Assalamualaikum semua...

Entri kali ni kinah nak bagi tips sikit mengenai bagaimana untuk mendapatkan CPUV ni. Diharap tip yang tidak seberapa ni memberi manafaat kepada semua. Lagipun tip yang Kinah dapat ni daripada blogger senior sharing is caring tak gitu.

1. Hantar tiket pada Nuffnang
Nak dapat CPUV ni korang semua kena rajin hantar tiket pada pihak nuffnang supaya pihak nuffnang tahu akan kewujudan blog korang tu. Selagi tak dapat CPUVjangan segan-segan nak hantar tiket. Tak tau macamne nak hantar tiket boleh rujuk kat ----> sini
2. Rajin-rajinkan diri update survey
Ha yang ni pun penting gak supaya pihak nuffnang tau genre blog korang yang macamne supaya senang pihak mereka nak tentukan iklan jenis apa yang sesuai tuk diberi. Sebagai contoh, hari ni korang update entri mengenai kesihatan, so korang updatekan survey tu untuk kesihatan. 
3. Maintainkan Trafik di Blog
Ini pun penting jugak. Jika trafik blog korang busy sesangat peluang untuk dapatkan CPUV tu semakin cerah. Cara nak dapatkan trafik ni pun mudah je rajin-rajinla blogwalking ye. Nak tau kenapa kena maintainkan trafik supaya pihak advertiser merasa yakin untuk meletakkan CPUV di blog kita. Lagipun mereka dah mengeluarkan modal yang besar untuk iklan ni.
4. Letak atau tepek iklan Nuffnang ketiga-tiganya
Korang mesti tepek iklan nuffnang ketiga-tiga bahagian iaitu di atas, di bahagian tepi dan di bawah entri. Boleh rujuk di website Nuffnang macamne nak letak kod-kod tu.
  
Rasanya itu jela kot tips-tips yang boleh Kinah kongsikan, itu je yang Kinah amalkan untuk dapatkan CPUV ni. Tapi satu je pesanan jangan anak tirikan nuffnang nanti tak dapat pulak CPUV yang korang idamkan tu.