Saturday, 15 December 2018

My Wishlist | 10 Barang yang Kinah Nak Beli di Althea

10 Barang yang Kinah Nak Beli di Althea | Adusss rambang mata bila masuk dalam website Althea. Semuanya best. Sampai tak tahu nak pilih yang mana sama ada nak pilih skincare atau pun make up. Sebelum ni pun kinah pernah cerita mengenai produk yang kinah cuba dari althea di sini


Hmm lepas timbang tara kinah pilih 10 barang ni. Nak tahu apa dia....

1. Marine Blue Make-Up Brush Set
Marine Blue Make - Up Brush Set
Kinah ni takde la heavy sangat nak bermake up tapi teringin nak ada satu set berus make up macam ni. Harapnya santa Althealand dapat merealisasikan impian kinah ni. Baca review pun semuanya kata best. So, siapa yang baru nak belajar make up bolehlah cuba set berus Marine Blue ni. Harganya dalam RM66.00

2. Vue De Pulang - Blur Stick
Vue De Pulang - Blur Stick
Siapa yang ada pore tu boleh cover dengan Blur Stick ni. Kinah punya pore agak ketara la jugak, so nak make up tu nampak smooth je boleh guna blur stick ni untuk cover mana yang patut. Harganya pula RM51.00. Kinah suka la dengan packaging dia. Dah la comel je, mudah nak simpan pulak tu.

3. Cover Plus Photo Concealfoundation
Cover Plus Photo Concealfoundation
Katanya apabila kita guna cover plus photo concealfoundation ni tak payah dah nak guna filter ke ape untuk cantikkan gambar. Hmm macam menarik je. Lagipun barang baru masuk ni, tak sabar pulak nak beli foundation ni. Ada dua tona warna, satu light beige dan satu lagi medium beige. Jadi korang boleh pilih ikut warna yang sesuai dengan warna kulit. Kalau tanya Kinah, kinah pilih light beige sebab ikut warna kulit kinah. Harganya RM49.00 saja

4. Tony Moly's - Panda's Dream Brightening Eye Base
Panda's Dream Brightening Eye Base
Sejak dua menjak ni, mata ni nampak sangat dah macam panda, teruk sangat rupanya. Moga dengan adanya Panda's Dream Brightening Eye Base ni dapatlah membantu mengurangkan mata panda ni bak kata orang Perak "Buruk Bebenor rupenye" . Haa gitu lah diumpamakan. Harganya RM22.00. Bolehlah Mr Santa, kinah nak yang ni..

5. Deep Colour - 12 Colour Eyeshadow Pallete Glam Shine
Deep Colour - 12 Colour Eyeshadow Pallete
Aduh cantik betul warna eyeshadow ni dari Deep Colour ni. Lama jugak duk berkenan yang ni sebenarnya. Harganya pun not bad. Kalau dapat jenama ni boleh cuba main-main warna ni nanti. Ish tak sabarnya. Korang kalau berminat juga dengan eyeshadow ni, korang boleh klik caption di bawah gambar tu. 

6. Althea - Real Fresh Skin Detoxer Set
Produk daripada Althea memang tak boleh lupa masuk dalam wishlist kinah. Skin detoxer ni memang best sebabnya memang dia detox habis kulit muka kita. Kinah punya dah nak habis dah, tu kalau boleh nak restock yang detoxer ni. Rasa macam tak lengkap pulak bila tak cuci muka dengan skin detoxer dari Althea ni. Cubalah, dijamin korang akan berpuas hati. Oh ye, kalau korang beli satu set ada potongan harga dari RM86.00 ke RM77.00 saja. Nak beli boleh klik caption di gambar.

7. Moonshot Honey Coverlet Stick Extreme
Moonshot Honey Coverlet Stick Extreme
Aduh cantiknya warna, ni yang nak grab satu ni. Berkenan pulak dengan warna 901 Take off. Ada tujuh pilihan semuanya tapi dah berkenan yang tu, nak yang tu je la. Ni barang baru masuk ni. Wajib la mencubanya... Harga RM60.00 hmm. Bolehkan Mr Santa? Berminat boleh klik di caption bawah gambar tu ye.

8. Pretti - So Good Foot Peeling Mask
Pretti - So Good Foot Peeling Mask
Penjagaan kaki jangan dilupa. Kali ni kinah nak cuba foot peeling mask, lagipun kaki kinah ni nampak kering je dan tak pernah lagi guna mask macam ni. Harapnya dapatlah nanti kaki selembut bayi. Wahhh gitewww. Bila baca review daripada pengguna lain, mereka sangat berpuas hati dengan mask dari Pretti ni. Kulit kaki kita akan mengelupas dalam beberapa hari selepas kita gunakannya. Menarik jugak ni.

9. Nature Republic - Argan Essential Deep Care Shampoo
Nature Republic - Argan Essential Deep Care Shampoo
Banyak dah kinah cuba shampoo tapi semua tak serasi. Hai entahlah. Kali ni nak cuba pulak shampoo dari Nature Republic, siap ada kandungan argan lagi. Harapnya syampu ni serasi la dengan kinah. Harganya takdela mahal mana pun dalam RM38.00. 

10. SKIN&LAB - Dr. Vita Clinic Gently Vita Exfoliator
SKIN&LAB - Dr. Vita Clinic Gently Vita Exfoliator
Haaa ni dia pilihan terakhir kinah. Muka kita ni sebenarnya kena scrub lebih kurang dua kali seminggu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Nampak yang ni macam menarik je dan lebih mudah nak apply di muka ni. Nak cuba boleh klik di caption di bawah gambr tu.

Pheww berpeluh kinah senaraikan wishlist ni tau. Semuanya ada 10. Kot kot la salah satu ni dapat ditunaikan. Hohoho. Korang pulak pilih apa untuk wishlist ni? Share la dengan kinah. Korang yang berminat nak dapatkan Korean Beauty bolehlah layari website klik je di sini >>> https://my.althea.kr/

10 comments:

  1. banyak juga shopping ya..tak apa alat kecantikan wanita

    ReplyDelete
  2. Aduhh napa comel-comel je packaging tu... Hihihi kalau beli sayang pula nak pakai :P

    ReplyDelete
  3. Produk yang semakin menjadi idaman wanita

    ReplyDelete
  4. wah wahh semuanya menarik dan menawan. warna lipstick lawa :D

    ReplyDelete
  5. Semuanya bagus2 patutlah Ada dlm wishlist. Mama yg baca pun Rasa mcm nak semua

    ReplyDelete
  6. wahhh.. pandainya kinah pilih item untuk wishlist ni.... terbaik...

    ReplyDelete
  7. hehe dapat voucher redeem dai wishlist ke hat lain Kinah hehe :)

    ReplyDelete
  8. wah menariknya..moga ada rezeki utk sis dptkn..hehe

    ReplyDelete
  9. menarik nyer :)
    aida da klik dah.
    nak tgk tgk brg althea.

    ReplyDelete