Tuesday, 12 November 2013

,
Assalamualaikum semua.... Happy Wednesday ^_^

Sebenarnya kinah nak mintak tolong klik banner berwarna merah di atas ni sebab Kinah sekarang join  Reddelima Giveaway Part 2 By Dunia Sebenar Shida. Penyertaan kali ini kita wajib untuk menjadi ahli Affiliate dan penyertaan dikira dengan melihat jumlah unique click daripada anda semua. Apa tu Affiliate? Lebih kurang macam Nuffnang juga. Untuk pengetahuan lanjut anda semua boleh rujuk di sini.

Nak minta jasa baik semua klik banner red delima di atas dan tunggu sehingga habis loading ye. 


p/s Terima kasih semua dan sebagai ganjaran, anda boleh tinggalkan link iklan anda. Nanti Kinah akan click. 


,



Monday, 11 November 2013

,

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T mungkin kinah tak ada rezeki dapat keje lagi tapi Allah bagi rezeki yang lain untuk Kinah. Hari ini kinah menang dua GA. Satu GA daripada Nabila Medan selalu join GA Cik Nab tapi tak pernah ada luck, alhamdulillah hari ni ada luck. Satu lagi baru sahaja diumumkan sebagai pemenang GA daripada Tshirt Mudah Terengganu. Every part kinah join syukur kali ni kinah pulak. Lepas ni kasi can pada orang lain pulak tuk join GA daripada Tshirt Mudah Terengganu. Terima Kasih semua   

,
Assalamualaikum semua, hmmm dalam dilema pun ada. Mana taknya semalam jiran belakang rumah menjemput kenduri kahwin anaknya pada 30 hb ni, anaknya pulak kawan masa sekolah tadika dulu aduhai tak pergila jawabnya dah tarikh sama dengan konvo kinah. Sungguhpun dah beritahu tak dapat datang, segan jugakkan tak pergi. Hmm itu satu hal, ni satu hal lagi tadi mak sedara belah ayah datang, datang hantar barang pastu beritahu sepupu kinah yang dekat Parit Buntar pulak nak bertunang aduhaiiii panjang lagi aduhaiiiinyala.  Awatla semua duk pakat buat tarikh yang sama. Sabor je la nampak gayanya kedua-duanya tak dapatla nak attend, dah tarikh sama dengan hari penting Kinah. Walau apapun selamat pengantin baru dan selamat bertunang pada korang. Tu tak tengok lagi event dekat Facebook tu, ada 5 event jenuhla nak pergi. Biasala hujung bulan ni dah start cuti sekolah dah, jadi semua ambil kesempatan ni untuk langsungkan majlis mereka. Tahun depan pulak wedding my bestfriend kat Pekan Pahang nun, yang tu kena pergi tak pergi mau membebel makcik tu tak pergi wedding dia. Poning Mokcik hahahhaah


,

Gambar sumber dari Mr Google

Assalamualaikum semua, rindunya nak menaip entri. Lepas sekian lama tak dapat nak menaip rindula pulak. Macamla dah setahun tak menaip macam poyo je macam poyo je hahaha. Ok tutup cerita tu, hari ni pada 11/11/2013 mulanya slot akasia Playboy itu Suami Aku menggantikan I Love You Mr Arrogant (ILYMRA) yang baru sahaja berakhir pada minggu lepas. Apa pandangan semua mengenai drama tu? Ok ke? Best ke? Bagi kinah la ye, cerita ni macam ada kekurangan aje, novelnya memang best tapi bila diadaptasi ke drama pada mulanya memang excited gila. Tapi bila tengok first episod pada hari ni, tak seperti yang disangkakan, pelakonnya agak kaku dalam pembawakan watak. Tak seperti ILYMRA first episod dah tau cerita tu memang best, ini pandangan kinah la. Tapi bila bukak FB tadi ramai yang comment kata cerita ni tak best, siap ada suruh wujudkan Mr Arrogant 2 macam-macam hal. Hal ini membuktikan pelakon yang membawa watak dalam sesebuah cerita memainkan peranan yang penting bagi menaikkan cerita tersebut. Sebagai contoh, Cinta Jannah pada permulaan memang best tapi the last episode tergantung. Harap sangatla pada produksi sesebuah drama memilih pelakon yang betul-betul menarik minat penonton untuk menonton drama korang, bukan untuk orang lain untuk produksi korang juga. Selalunya mula-mula je tak best, kita tengok bila dah pertengahan nanti macam mana, akan dapat sambutan tak atau menerima nasib yang sama macam cerita Cinta Azura. 

Sunday, 10 November 2013

,
Assalamualaikum semua... Kali ni nak share sunnah Nabi, Mari amalkan