Tuesday, 11 December 2018

MMSOS | Aplikasi Mantap Dalam Melindungi dan Sedia Membantu Ketika Kecemasan

MMSOS | Aplikasi Mantap Dalam Melindungi dan Sedia Membantu Ketika Kecemasan MMSOS “Panic Button” merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness” iaitu kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga apabila berlakunya kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulans.
MMSOS | Aplikasi Mantap Dalam Melindungi dan Sedia Membantu Ketika Kecemasan
Merupakan aplikasi pertama seumpamanya di Malaysia dengan kerjasama bantuan ambulans, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.

MMSOS beroperasi  selama 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlakunya kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna untuk mengenal pasti dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi serta membantu untuk mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini.
MMSOS | Aplikasi Mantap Dalam Melindungi dan Sedia Membantu Ketika Kecemasan
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03 dan masukkan butiran diri untuk pendaftaran.

Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS :

  • Percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
  • Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
  • Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.
  • Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 
  • 3D2N + Dining).
  • ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
  • ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
  • ‘Ambulance fees’.
  • Percuma ‘towing’

Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.
MMSOS | Aplikasi Mantap Dalam Melindungi dan Sedia Membantu Ketika Kecemasan
Oh ye, kalau nak tahu baru-baru ni MMSOS baru saja mengadakan aktiviti mendaki Gua Damai Extreme Park di Batu Caves Selangor. Lebih kurang 100 penyertaan yang menyertai aktiviti ni. Selain daripada aktiviti mendaki, mereka turut didedahkan mengenai aplikasi ini.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh berhubung dengan Pengurus Perhubungan Awam iaitu Puan Rozana Abu Hassan di talian 012-2952169



2 comments:

  1. Ungungbye Ada mmsos pelbagai aktiviti ada

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada aplikasi nie, boleh bantu kita di kala kecemasan pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada..

    ReplyDelete