Nikmati Makanan Cina Halal Di Jibby Chow SS15 Courtyard Subang Jaya

Nikmati Makanan Cina Halal Di Jibby Chow SS15 Courtyard Subang Jaya | 2 minggu lepas, kami sekeluarga macam biasa la akan jalan-jalan cari makan di luar kawasan bila ada kelapangan. Jjcm kami kali ni, kami sepakat nak terjah Jibby Chow yang terletak di SS15 Courtyard Subang Jaya.  Apa yang membuatkan kami teruja nak mencuba makanan di sini, kalau korang nak tahu restoran Jibby Chow menghidangkan makanan cina yang halal. Lepasni kalau tekak teringin nak makan chinese food, bolehlah ke sini.

Nikmati Makanan Cina Halal Di Jibby Chow SS15 Courtyard Subang Jaya

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jala-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya

Buat pengetahuan semua, selain restoran Jibby Chow, Jibby & Co serta Jibby East juga merupakan rangkaian restoran di bawah naungan syarikat yang sama iaitu Serai Group.  Tapi di Jibby Chow mereka hanya menghidangkan pelbagai makanan cina halal dan apa yang penting, Restoran Jibby Chow ni mempunyai Sijil Halal yang sah. No worries, so dah tau kan tempat makan yang menarik di Subang Jaya.

Di Jibby Chow, terdapat banyak pilihan makanan dan menu yang menarik boleh dipilih. Disebabkan ini adalah makan malam kami sekeluarga, kami sepakat untuk memilih 6 jenis menu masakan dan 2 jenis minuman. Menu yang kami pilih tu sesuai la untuk Thahirah yang tengah ada selera nak makan sekarang ni. Tengok gambar di bawah, dia yang merasmikan dulu hehe.

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jala-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Bila tengok hidangan di atas meja, nampak warna-warni makanan di situ. Bagi mereka yang nak makan nasi, korang boleh memilih sama ada beras wangi, RM3.50 semangkuk atau beras basmathi dengan harga RM4.00 semangkuk.

Chow's Signature RM30.00

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jala-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Maaf ye nasi kinah tak sempat nak ambik gambar sebab Thahirah nak makan dulu. Buat pengetahuan semua, Chow's signature ni adalah hidangan yang patut korang cuba yang mana, hidangan ni digandingkan dengan beras jasmine dan dihidangkan didalam mangkuk Mongolian Style di makan bersama dengan rusuk kambing Australia serta dihiasi dengan kailan Hong Kong dan minyak cili. Serius rasanya sangat sedap, daging dia lembut je dan langsung tak pedas. Korang patut cuba Chow's Signature ni bila ke sini.

Buffalo Wings In Chilli BBQ and Toasted Sesame RM18.00

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jala-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Menu kedua yang patut korang cuba ialah buffalo wings in chilli bbq and toast sesame. Makan dengan nasi memang mmm walahhhh. Korang jangan salah faham ye, ni bukan kerbau tau. Sebenarnya ni adalah paha ayam. Walaupun ada cili sikit tapi bagi kinah takdela pedas pun. Anak-anak pun boleh makan dan kinah confirm sangat menu buffalo wings menjadi pilihan mereka.  

Clams, Ginger and Chilli In Clear Broth RM13

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jala-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Bagi yang menggemari sup, boleh cuba clams, ginger and chilli in clear broth. Rasanya agak pedas kerana halia tu. Kuantiti lala pun banyak. Memang puas hati kami menghirup sup clams ni. Kalau perut rasa berangin boleh cuba sup clams ni. Memang terbaik...

Silken Tofu, Minced Chicken and Century Egg RM25.00

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jala-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Menu seterusnya ialah Silken Tofu. Dalam menu silken tofu ni, ada tofu, campuran ayam dan juga century egg. Sejujurnya, ini kali pertama kinah mencubanya, dan rasanya pun not bad. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas langsung. Kalau korang nak tahu, silken tofu ni kinah sorang je yang hadap heheh.

Mee Curry RM22.00

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jala-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Bagi peminat mee kari, korang boleh cuba mee kari di Jibby Chow ni. Mee kari di sini bukan biashe biashe ye, sebab portion nya besar. Kinah dengan yop siap kongsi tau. Memang puas makan mee kari Jibby Chow ni. Tengok tu siap ada udang, telur rebus, tofu, kacang panjang dan juga sambal cili. 

Kam Heong and Prawn Fried Rice RM18.00

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jalan-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Istimewanya nasi goreng kam heong ni, nasinya menggunakan beras basmathi. Portion nasi goreng ni memang banyak. Rasa dia memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata sebab memang sedap dan cukup rasa. Udangnya pulak besar dan segar. Makan dia saja pun kenyang.

Untuk minuman pula, kami sepakat memilih minuman seperti

 Chrysanthemum Chinese Tea RM3.00

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jalan-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Lama dah tak minum teh chrysanthemum ataupun teh bunga seperti ni. Kebiasaannya teh bunga yang biasa kita minum manis sedikit. Tapi tidak chrysanthemum chinese tea ni ye. Umum mengetahui, teh cina tidak mengandungi sebarang gula. So, minuman seperti ni lebih healthy.

Kowloon Calamansi RM12.00

Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jalan-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Minuman kowloon calamansi ni sedap betul, tambah dengan musim panas  yang melanda negara sekarang ni laju je nak menghirup hehe. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa tu calamansi, kalau korang nak tahu calamansi tu limau kasturi. Limau kasturi digandingkan dengan asam boi minum dengan ais memang terbaik la.
Jibby Chow @SS15 Cortyard,Makanan Cina Halal, restoran halal, jalan-jalan cari makan halal, makanan cina halal subang jaya
Overall, kinah memang puas hati makan di Restoran Jibby Chow ni. Walaupun harganya agak mahal, tapi puas hati dengan harga yang kita bayar tu sebab mereka mementingkan kualiti makanan. Kalau ditanya dalam banyak-banyak menu, kinah suka Buffalo Wings, Kam Heong with Prawn Fried Rice dengan Silken Tofu tu. Memang sedap. Lepas ni kalau tekak ni dah mula teringin nak makan chinese food halal dah tau dah port mana yang best.

Nak Menang Baucer Makan Di Jibby Chow

Kinah ada berita baik untuk semua, kinah nak beri korang baucer makan percuma sebanyak RM80.00 setiap seorang di Jibby Chow. Baucer ni tidak ada had pembelian ye. Sekarang, Kinah mencari dua orang yang bertuah sahaja. Bagaimana nak menang?

Mudah saja. Hanya 
  1. Follow blog apekinah.com, Instagram @kinahnazari dan FB page Apekinahdotcom
  2. Tinggalkan komen "Saya Nak Menang Baucer" pada komen di bawah
  3. Kalau rajin boleh tag kawan-kawan.

*** Pemenang dipilih berdasarkan random dan akan diumumkan pada 8 Mac 2020 nanti. InsyaAllah

Bagi yang ingin berkunjung ke Jibby Chow, boleh terus ke lokasi mereka

Jibby Chow Restaurant
G.02 Ground Floor, SS15.Courtyard
Jalan SS 15/4d, SS15, 47500
Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi : Dibuka pada setiap hari dari 10.00 pagi - 10 malam

Untuk Maklumat Lanjut
Website 
Facebook Page 
Instagram

Post a comment

23 Comments

  1. Sedap nampak menu-menu tu.

    ReplyDelete
  2. wah nampakkk sedap.. Saya Nak Menang Baucer jugak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap aiman. Moga ada rezeki aiman nanti ye.

      Delete
  3. done buat semua. saya nak menang voucher ^_^

    ReplyDelete
  4. bestnya semua menu tu.. sedap-sedap belaka..

    ReplyDelete
  5. Saya suka makanan cina! Semua sedap-sedap. Nak baucer jugak

    ReplyDelete
  6. Menarik ni! I dah la peminat Serai and Chinese food. Boleh la try makan kat sini nanti.

    ReplyDelete
  7. Wow menunya macam tertarik menarik ye.. tetiba duk ingat jibby chow dengan adik beradik jibby east dekat melati.. hihi nntnnak cuba lah mn tau ada rezeki kan

    ReplyDelete
  8. Saya Nak Menang Baucer - teringin lak tengok Kinah makan hehe :)

    ReplyDelete
  9. Memang recommended utk makan di Jibby Chow. Portion dia besar dan semu menu sedap-sedap. Nanti nak datang lagilah sini.

    ReplyDelete
  10. Saya nak menang baucher..igtkan mkn dging kerbau sbn nama die tue unik sgt..skli ayam daa..so nice..

    ReplyDelete
  11. huda tertarik dengan plating dan juga teko yang di gunakan kat sini. klasik jer. nampak sedap lah menu2 makan kat sini. nanti nak try lah makan sini juga

    ReplyDelete
  12. saya minat juga chinese cuisine. nanti boleh cuba tempat ni nampaknya. semua best2

    ReplyDelete
  13. Sedapnya makanan kat Jibby Chow! I memang suka Chinese foods!

    ReplyDelete
  14. first time dengar nama mcm ni hehe. sedap2 menu nya. boleh lah try nanti dgn family.

    ReplyDelete
  15. Sedap2 makanan kat sini. Kalau dapat makan ngan famili mmg best ni

    ReplyDelete
  16. "Saya Nak Menang Baucer"

    Best nya kalau dapat makan kat sini. Semua nampak sedap. Food presentation pon cantik. Ingatkan menu buffalo tu memang daging kerbau. Rupanya ayam ye.

    ReplyDelete
  17. Saya nak menang voucher.

    Dah done semua yang di atas. Semoga ada rezeki nak menang

    ReplyDelete
  18. adei.. makan dia seme dik.. berselera kakak.. hee~ nanti nak ajak suami singgah makan jap..

    ReplyDelete
  19. sedapnya semua makann tu..dekat subang ke..boleh cuba ni..makan dengan family syok ni

    ReplyDelete
  20. Rawlins memang penggila Chinese food dan makanan kat Jibby nie memang menarik hati dan perasaan. Rasa cam nak pergi untuk lunch plak

    ReplyDelete