10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid-19

10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid-19 | Pesanan online kini menjadi trend tatkala negara kita kini sedang dilanda wabak Covid-19. Ditambah pula kita digalakkan untuk berada di rumah jika tiada sebarang keperluan untuk keluar rumah menyebabkan lebih ramai lagi yang hanya beli barang melalui online saja. Lagipun, apa yang kita nak, semuanya kini dihujung jari kita saja. Tak kira la sama ada barangan asas, barangan runcit, makanan, baju dan sebagainya semuanya kita boleh order je.


Bila dah terperap di rumah, confirm la kena masak, kalau tak masak lapar la jawabnya. Bila dah masak hampir setiap hari, kekadang tu jemu juga dengan masakan sendiri, atau pun kalau tak sempat nak masak boleh je order online. Sekarang ni dah banyak servis penghantar makanan terutama yang tinggal di kawasan bandar tu. Tinggal nak pilih jer.


10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid-19

Namun begitu, apabila kita pesan makanan online, ada risikonya yang perlu kita hadapi. Bagi yang dah biasa order tu, memang dah faham dan lali sangat dengan resam yang perlu dilalui. Bagi yang baru nak terjebak dengan pesanan online, meh kinah kongsi dengan korang pengalaman suka duka guna pesanan online semasa Covid-19 ni. 



1. Harga Lebih Murah

Apabila ditanya apa yang best apabila kita buat pesanan online ni ialah korang akan dapati harga yang ditawarkan di online jauh lebih murah berbanding jika kita beli dari kedai. Kuantiti makanan tu pulak lebih kurang je. Bezanya, kita cuma beli secara online, kekadang tu kalau ada rezeki, dapat free gift pulak. Siapa yang tak nak harga murah, sekali dengan free gift. 


Kadang-kadang tu ada kod istimewa untuk diskaun, boleh jadi harga makanan yang korang bayar tu separuh harga dari korang makan kat kedai. Wahhhh banyak jimat ooo.



2. Menjimatkan Masa dan Tenaga

Kebanyakan yang beli secara online ni sebenarnya malas nak keluar rumah ataupun pun pejabat. Iyelah mana taknya kalau keluar, banyak benda yang perlu kita kena ambil berat dikala tengah PKPB ni antaranya kena pakai mask, kena bawak hand sanitizer, kena beratur panjang, kena hadap jammed lagi memang buatkan kita rasa bertambah malas nak keluar.


Apabila kita buat pesanan online, semuanya jadi lebih mudah, lebih menjimatkan masa, tenaga dan tak perlulah kita beratur panjang lagi tu semua untuk beli makanan yang kita teringin. Secara tak langsung, waktu rehat kita pun lebih lama bagi mereka yang bekerja. Cuma tunggu je makanan yang kita order sampai depan pintu.



3. Ada Tawaran Diskaun

Part yang ni paling best. Kadang-kadang akan ada diskaun sekian sekian jika beli lebih dari harga sekian sekian. Kenapa perlu berbelanja lebih kalau dah ada tawaran diskaun. Kadang-kadang ada masanya kos penghantaran boleh jadi free tau tapi ianya bergantung juga pada kawasan dan promosi yang ditawarkan.


Kinah ni bila sampai mood malas nak masak, kinah order je tambah tinggal kami bertiga ke kat rumah. Kebetulan dapat pulak promo yang best, memang tak fikir panjang terus je order.



4. Dapat Memilih Ikut Citarasa Sendiri

Apabila kita tinggal dengan keluarga atau sewa rumah dengan kawan-kawan, bukan mudah ye nak buat keputusan untuk makan apa sebabnya masing-masing ada pilihan dan keinginan sendiri. Ada yang nak makan burger, ada pulak yang teringin bihun sup, ada pulak yang teringin nak makan makanan Jepun. Aish macam macam. 


Daripada korang pening kepala, lebih baik order makanan dengan servis penghantar makanan. Dimana korang boleh menempah semua tu daripada restoran berbeza pada masa yang sama. Sambil tunggu pesanan sampai, boleh jugak bonding sesama ahli keluarga.


10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid-19


5. Kemudahan Bayaran Tanpa Tunai (Cashless)

Paling kinah suka bila pesan makanan secara dalam talian ni ialah ada kemudahan bayaran tanpa tunai (cashless). Bukan semua orang pegang wang tunai di tangan. Jadi, bila ada kemudahan seperti ni lebih mudah. Tambah sekarang tengah pandemik Covid-19 selagi kita boleh elak bersentuhan, kita elak. Satu lagi, takdela pening rider tu nak tukar duit kalau kita bayar dengan nilai yang lebih besar dari harga sebenar.



6. Pesanan Lambat Sampai

Punya syok duk pesan makanan melalui online, ada perkara yang tak best perlu korang hadapi apabila pesanan korang lambat sampai. Serius, perut korang masa tu tengah lapar dan korang punya la bayangkan makanan yang korang pesan tu makan masa tengah panas punya la sedap, at last makanan yang korang terima dah sejuk disebabkan lambat sampai. Hmmm kecewa sangat. 



7. Pesan Lain, Terima Lain

Hat ni pernah jugak terjadi. Masa tu kinah order nasi putih ayam masak merah untuk Yop, tapi yang diterima paprik ayam. Hmm apa lagi, muncung la pakcik tu. Nak tak nak kena la makan la jugak sebab dah hantar kan, perut pun dah lapar. Nak order lain memang tak la. Mujurlah sedap dan habis jugak orang tu makan. Tapi dalam masa yang sama, pot pet pot pet jugak la dia. Kita ni pun tahan je la telinga dengarnya haha.



8. Pilihan Makanan / Minuman Yang Terhad

Tempat kinah ni memang dah banyak restoran yang ada servis penghantaran makanan. So bila dah tau dah restoran mana yang boleh buat delivery ke rumah, kita mengharapkan banyak pilihan makanan tak kira la sama ada ala carte, western dan sebagainya, tetapi menu yang ditawarkan pulak tak banyak pilihan. Sampai mati kutu, nak makan apa ek, sebabnya asyik menu yang sama je. 


Tanya kedai ni, menu dia dengan kedai satu lagi sama je. Tak ada yang special pun. Jadi, nak tak nak kena la jugak buat pesanan di salah satu kedai. Nak keluar lagi la malas sebab nak bersiap lagi, nak kira askar kecik lagi. Hmm pejam mata je la order. Yang kinah cerita ni di kawasan kinah la. Tempat korang mungkin tak.



9.  Makanan yang Diterima Tumpah

Hmm yang ni nak salahkan rider pun tak boleh jugak. Sebab diorang dah sehabis baik dah hantar makanan kita dengan selamat. Mungkin ianya dibungkus tidak kemas sehingga tumpah. Nak buat macam mana tak ada rezeki. Para peniaga khususnya, pastikan makanan yang dibungkus tu diikat dengan kemas dan rapi supaya tak terjadi lagi masalah ni. Kesian tau pada pelanggan awak. Dah la tengah lapar, makanan pulak tumpah.



10. Makanan Yang Diterima Indah Khabar Dari Rupa

Ni memang kinah tak boleh lupa. Ada sekali tu kinah pesan pau melalui whatsapp group food delivery di kawasan kinah. Dah teringin kinah pesan je la sebab bila tengok gambar yang dia post di group memang mengancam tambah pula waktu tu minum petang. Nak support la kononnya. Kinah pun terus order sebab ramai yang bagi feedback positif, sedap, besar, puas makan.


Sekali sampai pau kinah terima dah sejuk, dan agak keras. Korang boleh imagine tak kita bayangkan pau panas sampai depan rumah kita sebab dia mention kat situ pau dia panas panas dia akan hantar ke rumah. Lagipun bukan jauh mana pun rumah kinah dengan rumah dia. Sejak dari tu, memang tak la kinah beli dah. Itulah yang pertama dan yang terakhir kinah order.


Hmm begitulah suka dan dukanya kinah sepanjang kinah buat pesanan online di musim Covid-19 ni. Namun begitu kinah tak pernah serik untuk membuat pesanan sebabnya memang tak boleh nak elak terutama di musim Covid ni.


10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid-19


Dalam banyak-banyak servis food delivery yang ada di Malaysia ni, foodpanda la antara paling ramai orang guna. Alhamdulillah, sejak dah ada servis foodpanda masuk ke sini, ada rezeki lebih kami memang online food delivery je ke rumah. Dah masing-masing malas nak keluar, itulah kerja kami. Bila dah banyak habiskan masa di rumah, secara tak langsung kami dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Perut kenyang hati pun senang. Setakat ni itu saja yang menjadi pengalamn suka duka pesan makanan guna online. Korang pulak mesti ada pengalaman jugakkan. 





Post a comment

11 Comments

  1. seronok plak baca,.. mcm2 rupanya kisah suka duka guna servis online delivery ni ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahha itula sis. Hati kita kena kental bila guna servis online delivery ni.

      Delete
  2. Covid ini memang memberi banyak pengalaman kepada kita sampai part order makanan pun ada suka duka. Saya suka saja guna servis order makanan ni..terutama kalau anak dah mula bosan dengan masakan kita.

    https://naimyart.blogspot.com/2020/12/duit-rm10k-kwsp-apa-perlu-buat.html

    ReplyDelete
  3. kdg2 je guna food delivery sbb caj cod tu mahal. jd jika cuaca baik memang abe kie tunggang motor n beli sendiri. kalau hujan terpaksa la order on9 makanan tu.

    ReplyDelete
  4. xsemua perkara kita buat semua nya pefect..banyak perkara ada pro n cont nya kan..pernah juga oder makanan yang smpi oder boleh kurang pula..cuma suzie minta Allah permudahkan semua urusan..hope runner2 kat luar sana diberikan kesihatan yang baik & dipermudahkan urusan.. =)

    ReplyDelete
  5. lambat sampai tu pernah sekali.. almost dua jam tunggu baru sampai huhu kebulur tunggu

    dua kali pernah terkena bila da order n after 30 minutes order kena cancel hukhuk nasib auto refund

    ReplyDelete
  6. Food Panda sgt membantu..utk musim skg ni :) TQ food panda!

    ReplyDelete
  7. Point 7 & 9 belum pernah kena lagi 😁

    ReplyDelete
  8. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  9. Paling best order kalau murah. yang tak bestnya bila indah khabar dari rupa tu. kelaut betul kan.sabar je lah

    ReplyDelete