Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang


Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang  |  Sepertimana kinah maklum sebelum ni, alhamdulillah kinah dah selamat bersalin pada 26 Ogos lepas. Lebih awal dari yang dijangka. Malam sebelum nak bersalin tu, sempat jugak pergi beli barang dapur dengan makan pulut ayam.

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang

Agaknya banyak sangat berjalan, tu jalan cepat je bukak. Pagi 26 hb tu, macam biasa lepas hantar yop pergi kerja, kinah terus sarapan pagi. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba perut memulas macam nak buang air besar. Masa tu tak jangka pun nak bersalin ke apa. Kinah terus pergi tandas nak buang air besar la kiranya.

Masa buang air besar, tetiba kinah dengar bunyi aliran air keluar, tapi kinah tak kencing pun. Jadi, kinah abaikan je la. Lepas bersihkan semua, nak pergi dapur tiba-tiba rasa air panas laju je kat kaki. Alamak, air apa ni..... Dalam hati, air ketuban ke ni??

Kinah perhatikan air tu, warna dia agakjernih tak macam air kencing dan kinah tak rasa nak kencing pun. Rasa masanya dah sampai kot ni. Nurse di KKIA pun dah banyak kali pesan jika turun tanda macam ni terus je pergi hospital. Kinah cepat-cepat call yop suruh balik sebab air ketuban dah tumpah. Pakai pad pun dah telap sampai tukar 2 kali. Setiap kali bergerak je, air ketuban makin banyak keluar.

Tak lama lepas tu yop sampai rumah. Mujurlah tempat kerja yop dengan rumah tak la jauh mana dan ada jalan tikus dekat kawasan kilang Perodua tu. Kalau tak, tak tau la apa akan jadi masa tu.

Sampai je kat parking hospital, guard yang jaga parking di dewan bersalin bagitau wad dah penuh. Ahh sudah. Yop kata abaikan je. Apa-apa pun kena pergi daftar dan tunggu dulu untuk buat pemeriksaan. Dah musim Covid ni, Yop cuma boleh hantar sampai depan pintu PAC je. Macam biasa la ada drama sikit depan pintu haha. Masa tu takde rasa sakit sangat lagi. Boleh senyum lagi. Bila sampai giliran kinah untuk diperiksa rupanya jalan dah bukak 3 cm, lepas doktor cek bukaan kali pertama, lama-lama sakit kontraksi makin kerap, nurse nak buat CTG pun kinah dah rasa tak selesa sebab sakit sangat dah. Sejujurnya, kinah tak pernah rasa sakit macam ni. Masa Thahirah dulu, kinah sempat ambik epidural. Tapi masa nak lahirkan Lulu, tak sempat pulak. 

Dah tak tahan dengan sakit kontraksi yang makin kerap, kinah panggil nurse nak bagitau dah sakit sangat ni. Nurse panggil doktor untuk check berapa cm dah buka jalan, rupanya dah 8 cm. Cepat pulak kali ni. Masa Thahirah dulu nak tunggu 8 cm punya la lama. Walaupun dah bukak 8 cm, kinah kena stay dulu di PAC sebabnya labour room penuh. Tak heran la bila guard tadi bagitau wad penuh. Jenuh dah menahan sakit. Peluh tak usah kata, segala bapak peluh dah keluar. Nurse pasangkan kipas pun dah tak ada rasa. 

Sementara tunggu labour room kosong, nurse masukkan tiub kencing, masa mula-mula sampai kinah tak pergi kencing dulu. Pada masa masuk tiub tu takde la rasa sangat ngilu. Conditions kinah pulak masa tu pun tak berapa stabil sebab tekanan darah agak tinggi. Masa tu kinah tak berapa sure dah makan ubat ke belum pagi tu. Pada masa yang sama, doktor tanya kinah makan ubat apa, berapa biji semua. Mujurlah boleh jawab masa tu, dan lepas kinah bagitau kinah ambik ubat apa. Baru pakar decide nak buat apa. So, plan pakar masa tu, kinah kena tambah lagi dos ubat yang kinah makan untuk kurangkan tekanan darah yang makin tinggi. Doktor bimbang, jika tekanan darah tak dapat dikawal, kinah berisiko terkena sawan. Mintak simpang la.

Tak lama lepas tu, nurse bagitau labour room dah ready. Jadi, kinah kena tolak masuk ke dalam labour room. Dalam bilik tu agak huru hara sikit, dengan keadaan kinah masa tu tak stabil lagi. Tekanan darah pulak makin tinggi. Kontraksi pun makin kerap, setiap kali kontraksi tekanan darah naik. Kinah cuba teran sambil dibantu oleh beberapa orang doktor dan nurse yang bagi support. Masa nak meneran tu, kinah pegang tangan nurse sekuatnya. Nurse pun merelakan la. Pada masa tu, kinah rasa nyawa dah macam dihujung tanduk. Mulalah fikir apa akan jadi kalau kinah tak survive pada masa tu, apa akan jadi pada Thahirah. Sedihnya alahai masa tu.

Tekanan darah makin tinggi. Mungkin kontraksi yang makin kuat menyebabkan tekanan darah kinah dah cecah 190. Agak tinggi jugak la. Doktor pulak masukkan ubat apa pun kinah tak pasti melalui branula yang dah dipakai. Tiba-tiba kinah rasa macam dah nak terberak tapi tak berdaya nak keluarkan. Penat menahan sakit pun ye jugak. Doktor bagi kata dua, kalau takde progress lagi kena emergency ceaser, kinah kalau boleh tak nak ceaser. Selagi boleh normal, kinah cuba. Tapi kalau dah itu keputusan doktor nak selamatkan kami, kinah turutkan je la. Doktor kata, ok last choice, kena vacum assisted. Nak tak nak kena merelakan demi menyelamatkan dua nyawa dan lega sebab tak payah nak ceaser. Seram oiii.

Alhamdulillah, tepat jam 1.16pm lahirlah seorang bayi perempuan bernama Lulu Nafisah dengan berat 3.05kg.. Kinah dapat dengar tangisannya dan sempat le sekejap skin to skin dengan baby masa mamai tu. Bila baby dah keluar rasa lega. Sementara nurse bersihkan baby, doktor pulak nak jahit episiotomi. Bersalin kali ni jahitan tak banyak, tapi sakit la jugak terutama jahit dibahagian kulit luar tu. Tapi apa-apa pun alhamdulillah semuanya dah selamat.

Walaupun dah selamat bersalin, kena pulak tunggu ward kosong. Bertabah la menunggunya sampai ke petang. Naik kematu baring atas katil bersalin tu sampai kaki dah rasa kejang. Mana taknya dah terbaring je atas tu, tak boleh nak bergerak ke mana, dengan masuk drip air lagi. Tekanan darah pun doktor nak pantau lagi. Mujurlah, selepas Lulu lahir tekanan darah semakin turun dan normal.

Paling kinah tak boleh lupa, pakar bius untuk epidural datang selepas kinah dah selamat bersalin. "Sorry ek, banyak patients tadi". Nampak benor ramai yang bersalin aritu hahaha.

Haaa gitulah pengalaman lahirkan si Lulu Nafisah. Dalam ward, doktor pakar yang datang buat pemeriksaan "haaa i know you, bilik 7 aritu kan? I remember you sebab kaki you"

Apeda doktor tu kaki kita dia ingatnya, Doktor kata dia risau, dengan tinggi kinah, risiko baby besar, dan obesiti lagi menyebabkan kinah high risk, doktor kata kinah kena ambil ubat cair darah untuk 6 minggu. Bayangkan la kena cucuk sendiri selama 6 minggu. Terkejut jugak masa nak discaj aritu, satu beg plastik dibekalkan ubat cair darah. Sehingga kinah menaip ni, masih ada lagi ubat tu. Tempat cucuk tu pun dah mula lebam dan bengkak sikit sampai tak tau nak cucuk mana dah. Nurse ajar cucuk kat perut sebab kat perut ada banyak isi.

Pernah sekali nurse cuba cucuk di peha, malam tu kaki rasa macam sengal je. Sampai susah nak tidur pada malam tu.  Sejak dari tu, kinah tak nak dah cucuk kat peha, cuma cucuk di perut je. Lebih senang.

Apa apa pun terima kasih kepada doktor, dan jururawat di Hospital Selayang kerana layanan yang sangat baik dan sentiasa beri support pada diri ni. Bayangkan lama sangat check in kat hospital tu. Banyak kali merayu dengan doktor, nak balik rumah. Doktor kata, "no, selagi tekanan darah u tak ok, i tak nak bagi balik". Lepas beberapa hari, doktor naikkan dos ubat apa semua, dan tekanan darah pun ok barulah boleh discaj. Seronok dapat discaj, bolehlah berurut dan bertungku masa di rumah nanti. 

Sbelum terlupa, kinah nak peringatkan korang. Sebelum nak balik tu, pastikan semua dokumen yang nurse bagi tu cukup tau antaranya surat beranak baby ( yang ni kena simpan elok-elok untuk buat pendaftaran di JPN nanti) dan satu lagi surat akuan tarikh bersalin. Hat ni penting untuk diberi kepada majikan korang atau suami korang nanti. Kalau korang nak tau, surat akuan tarikh bersalin ni kinah terlepas pandang, nurse tak bagi pun. Nak tak nak yop kena la pergi semula ke wad mintak pada nurse. Alahai kan dah jadi dua kerja. 

Ok lah setakat tu je la kinah nak kongsi dengan korang pengalaman bersalin di Hospital Selayang. Nanti kinah share gambar Lulu ye.






Post a Comment

12 Comments

  1. Alhamdulillah segala pahit getir berjaya dilalui, dan terus hilang lepas tengok bayi kan :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah kinah. Yg penting ibu anak sihat yeh. Baca cerita kinah nih pun dah Naik serum terus teringat pengalaman beranak Ank first dulu 😭

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah kinah. Pengalaman bersalin ni memang takkan boleh kita lupa. Hehe

    ReplyDelete
  4. mama pula yg rasa berdebar2 baca ni.. semoga Lulu Nafisah jadi anak solehah. tahniah kinah

    ReplyDelete
  5. Tahniah, hi boleh share apa yang you standby bila kat labour room untuk baby pakaian? Bila suami ku boleh jenput u kat hospital atau dalam waktu visit saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Winny, you masa LR, just bawak baju lengkap utk baby dengan pampers. Masa i bersalin aritu, suami tak boleh teman. Kalau nak hantar barang, cuma bagi pada guard. Dan suami boleh datang time you discaj. Tak tau la sekarang macam mana pula.

      Delete
  6. Bju harian bby mase kat ward kene bawak x

    ReplyDelete
    Replies
    1. I bawak je buat spare. If you and anak you takde apa2, you all boleh discharge awal. So tak payah bawak banyak.Tapi masa i bersalin aritu, my baby kena masuk NICU, di NICU ada baju khusus utk baby. Apa2 pun you bawak je.

      Delete
  7. Masa jahit tu doc bagi bius tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak kot. Tak ingat dah pasal tu. Tapi boleh request kt doktor

      Delete