Assalamualaikum...

Sekarang nak dapat kerja memang susah. Mana taknya, sekali keluar daripada universiti bukannya sedikit tapi ramai, itu baru je satu universiti belum campur dengan IPTS lagi. Masing-masing sedang berlumba untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Macam Kinah jugakla, dah bermacam-macam permohonan dari online sampaila ke borang satu pun tak ada feed back. Frust jugakla, tapi nak buat macam mana itulah lumrah yang perlu dihadapi oleh fresh graduate macam kami. Kebanyakan majikan nak yang ada experience tapi golongan fresh graduate macam kami ni tak diberi peluang macam mana nak timba pengalaman hmm tak rasional betul. Nak kata memilih kerja pun tak abis semua kita apply tapi takda jugak. Walau apa pun ini semua dah ditetapkan oleh Allah SWT, Dia yang telah tetapkan rezeki untuk kita. Kita cuma berusaha dan berdoa aje. Tapi ada jugak sesetengah pihak yang memandang serong terhadap kita dan sok sek asyik duduk rumah menambah berat badan je, sapa kata menambah berat badan, dalam masa yang sama kami keluar mencari kerja tapi dah tak ada rezeki untuk kita. Kadang-kadang rimas jugak bila dengar pelbagai tohmahan yang dilemparkan, sebelum cakap tu tolong fikir perasaan orang tu dulu. Ada rezeki tu cuma Allah belum tunjuk lagi. Bukan kita mintak jadi macam ni.