Rezeki Disember| Alhamdulillah kita dah makin menghampiri pertengahan bulan Disember, pejam celik pejam celik dah nak hujung bulan. Cepat betul masa berlalu kan. Dalam bulan Disember ni jugak ada terselit rezeki kinah. Asalnya saja-saja nak join dan nak memenuhi entri blog je. Alhamdulillah bulan ni kinah menang dua giveaway yang di anjurkan oleh blogger.


Giveaway pertama daripada Giveaway Copy Paste Prof Hariz by Emas Putih, kinah menang random RM50.00. Giveaway kedua daripada SPM Fever Giveaway daripada abam kie. Kinah dapat tempat ke 6 iaitu menang buku cerita dan planner. Terima kasih kepada semua penaja giveaway ni. Semoga dimurahkan rezeki semua.