Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 17 December 2019

,
7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah| Sedangkan air laut ada pasang surut, ini kan pula suami isteri. Biasa lah tu, ada masanya mood isteri tu ada swing sikit. Jika ada tak kena dimatanya, mula lah si suami yang jadi mangsa. Orang perempuan ni bila tengah marah, janganlah diusik. Biarkannya dia reda sendiri.

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

Tapi, perlu diingat juga, kemarahan ni jika tak dikawal akan menggugat keharmonian rumah tangga. Sebenarnya bila isteri tengah marah, si suami perlu bijak memainkan peranannya dalam mengawal keadaan. Dalam erti kata lain, pujuk isteri yang tengah marah tu. Tengah pening macam mana caranya, apa kata korang cuba 7 cara untuk lembutkan hati isteri tengah marah. 

MINTA BANTUAN LUAR

Jika korang dan pasangan bertikam lidah sampai tak bertegur sapa antara satu sama lain, korang perlu mencari jalan keluar dengan mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah korang berdua tu. Biasanya, kemarahan ni berpunca daripada tekanan hidup pada masa lampau ataupun si isteri tidak mampu untuk mengawal emosi dengan sebaiknya.

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah


BEKERJASAMA DAN BERSIKAP ADIL

Wanita sememangnya sukar difahami dan kadangkala kuat beremosi. Sifat pemarah yang kadang terluah apabila korang tidak berlaku adil kepadanya, kurang hormat, atau rasa terbeban. Oleh itu, sebagai pasangannya, korang kena lebih berhati-hati dengan tindakan dan tuturkata ketika melayaninya dan berlaku adil dengannya, hormat-menghormati antara satu sama lain dan paling penting ringan-ringankanlah tangan tu membantunya buat kerja rumah. Mana la tahu kemarahannya reda.

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

TENANGKAN DENGAN KATA-KATA YANG LEMBUT

Kadang-kadang sikap amarah ni berpunca daripada perasaan terluka. Mungkin ada kata-kata korang tu mengguris perasaanya. Oleh itu, setiap kali si isteri marah-marah, korang kena sabar dan ungkapkan kata-kata yang lebih lembut bagi menenangkan emosinya. Jangan pula korang mengejek, dan memperkecilkan dirinya pada saat dirinya tengah naik hantu, nanti lagi haru.

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

BERI PERHATIAN

Lelaki ni seringkali tak ambil pusing dan kurang beri perhatian apabila si isteri sedang berbicara dengannya. Si isteri nak bercerita, si suami pulak sibuk dengan game dia. Jika berterusan sebegini, korang akan berperang dengan isteri. Percayalah, kemarahan mereka pasti meluap-luap apabila reaksi yang diharapkan dari korang menjadi hambar seterusnya merasakan dirinya tidak dihargai lagi. Oleh itu, korang letak tepi dulu phone tu, kemudian beri perhatian bila si dia sedang bercakap dengan korang. 

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

JANGAN MEMBALAS

Sebaiknya apabila pasangan korang sedang marah, cuba korang berdiam diri dulu. Jangan cuba membalas, biarpun sejuta alasan korang guna untuk membela diri dengan membalas kata pedas isteri korang tu akan menambahkan lagi api kemarahannya. So, tahan la ye. Biarkan dia meluahkan segala yang ingin diluahkannya. 

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

JADI RAKAN YANG BAIK

Dalam ramai-ramai, korang adalah insan terpilih untuk hidup bersama dengannya. Jadi, hargailah isteri tu dengan sebaiknya. Jadikanlah dia sebagai teman dan rakan baik korang buat selamanya. Fahami dan terima isteri dengan seadanya. Mana la tahu akan mengubah sedikit sebanyak kemarahannya tu. 

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

BERI MASA UNTUK PROSES BERTENANG

Sekiranya pasangan anda tengah marah, berikanlah sedikit ruang dan masa secukupnya untuk proses bertenang. Memberi ruang tidak bermaksud anda menjauhkan diri daripadanya. Langkah menjauhkan diri daripadanya akan membuat pasangan anda berkecil hati seterusnya membawa diri. Oleh itu, berikanlah dirinya masa agar dia mampu menilai sendiri dan buruknya sikap itu.

Kalau semua cara tak jalan jugak, ada satu lagi jalan terakhir. Cara ni kinah confirm, isteri korang tak marah dah. Caranya korang bagi isteri tu hadiah. Hadiah yang macam mana tu, terpulang. Semoga lepas ni isteri korang tak marah dah hehhe. Good luck ye.




Monday, 26 August 2019

,
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla | Siapa kata apabila bertudung ni rambut tak perlu dijaga. Sebenarnya apabila kita bertudung, lagi perlu dijaga kerana rambut kita sepanjang hari bertutup. Kalau kita abaikan penjagaan rambut ni, lama kelamaan rambut kita akan rosak, gugur, kelemumur. Nanti siapa yang stress???

Awak jugak yang stress kan hihi....

Jangan ambik mudah akan penjagaan rambut ni. Nak rambut cantik dan sihat memerlukan penjagaan yang rapi. Cuba kita tak jaga, mula lah kita akan rasa tak selesa, gatal sana, gatal sini silap haribulan kutu pun hinggap kat kepala. 

Dah dah tak payah fikir dah pasal masalah tu. Korang ikut saja tips kinah bagi ni, insyaAllah rambut korang akan sihat plus lebih wangi.

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla

Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Rambut ni umpama mahkota untuk wanita. Tapi  bila tak dijaga dengan rapi mula lah timbul masalah kelemumur. Oleh itu, kali ni kinah nak kongsikan dengan korang beberapa tips penjagaan rambut untuk mereka yang bertudung ataupun berhijab

1. Pilih fabrik tudung yang sesuai - pemilihan fabrik yang sesuai adalah penting bagi kita yang bertudung bagi memudahkan pengaliran udara ke kepala. Boleh je kalau korang nak ikut trend sekarang, tapi janganlah terlalu tebal. Kesian rambut korang tu.

2. Pilih anak tudung yang sesuai - seeloknya korang pilih anak tudung dari fabrik kapas dan tidak terlalu ketat menekup kepala. Kasi can la rambut kita nak bernafas. Pernah sekali tau kinah terpakai anak tudung yang ketat, hmm rasa berat je kepala ni. Sejak dari tu kinah guna anak tudung yang sedikit longgar. Barulah rasa selesa.

3. Elak Pakai Secara Berulang - seeloknya la, tudung dan anak tudung setiap kali nak pakai biarlah dalam keadaan bersih. Jangan lah korang pakai berulang tanpa dicuci. Jaga kebersihan rambut korang tu.

4. Cuci rambut secara berkala - rambut kita ni tak perlu dicuci hari-hari, kalau rambut panjang, payah jugak nak topup syampu setiap bulan hehehe. Biasanya kinah cuci rambut selang sehari atau dua hari macam tu.

5. Keringkan rambut secara semula jadi - lepas mandi tu, keringkan rambut dengan tuala. Jangan rambut tengah basah korang terus pakai tudung. No no no ye. Kalau korang nak cepat guna je hair dryer tapi jangan guna suhu yang tinggi nanti rambut cepat rosak. Oh ye satu lagi jangan amalkan budaya balut rambut dengan tuala. Selalu betul tengok kat tv.

6. Cuci rambut dengan air sejuk - korang nak cuci rambut, jangan sesekali guna air suam, nanti rambut korang jadi kasar, kering dan susah nak diurus. Guna je air sejuk untuk membilas rambut tu. Bila kita guna air sejuk, ianya akan melembutkan kutikel rambut.

7. Rehat sebentar - rehat ni, bukannya merehatkan badan saja tau. Rambut pun kena rehat jugak. Lepas balik shopping ke kerja ke, bukak tudung dan jangan terus mandi. Biarkan dulu kulit kepala kita bernafas dan peluh kering terlebih dahulu.

8. Sikat rambut - sebelum nak mandi tu, sikat rambut dulu supaya nanti bila mandi takde la banyak sangat rambut yang gugur dalam bilik mandi tu.

9. Pilih syampu yang sesuai - sekarang ni dah banyak jenama syampu dan jenis syampu yang sesuai dengan keadaan kulit kepala kita. Pilih je yang sesuai dengan korang.

10. Guna perapi rambut - kinah yakin, ramai yang skip step yang ni. Lepas ni korang rajin-rajin la guna perapi rambut ni. Sapu di bahagian rambut je tau, jangan korang sapu dengan kulit kepala sekali. Nanti berminyak pulak kulit kepala tu.

11. Jangan ikat rambut terlalu ketat - korang yang berambut panjang tu janganlah ikat rambut tu ketat sangat. Bagi ruang rambut korang tu nak bernafas.

12. Trim hujung rambut - kalau ada free, baik korang pergi trim rambut yang bercabang tu. Ala sebulan sekali je.

13. Serum atau pelembap rambut - kalau ada bajet lebih, bolehlah guna serum atau pelembap rambut sebagai tambahan dalam rejim penjagaan rambut ni.

Hah banyak jugak tips yang kinah kongsi dengan korang ni mengenai penjagaan rambut ni. Jangan tak ikut tips ni.


Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla

Dalam banyak-banyak tips di atas, kinah nak tekankan kat sini mengenai pemilihan syampu yang sesuai dengan keadaan kulit kepala kita sangat penting tau.  Kalau lah kita salah pilih syampu nanti makin melarat pulak masalah rambut awak tu.
Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Seperti kinah yang mengalami masalah kelemumur, memerlukan penggunaan syampu khusus untuk kelemumur. Jadi, kinah memilih syampu dari Rangkaian Syampu Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung iaitu Syampu Anti Kelemumur

Pada sesiapa yang mempunyai masalah yang sama dengan kinah, korang hanya ikut 3 langkah ni saja. InsyaAllah masalah kelemumur korang dapat diatasi.

Langkah 1 - Minyak Rambut Anti Kelemumur

Mungkin ada yang pelik kenapa mesti minyak rambut terlebih dahulu. Haa kalau korang nak tahu ini lah rutin asas kinah sebelum cuci kepala dengan syampu. Korang pernah cuba hair oil sebagai pre-wash
Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Mesti tak pernah cuba lagi kan....

Apa kata lepas ni korang cuba hair oil ni sebagai pre-wash, nak guna pun mudah je. Hanya lumurkan minyak pada permukaan kepala hingga hujung rambut, sambil tu urut jugak kulit kepala tu perlahan-lahan dan biarkan beberapa minit. Lepastu baru syampu rambut korang tu. Diingatkan kuantiti syampu bila guna minyak ni kena lebih sikit dari biasa ye.

Kalau korang nak tahu minyak rambut anti kelemumur ni di formulasi dengan Habatus sauda serta minyak Zaiton asli. Mengandungi agen anti-kelemumur dan menthol yang mana ianya  dapat mengurangkan kelemumur, gatal kulit kepala dan kulit kepala berminyak.

Langkah 2 - Syampu Anti Kelemumur

Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Dalam banyak-banyak rangkaian syampu Safi Shayla ada jua jenis je yang sesuai dengan keadaan kulit kepala kinah iaitu, syampu itch-control dan syampu anti kelemumur Safi Shayla menjadi pilihan. Buat masa ni kinah guna syampu anti kelemumur untuk mengurangkan masalah kinah ni. Paling kinah tak boleh move on, bau dia wangi dan sejuk je rasa kulit kepala.

Dihasilkan dengan menggunakan Micro Bamboo Charcoal dan Habatus Sauda - Mikro ZPT Complex yang berkesan menghapuskan 99% kulat yang menjadi punca kepada kelemumur dari cucian pertama.

Langkah 3 - Refreshing Scalp Mask 

Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla
Pada kebiasaannya, selepas je syampu dan bilas rambut dengan bersih kinah terus sudah mandi. Tapi selepas diperkenalkan dengan refreshing scalp mask ni, kinah terus jatuh cinta. Kalau korang nak tahu, Safi Shayla Refreshing Scalp Mask merupakan masker penyegar kulit kepala kawalan kelemumur dan juga kegatalan.

Mengandungi Micro Bamboo Charcoal yang dapat menghilangkan minyak serta bau kepam kulit kepala dan rambut. Selain itu, Minyak Organik Habbatus Sauda pula begitu kaya dengan nutrien yang dapat membantu melindungi rambut dan menyuburkan kulit kepala kita. Manakala Menthol pula dapat membantu menyegarkan dan menyamankan kulit kepala kita. 

Oh ye, sebelum terlupa....
Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Jom Kumpul Sekarang
Sekarang tengah ada promosi tau. Beli mana-mana produk Safi Shayla bernilai RM35.00 korang layak dapat Sling Bag We Bare Bear yang comel ni secara PERCUMA. Kinah dah dapatkan kesemua koleksi beg comel ni. Korang bila lagi?

Jom kumpul sekarang
Tips rambut sihat, tips penjagaan rambut untuk wanita berhijab, rambut berkelemumur
Sling Bag We Bare Bears yang comel

Dapatkan segera di pasaraya yang terlibat dengan kempen ni sebelum kehabisan stok.

Untuk Maklumat Lanjut
Website : 
safi.com.my
Facebook 

Wednesday, 13 February 2019

,
3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat | Semut merayap dalam rumah tu perkara biasa tapi bila terlalu banyak akan mendatangkan masalah kepada kita. Kinah pun tak terlepas dengan masalah semut ni. Kadang-kadang tu jumpa semut berenang dalam bekas air masak. Aishhh stress rasanya bila ada semut dalam air tu. Nak tak nak kena la buang semua air tu dan isi yang baru kang tak pasal pasal jadi pelupa. Sapa ingat dulu orang-orang tua dulu pernah kata siapa terminum atau termakan semut tu boleh lupa 44 hari kalau 3 ekor berapa hari lupa hahahaah parok la gitu.

3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat

3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat
3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat
Jadi hari ni kinah nak kongsi dengan korang beberapa tip untuk atasi semut dengan cara selamat tanpa sebarang bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti udara sekitar.

Air Serai Wangi
Serai wangi perlu dicampurkan dengan air, kemudian semburkan campuran tadi di tempat laluan semut dan beberapa kawasan lain yang berpotensi semut tu akan lalu. Nak elak semut naik ke meja makan, lap meja makan tu dengan air serai wangi inshaAllah.

Minyak Masak
Macam mustahil je boleh guna minyak masak untuk halau semut. Tak cuba mana tahu kan.. Cuba celup kain yang bersih ke dalam minyak masak, kemudian ikat kain tersebut pada bekas gula keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Kalau tak mahu ikat dengan kain, boleh juga lumurkan minyak masak di kawasan yang terlibat seperti sapu minyak di kaki meja makan supaya semut tak dapat naik ke meja.

Asam Keping atau Bunga Cengkih
Semut suka sangat dengan benda-benda manis terutamanya gula. Nak elakkan semut masuk ke dalam bekas gula, cuba masukkan beberapa keping asam keping atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau cengkih ataupun asam gelugur tu tidak merubah warna, dan rasa gula tersebut malah gula akan lebih wangi.

Terima kasih kerana membaca 3 Tip Atasi Semut Dengan Cara Selamat

Thursday, 7 February 2019

,
7 Tip Kembalikan Aura Romantis Suami Isteri | Apabila usia sesuatu perkahwinan dah banyak tahun, sedikit sebanyak aura romantis antara suami isteri semakin berkurangan. Hal ini mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor seperti peningkatan usia. Hmm siapa kata bila dah tua tak boleh nak romantis macam baru kahwin dulu, boleh tau. Apa kata ikut saja 7 tip untuk kembalikan aura romantis suami isteri yang kinah kongsikan di bawah melalui pembacaan Majalah Keluarga.

7 Tip Kembalikan Aura Romantis Suami Isteri

7 Tip Kembalikan Aura Romantis Suami Isteri

Sama-sama Bantu Membantu
Buat kerja rumah bersama-sama dan saling bantu membantu antara satu sama lain sedikit sebanyak dapat mengembalikan aura romantis seperti masa baru kahwin dahulu. Sebagai contoh, apa kata si suami apabila lepas makan bersama, ambil pinggan yang ada di atas meja dan nyatakan pada si isteri bahawa korang akan membasuh semua pinggan tersebut. Percayalah, apabila si suami ringan tulang membantu isteri akan menerbitkan rasa yang bermakna di hati si isteri. 

Mandi Bersama
Agak-agaknya bila kali terakhir korang mandi bersama? Hmm mesti lupakan bila. Takpe, apa kata lepas ni korang ajak suami atau isteri korang tu mandi bersama kerana apabila suami isteri mandi bersama akan menerbitkan rasa kasih sayang yang luar biasa antara suami isteri. Tak percaya, cubalah nanti.

Serikan Bilik Tidur
Keharmonian hubungan antara suami dan isteri sebenarnya banyak terkesan melalui kamar tidur. Justeru, apa kata selepas ini si isteri perlu memastikan bilik tidur dihias indah dan berada dalam keadaan bersih dan selesa. Jika ada bajet lebih serikan bilik dengan hiasan bunga, aroma terapi serta cadar dan langsir yang menarik  supaya dapat menyuntik lagi mood romantis.

Sentiasa Harum
Selalunya bila nak keluar rumah saja pasti sembur minyak wangi dulu kan, apa kata lepas ni kita tukar habit tu. Pakai minyak wangi ketika di rumah dan kalau boleh biarlah kita sentiasa berbau harum dan selesa untuk didampingi. Bukan si isteri je tau kena harum sentiasa, suami pun perlu jaga personaliti di hadapan isteri barulah hubungan tu terasa bahagia.

Jangan Sakiti Pasangan
Sebaiknya hormatilah pasangan kita dan kalau boleh elakkan daripada menyakiti hati dan perasaan pasangan tu. Kalau ada perkara yang pasangan tidak berapa suka kita lakukannya, apa kata cuba belajar untuk meninggalkannya demi kebahagiaan korang dan juga pasangan.

Makan Di Luar Berdua
Pernah juga kinah terbaca satu perkongsian tak ingat la siapa, tapi dia kata betapa pentingnya untuk renew cinta. Ehh bukan lesen saja kena renew ye, cinta pun sama. Haaa apa kata sekali sekala korang ajak pasangan makan di luar tanpa kehadiran anak-anak, kalau anak dah besar bolehlah ditinggalkan, tapi kalau anak masih kecil lagi mungkin boleh mintak tolong kepada pengasuh untuk jaganya sebentar. Bila makan berdua sekali sekala ni seronok pulak sambil mengenang kembali zaman cintan cintun dulu.

Telefon dan Mesej
Kalau dulu tahun 80 an dan 90 an, orang guna telefon awam je kalau nak call yang tersayang. Tapi tu zaman dulu la, zaman takde handphone lagi. Sekarang ni dah moden, semuanya dah canggih. Jadi manfaatkan lah handphone yang ada tu dengan telefon pasangan tu bagitau betapa korang sayang padanya takpun mesej je bagitau padanya tentang perasaan tu. Cubalah tips ni manalah tahu dengan cara ni akan menyuburkan lagi cinta dan sayang pada pasangan.


Sunday, 9 December 2018

,
Perasan tak dalam rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/syaitan penghasut yang bernama “Dasim”.
6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM
Siapa Tu “Dasim"
1.Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri & keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

2.Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan. Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak sefahaman tanpa sebab!

3.Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras. Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.

4.Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.

5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.
6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM
Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.

6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM

1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.

2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.

3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.

4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab tu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu.

5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang didalam rumah.Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumahtangga.

6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!

Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek lolong! kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira!

Selamatkanlah rumahtangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.

Sumber: Tidak Diketahui. Peroleh dari Whatsapp Group