Tuesday, 21 January 2020

,
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square | Sekali sekala keluar kawasan, bila perut lapar kena la cari tempat untuk makan. Kali ni kami sepakat nak jalan-jalan cari makan di Kuala Lumpur iaitu di Kampung Station KL Traders Square. Dengarnya ada menu menarik di sana. Untuk pengetahuan semua, Restoran Kampung Station ni mula beroperasi pada bulan September yang lepas.

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Bila sampai sini, kami teruja nak mencuba menu baru mereka iaitu ayam geprek. Bila korang tengok ayam geprek ni, korang tengok seolah-olah macam ayam penyet. Macam je ayam penyet, tapi di Restoran Kampung Station, ni adalah ayam geprek ye kawan-kawan.

Kinah ada google apa maksud ayam geprek tu. Ayam geprek ni kalau ikut wikipedia ianya berasal dari Yogyakarta, Indonesia yang mana ayam goreng itu dibakar renyah dihancurkan dan dicampurkan dengan sambal yang panas dan juga pedas. Itu dari wikpedia la ye.

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Apa yang best dan kelainan dengan ayam geprek Restoran Kampung Station ni, menurut Puan Seema, ayam ni direbus terlebih dahulu kemudian digoreng dengan rempah rahsia mereka. So, ayam geprek ni memang agak rangup sikit bila dimakan.


Apa yang Istimewanya Ayam Geprek Kampung Station

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Kinah kalau makan macam ni, kinah suka tuang sambal dia atas ayam tu. Biar ayam dan sambalnya rasa sebati. Baru syok makan hehe. Lain orang lain style makannya.

Kalau korang nak tahu, sambalnya tu ada satu bahan rahsia yang membuatkan rasa sambal tu lain dari yang lain iaitu kacang badam. Mesti korang tertanya-tanya, pedas tak sambal dia? Semestinya pedas. Tapi pedas dia masih boleh dibawa bincang lagi hehe. Haaaaa itu istimewanya ayam geprek di Kampung Station KL Traders Square ni. Makan pulak dengan nasi panas, perghhh tak toleh lain dah hehe. Portion ayam dia pun besar, memang puas bila makan. Sampai je rumah menyandar kekenyangan. Alhamdulillah.

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Selain menu ayam geprek, korang juga boleh mencuba masakan panas, lauk pauk untuk makan tengahari dan pelbagai lagi menu yang korang boleh cuba. InsyaAllah harganya berpatutan.

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Kalau korang yang tengah mencari ayam geprek, bolehlah mencubanya di Restoran Kampung Station yang beralamat di A-G-41, KL Trader Square, No 99 Jalan Gombak Taman Setapak 53100 Kuala Lumpur.

Untuk Maklumat Lanjut



Saturday, 18 January 2020

,
Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule | Amalan gaya hidup yang sihat sedikit sebanyak memberi impak kepada kehidupan dan kesihatan seseorang. Tetapi, bagaimana pula mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana sibuk dengan urusan seharian. Semestinya badan rasa lemah, lesu dan tak bermaya sepanjang hari bukan. Tak boleh juga dibiarkan begitu.

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat, kita juga digalakkan untuk mengambil makanan tambahan ataupun supplemen untuk membantu kita mencapai tahap kesihatan yang optimum. Ayuh kita, kekal bertenaga sepanjang hari dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule.

Kekal Bertenaga Sepanjng Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule

Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule

Shine Goldvite F Softgel Bagus Untuk?

Korang yang tengah survey untuk supplemen, korang boleh cuba Shine Goldvite F Softgel ni. Shine Goldvite F Softgel ni dapat membantu :
  • Dapat meningkatkan kesihatan umum
  • Dapat meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita 
  • Dapat meningkatkan kesihatan sendi dan tulang
  • Dapat meningkatkan kesihatan anak-anak

Bahan Utama Shine Goldvite F Softgel

Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule
Mesti korang nak tahu bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Shine Goldvite F Softgel ni kan. Kalau nak tahu terdapat 3 bahan utama yang digunakan antaranya ialah :
  1. Ekstrak Ginseng Korea - meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.
  2. Royal Jelly - sebagai kunci untuk panjang umur
  3. 17 jenis multivitamin dan mineral untuk membekalkan nutrisi.

Kebaikan Amalkan Shine Goldvite F Softgel

  1. Kekal bertenaga dan lebih peka sepanjang hari
  2. Tiada lagi air kopi untuk menghadapi afternoon slump
  3. Meningkatkan tumpuan semasa bekerja
  4. Menyokong tekanan badan sebagai tindak balas untuk mempercepatkan proses pemulihan
  5. Melengkapkan nutrisi pemakanan

Siapa yang Digalakkan untuk Mengambil  Shine Goldvite F Softgel

  1. Mereka yang bekerja / pekerja yang berkerja peralihan waktu atau shift
  2. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas
  3. Mereka yang melalui kehidupan yang sibuk dan aktif
  4. Mereka yang mudah penat atau cepat letih
  5. Pengembara yang sering hadapi jet lag
  6. Mereka yang perlu berjaga sehingga lewat malam. Contohnya pemandu bas atau lori
  7. Mereka yang ingin cepat sembuh daripada sakit
Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule
Macam kinah sekarang sejak Thahirah dah bersekolah rutin harian dah berubah. Kalau dulu tak perlu hantar ke sekolah, sekarang kinah yang hantar. Balik dari sekolah terus masak untuk makan tengahari. Memang penat sikit la. Waktu malam pula biasanya lepas Thahirah dah tidur baru ada masa nak siapkan kerja blog pulak. Kekadang tu, baru je bukak laptop mata dah mengantuk huhu.

Korang yang nak cuba Shine Goldvite F Softgel ni, sebaiknya tanya dulu pada pakar perubatan ye. Bukannya apa, bimbang ada kandungan  Shine Goldvite F ni yang tak sesuai dengan korang.

Siapa yang Tak Boleh Ambil Shine Goldvite F Softgel 

Perlu diingatkan ye, tak semua orang boleh consume supplemen ni ye. Antaranya ialah
  • Ibu yang sedang hamil dan sedang menyusu
  • Mereka yang ada alahan dengan produk berasaskan madu lebah 
  • Mereka yang menghidap asma

Dos yang dicadangkan adalah 1 biji Shine Goldvite F Softgel sahaja ye dan diambil pada setiap hari selepas makan.

Dari segi harga pula, harga sekotak SHINE Goldvite F Softgel adalah RM39.90.

Sekarang ini tengah ada promosi sempena pelancaran SHINE Goldvite F Softgel. Korang boleh beli 2 botol SHINE Goldvite F Softgel dengan diskaun 15%. Maknanya 2 botol pada harga RM67.83. Jimat sebanyak RM11.97.

Untuk maklumat lanjut tentang SHINE Goldvite F Softgel, korang boleh layari:

Website: 
http://egreenbeans.com

Facebook: https://www.facebook.com/egreenbeans

Instagram: https://www.instagram.com/egreenbeans

Friday, 17 January 2020

,
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana | Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025 [1] yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan-swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan.
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

“Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo.

TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya.
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
TOP yang terkenal dengan cucian Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.

TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah. 
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
“Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” kata Cik Ling.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

“Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan menjadi seperti satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati,” kata Cik Ling. 

Tok Batin Pos Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah.
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
“Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilh untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP!’,” katanya.

Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

“Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,” katanya. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Senarai penerima sekolah Orang Asli, Lokasi dan jumlah pelajar.
  1. SK Pos Musoh, Perak - 70 orang
  2. SK Pos Lemoi, Pahang - 84 orang
  3. SK Pos Bersih, Perak - 147 orang
  4. SK Putra, Negeri Sembilan - 110 orang
  5. SK Pos Tenau, Perak - 79 orang
  6. SK Sg Mas, Pahang - 79 orang
  7. SK Sg Mok, Pahang - 105 orang

Thursday, 2 January 2020

,
Hari Pertama Thahirah Ke Sekolah | News feed Facebook hari ni penuh dengan cerita hari pertama anak-anak ke sekolah. Kinah pun tak terkecuali untuk kongsi gambar Thahirah semasa di sekolah. Alhamdulillah, pada hari pertama ni takde lagi drama. Tak tau la nanti. Harapnya semangat dia tu sampai hujung tahun la.

Malam sebelumnya dah pesan pada dia supaya bangun awal. Memang awal dia bangun. Cuma bila suruh mandi tu dia macam nak elak. Tapi bila pujuk elok, dia ok dan terus bersiap. Disebabkan sekolah tak jauh pun dari rumah, kinah hantar dia jalan kaki je. Ok la boleh excercise hehe. Sepatutnya hari first ni ayah dia pun nak ikut, tapi disebabkan ada kes di tempat kerja, jadi lambat sikit.

Hari Pertama Thahirah Ke Sekolah

Masa sampai sekolah, punya dia excited. "Yeay dah sampai sekolah kakak". Lepas hantar dia, intai sekejap tepi tingkap. Rupanya masa tu dia tengah sarapan. Selera betul dia makan. Bila suruh makan kat rumah, tak nak pulak dia. Seronok la tu ada kawan-kawan. Bila nampak dia ok je kat sekolah, kami berdua pun balik dan pergi sarapan dulu. Kemudian nak pergi tempah baju pulak untuk kenduri sepupu bulan Februari nanti. Sekali sekala pergi dating haha.

Masa on the way nak pergi tempah baju dapat mesej dari cikgu di Whatsapp group sekolah. Bagitahu hari ni anak-anak balik awal. Sepatutnya waktu persekolahan tamat pada pukul 12.00 tengahari. 

Sempat jugakla cikgu hantar gambar semasa Thahirah kat sekolah.

Hari Pertama Thahirah Ke Sekolah

Lepas hantar baju berdesup kami pergi ke sekolah semula.

Sampai sekolah, waktu persekolahan akan tamat dalam beberapa minit lagi. Ibu bapa pun dah ramai yang datang. Bila cukup masa pagar dibuka. Tengok Thahirah sebelah pakai stokin sebelah tak hahaha. Alahai anak. Rupanya stokin sebelah lagi ada dalam beg sekolah. Hari pertama sekolah kan, macam-macam hal. Mujurlah takde barang yang hilang. Good girl. Pandai jaga barang sendiri dan kenal mana satu barang sendiri.

Tak tau la hari-hari yang akan datang, harap terus kekal la ye. Besar dah anak ibu.