1. BUKIT BENDERA
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Kalau datang ke Penang ni, Bukit Bendera adalah tempat wajib kita lawati. Tak datang ke sini, rasanya tak lengkap la percutian tu. 

Nak tahu kenapa?

Sebabnya Bukit Bendera ni merupakan salah satu ikon terbesar yang ada di Penang selain daripada jambatan Pulau Pinang. Apa yang menariknya bila kita ke sini, kita dapat melihat pemandangan dan juga alam semulajadi dari Bukit Bendera ni tau. Kalau korang nak tahu, Bukit bendera ni terletak di puncak bukit. Nak sampai ke sini, korang kena naik cable car, ada la sedikit bayaran. Syok juga naik cable car dia. Curam tak usah cakap la. So siapa yang gayat tu, digalakkan pergi berteman. Sekurangnya adalah tempat nak berpaut kihkih.

Kinah dulu ke sini pun dengan makcik, tapi kami tak habis pusing pun kat atas tu.  Kali ni, kalau boleh nak explore semua yang ada di sana. Dengarnya kat puncak tu ada Muzium Burung Hantu, Skywalk dan banyak lagi aktiviti yang menarik kat atas tu dan aktivitinya pun bukan la yang ekstrem. Okay la sangat bawak Thahirah ke sini.. 

2. ESCAPE THEME PARK PENANG
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Sesekali nak pergi ke tempat  yang lebih ekstrem kat Penang ni, jadi kinah decide nak ke Escape Theme Park Penang ni. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan kat sini. Dengarnya lebih 30 aktiviti yang disediakan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Dari kanak-kanak sehinggalah dewasa, yang bujang, pasangan mahupun dah berkeluarga. Ok sangatlah tu.

Untuk aktiviti bagi orang dewasa, Escape Theme Park Penang turut menyediakan outdoor activity seperti kite flyer, abseiling, sling shot dan laluan berhalangan antara pokok. Korang yang pergi bercuti dengan kawan-kawan bolehlah cuba aktiviti ni. Mesti happening. Dari segi aspek keselamatan pula tak perlu risau kerana pihak Escape Theme Park mempunyai peralatan yang mencukupi dan menepati syarat untuk kegunaan para pelancong yang datang. 

Selain aktiviti ekstrem tu, bagi mereka yang berkeluarga macam kinah dan ingin bersuka ria bersama anak-anak, memang sesuai sangat bawak anak-anak main air kat water park di sini. Nampak macam best je. Thahirah kalau nampak ni, mesti dia syok main air. Confirm tak nak balik haha. Tapi kena beringat, dekat water park ni bukan semua sesuai untuk kanak-kanak, ada certain part tu hanya untuk orang dewasa sahaja sebab terlalu ekstrem. Seronok, seronok juga, kita sebagai parents ni kena awasi anak-anak sama. 

3. PANTAI BATU FERRINGHI
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Kawasan pantai Batu Ferringhi ni bagi kinah sangat sesuai untuk semua peringkat umur tak kisah la kanak-kanak, bujang mahupun warga emas. Lama juga tak ke pantai. Dah alang-alang ke Penang ni, nampaknya, kami ke sini la nanti. Selain aktiviti bersama keluarga di tepi pantai, kita juga boleh cuba sukan air yang ada di sini. Kinah tengok banyak juga agensi yang menyediakan pakej-pakej sukan air dan harga yang dikenakan pun berpatutan. Antara sukan air yang ada di sini ialah parasailing, banana boat, jetski dan banyak lagi.

Untuk yang bekeluarga pula, korang boleh bawak anak-anak mandi laut sebab area pantai kat sini sangat luas dan pantai pun bukan jenis yang curam. Landai je. So takda la rasa risau kalau anak-anak nak mandi. Bagi yang pilih Penang untuk berbulan madu, bolehlah cari hotel berdekatan pantai ni. Kinah booking hotel area sini jugak hihi. Boleh layan matahari terbenam bersama yang tersayang, lama kot tak tengok matahari terbenam yang real macam ni kahkah bukannya selalu ye dak.

4. WONDERFOOD MUSEUM PENANG
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Wonderfood Museum ni dah lama dah kinah target nak pergi. Kinah tahu kewujudan muzium ni pun lepas tengok member update pergi ke sana. Bila dah ada peluang nak ke Penang, apa salahnya kita ke sini hehe. So, kalau nak tau info pasal sejarah dan asal usul makanan, korang boleh datang ke sini. Replika yang dorang buat tu pun, nampak real. Ada yang ikut portion dan saiz macam original, ada yang dibuat dalam skala lebih besar untuk bagi korang rasa seronok yang maksima! Memang sesuai sangatlah bawak anak-anak ke sini boleh bergambar dengan pelbagai gaya bersama ikon makanan di Penang seperti laksa penang, teh ais, ABC dan banyak lagi. Hmmm lapar pulak tengok makanan tu kome oiii.

5. MUZIUM PERANG
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Masa sekolah dulu, bila sekolah buat lawatan je kinah excited. Mana taknya antara tentatif lawatan mesti pergi muzium. Cuma muzium perang di Penang je tak pergi lagi. Kalau korang mempunyai semangat patriotik yang tinggi, dah alang-alang sampai ke Penang, diwajibkan masuk ke muzium ni. Sebabnya kalau korang perhatikan bangunan muzium yang ada sekarang ni, ianya dikekalkan struktur binaannya. Cuma ia diperbaiki sedikit bagi memastikan ketahanan bangunan tu lebih lama dan kukuh. 

Apa yang lebih unik lagi, tapak muzium ini merupakan kesan tapak Perang Dunia Kedua yang terbesar di bahagian Asia. Dalam muzium ni jugak boleh nampak kesan-kesan penjajahan Jepun dan British pada zaman dahulu. Tak hairan lah banyak sekolah datang untuk membuat lawatan sekolah di muzium ini. Untuk explore muzium ni, korang boleh ambil masa 2 – 3 jam. Sambil melawat muzium ni, boleh imbau kembali bagaimana keadaan zaman nenek moyang kita semasa dijajah dulu. 

Kinah rasa, cukup la kot 5 tempat yang kinah dah shortlistkan untuk percutian kami nanti. Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi tempat menarik yang lain di Pulau Pinang korang boleh tengok di jomjalan.com.

Tak hairan la kenapa Penang menjadi salah satu pusat pelancongan yang pesat dari luar dan dalam negara, rupanya banyak jugak ye tempat yang menarik untuk dilawati di Pulah Pinang ni. Nanti-nantilah bila ada masa lagi, kinah plan lain untuk ke sini lagi dan pastinya masa tu pergi ke tempat yang lain pulak. 

Oh ye, disebabkan haritu kami naik KLIA Transit, balik kali ni kinah terus book airport coach KLIA dari web Traveloka. Memang memudahkan kerja. Lagipun masa tu mesti badan dah letih dan penat memang tak la nak tunggu train bagai. Kiranya nanti, bila kami sampai je kat airport dia dah tunggu siap-siap. Merasa la kejap jadi bos kat belakang tu haha. Masa tu bolehlah rehatkan badan, pejamkan mata sebelum sampai ke rumah. Semoga apa yang kami plan ni berjalan dengan lancar. Bye bye...



Monday, 18 February 2019

,
Singapore Trip: Merlion Park | Maaf ye lambat pulak update pasal percutian ke singapore aritu sebab kena edit gambar sikit. Walaupun percutian kami ke Singapore hanya satu hari saja, banyak juga tempat-tempat menarik yang kami kunjungi antaranya ialah Merlion Park iaitu merupakan destinasi utama yang perlu dilawati bila ke Singapore.
Singapore Trip: Merlion Park
Kami sampai ke Merlion Park lebih kurang pukul 10.00 pagi kalau tak silap la. Menurut pemandu kami Encik Salleh, kalau nak ke Merlion Park sebaiknya pada awal pagi, kalau pergi tengahari atau petang, waktu tu tengah panas dan orang pun semakin ramai. Kami gerak dari JB pun dah pukul berapa kan. Nasibla...
Singapore Trip: Merlion Park
Sampai-sampai je ke situ, kinah mula cari tandas. Gagau mencari tandas dan tanya sekuriti yang ada kat situ. Siap bawak duit lagi kot kot la kena bayar. Kinah pun ikut la arah yang sekuriti bagitau. Dah tak tahan sangat kot, masuk satu pintu ni, memang ada singnboard kat situ. Kinah ingatkan dekat la tandas tu, entah macam mana kinah ingatkan satu sudut tu ada tandas, dengan confident nya tu tandas kinah terjah la, dentum ingatkan ruang nak pergi tandas rupanya itu dinding. Cehhh malu kot sempat juga pandang kiri kanan, nasib takde orang masa tu kalau tak memang malu haha. 

Rupanya tandas tu terletak jauh ke dalam dan kena naik tangga. Okay la nasib boleh tahan lagi dan takde pun orang collect duit nak masuk tandas. Nampak je tandas dengan confident nya ingatkan ada paip air. Rupanya tak de. Hanya ada tisu je. Kat Singapore ni kalau ke sini bawaklah botol air ke apa untuk mencuci. Kebanyakan kat sini tandas takde paip air yer. Ingat tu. Sori la buat iklan sekejap­čśů

Selesai urusan ke tandas kinah pergi semula tempat suami, anak dan adik kinah tunggu. Masa kinah ke tandas tu, ada la beberapa gambar mereka sempat ambil buat kenang kenangan di situ.
Singapore Trip: Merlion Park
Singapore Trip: Merlion Park
Singapore Trip: Merlion Park
Selepas tu, kitorang pun bergerak ke tempat ada singa muntah air tu. Waktu tu matahari dah naik atas kepala dah dan terik sikit. Orang pun tak payah cakap la memang dah ramai masa tu. Masing-masing tak lepaskan peluang nak bergambar dengan singa muntah air tu.
Singapore Trip: Merlion Park
Akhirnya, impian nak bergambar dengan singa tu tercapai.

Habis je bergambar dengan singa muntah air, kami jalan kaki sikit melalui jambatan yang menghubungkan Merlion Park ke Esplanade Theatre. Sikit tak sikit pecah peluh jugakla sebab panas rembang kot masa tu.
Singapore Trip: Merlion Park
Sukanya dia dapat lari kat sini. Haaa kalau nak tahu Jubilee Bridge ni la yang Thahirah duk lari sana sini. Tak terkejar dia tu. Nasib "anken" dia ikut hehe
Singapore Trip: Merlion Park
Ni la Esplanade Theatre yang kinah ceritakan tadi. Unikkan seni binanya.
Singapore Trip: Merlion Park
Tempat Thahirah bergambar ni la pintu masuk ke Esplanade Theathre
Singapore Trip: Merlion Park
Kat sini takde ada pun yang menarik cuma tertarik dengan seni binaannya. Pada masa kitorang datang ni pun takde sebarang event berlangsung. Tapi kalau korang nak masuk boleh je. Free of charge. Tapi bila ada event korang kena bayar la bila nak tengok heee
Singapore Trip: Merlion Park
"Mana arah tuju kita lepas ni bang"
Sementara tunggu pemandu kami sampai, (kesian dia pusing-pusing kawasan sekitar sebab takde tempat parking) kami tengok dulu papan kenyataan ni mana la tahu ada petunjuk kemana hala tuju kami lepas ni.. Haa itu kena tunggu kinah update seterusnya.

Terima Kasih kerana membaca Singapore Trip: Merlion Park

Saturday, 2 February 2019

,
Travel Trip Ke Singapore Part 1 | Phewww baru je settle cerita balik dari Thailand, kinah nak story pulak trip ke Singapore pulak. Balik je dari rumah mak dah kena gerak ke Johor sebab kalau ikut plan suami dia nak habiskan cuti ganti dia yang ada dengan bercuti. Penat tak habis lagi kot berjalan kat Thailand aritu dah ke Singapore pulak.  Ikutkan saja la. Sebelum ke Thailand lagi dah roger dengan adik yang ada di Parit Raja. Ajak dia jalan sekali. Bila dah confirm nak ikut sekali bagi dia duit untuk buat passport sendiri. 

Travel Trip Ke Singapore Part 1

Travel Trip Ke Singapura
Travel Trip Ke Singapore Part 1
Kami gerak dari rumah mak ke Parit Raja dalam tengahari macam tu la. Jangka sampai ke Parit Raja dalam pukul 10.00 malam macam tu. Masa dalam perjalanan nak ke sana, kinah baru nak deal dengan seorang kenalan bapa saudara suami, katanya kawannya boleh bawak kami pusing-pusing Singapore. Tapi sayangnya dia tak dapat nak bawak kami sebabnya dia bercuti (siapa suruh deal last minit­čśů).

Walaupun begitu, dia dah pass job tersebut pada kawannya. Pheww lega. Mengikut kata bapa saudara suami, seeloknya kami sewa kereta bersama pemandu untuk ke Singapore sebabnya bila kami bawa kenderaan sendiri takut susah nak dapat parking kereta. Memang sungguh pun susah nak dapat parking kat sana. Parking sebarangan pun tak boleh, silap haribulan dapat surat saman. Naya oiii.

Lepas ambik adik di rumah sewanya di Parit Raja, kami terus gerak ke Johor Bahru pada malam tu. Perjalanan dari Parit Raja ke JB lebih kurang sejam lebih jugakla. Sampai je JB kami check in hotel di Bagus City Hotel betul-betul berdekatan dengan Komtar JB. Lepas check in semua, kinah pun hantar location kepada pemandu kami untuk pick up di hotel.

Kalau ikutkan janjinya suruh datang ke hotel pukul 7.00 pagi, betapa bagusnya beliau sebelum pukul 7.00 dia dah sampai. Itu yang seeloknya. Kami jemput beliau bersarapan dulu di hotel kami menginap sambil tu beliau mengisi white card untuk kami. Pada masa tu beliau bercerita serba sedikit mengenai Singapore. Haaa nak tahu destinasi pertama yang kami tuju semasa di Singapore kena tunggu part 2 pulak ye.