Friday, 29 January 2021

,

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature | Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni membuatkan kulit muka kinah kelihatan kusam, kering dan tona tak sekata. Bertambah teruk selepas pulang dari kampung pada minggu lepas. Semasa di kampung, Kinah ada terbaca review krim pelembap Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature dari kawan-kawan yang pernah mencuba sebelum ni, aish macam tahu-tahu je kulit tengah problem, kemudian muncul pulak iklan diorang review krim pelembap tu. Itu yang lagi bersemangat nak mencuba. Pucuk dicita ulam mendatang la. Kinah terus order seketui krim pelembap dengan water based ni. Sebaik saja krim aqua whitening ni sampai, kinah terus cuba. Gelojoh betul kan. 


Kalau korang nak tahu, sebelum ni kinah pernah guna pembersih buih Aloe AC cleanser dari Hansaegee Nature ni, kali ni kinah nak cuba Aqua Whitening Cream pulak.


Krim Pelembap Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Buat pengetahuan semua, krim pelembap Aqua Whitening Cream ni merupakan produk skincare dari negara Korea tau. Kalau sebelum ni kinah tak berapa minat sangat dengan produk Korea ni, tapi lepas guna sekali produk Korea dan nampak perbezaannya terus jatuh cinta,walaupun kulit ni tak la flawless macam orang Korea.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Perkara yang membuatkan kinah 'excited' nak mencuba Aqua whitening cream ni, ianya merupakan pelembap bersasaskan air yang mempunyai efek "water based yang dapat memberikan kelembapan pada kulit, tidak berminyak dan tidak melekit selepas di sapu pada permukaan kulit kita dan kita akan rasa lebih selesa dan segar sentiasa. Satu lagi, krim ni tidak akan menyekat liang pori di wajah kita, lebih pantas meresap ke dalam kulit. Lepas apply krim tersebut rasa seperti tak pakai sebarang krim pun di muka kita. Macam magic pulak krim ni kan. 


Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 

Banyak kelebihan apabila kita konsisten menggunakan krim Aqua Whitening ni. Antara kelebihan krim pelembap Aqua Whitening Hansaegee nature ini ialah:

  • Membantu menyegarkan kulit
  • Membantu mengawal lebihan minyak / sebum
  • Membantu merawat kesan sunburn, muka kemerahan disebabkan panas matahari
  • Membantu mencerahkan kulit 
  • Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit


Ingredients : Bahan Utama yang Terdapat Di Dalam Aqua Whitening

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Camelia Japonica Seed Oil - Non-comedogenic, tidak akan menghalang liang kulit yang menjadi punca jerawat timbul,  Dapat membantu memulihkan kulit yang kekeringan dan kerosakan disebabkan sunburn di samping dapat memberi kelembapan sehingga ke lapisan kulit yang terakhir. 

Niacinamide - Membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, membantu mengawal minyak, membersih dan menegangkan kulit disamping membantu mengecilkan liang pori.


Kandungan lain Aqua Whitening Cream

Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus Densiflora leaf extract, Sodium Chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officine root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, prunus ameniaca (Apricot) kemel oil, Camellia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia  Florida fruit extract.

Sebelum kita pakai Aqua Whitening Cream ni, apa kata kita buat ujian terlebih dahulu di antara Pelembap X dan Aqua Whitening Cream.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Nak tahu betul ke tidak adanya titisan air, jom kita cuba di permukaaan tangan pula.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature
Sebelum disapu rata di permukaan kulit

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature
Lepas urut perlahan, dah boleh nampak "water droplet" tu



Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kita menggunakan krim ini ialah pastikan muka kita dibersihkan terlebih dahulu daripada sebarang kotoran mahupun make up.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Setelah itu, ambil sedikit krim aqua whitening cream dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Kemudian, urut perlahan-lahan krim tersebut, dan pada masa ini korang akan perasan titisan air akan mula muncul sewaktu kita urut. Teruskan mengurut dengan lembut dalam beberapa saat.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Setelah itu, korang boleh dap dap saja muka dengan perlahan supaya pelembap itu diserap dengan dengan sempurna ke dalam kulit.




Review Selepas Menggunakan Aqua Whitening Cream

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature
Disebabkan tak banyak gambar pakai make up, mujurlah ada sekeping bermake up simple dengan si kecik ni

Sejujurnya, kinah dah fall in love sesangat dengan krim Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni. Begitu mengagumkan krim pelembap ni. Kinah sejak guna krim pelembap ni, kulit kinah dah tak kering lagi yeayyy. Bila sentuh je muka, rasa fresh je, dan memang betul langsung tak melekit. Sejak kenal krim ni, memang tak tinggal dah krim ni tau. Rasa macam tak lengkap je bila tak bawak sekali krim pelembap ni jika pergi ke mana-mana. 

Oh ye, selain ianya bertindak sebagai pelembap, krim ini juga boleh bertindak sebagai make up base dan ianya memberikan make up tersebut tak bercapuk dan tahan lama sungguhpun kita berpeluh. Jerawat kecil yang ada di dahi pun dah semakin berkurangan dan kulit pun dah tak kusam lagi. Alhamdulillah, kinah serasi dengan krim pelembap aqua whitening cream ni.

Untuk sebarang maklumat dan segala pembelian boleh terus ke website rasmi Hansaegee Nature.

Kulit Muka Lebih Lembap dan Semakin Cerah Setelah Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature

Wednesday, 27 January 2021

,
7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur | Tatkala negara kita kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, mula lah tekak teringin nak makan pizza. Ngada-ngada kan tekak ni, time PKP ni la teringin yang bukan bukan. Tengah PKP ni tak boleh nak jalan jauh-jauh. Makan je la pizza yang ada dekat dengan rumah ni ha. Tapi sekali sekala nak juga merasa makan pizza restoran lain. Siap pesan pada Yop, bila PKP dah tamat nanti nak cari pizza best di sekitar Kuala Lumpur. Yop dia on je. Jadi, sementara  tengah PKP ni, kinah senaraikan dulu 7 restoran pizza best di KL, bukannya apa takut terlupa. Bila dah ada list seperti ni, mudah la nak cari nanti.



7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur 


# 1. Pizza Mansion Bukit Bintang

7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
Pizza Mansion Bukit Bintang
Nampak tempting betul pizza dari Pizza Mansion ni. Ada banyak pilihan pizza yang menarik di sini. Antara yang menarik perhatian kinah ialah The PM Pizza, Zucchini Eggplant Chickpeas Pizza, Silence Of The Lamb Pizza, Smokey Robinson Pizza eh macam-macam lagi la menu dia.

Istimewanya di Pizza Mansion ni, setiap pizza yang dihasilkan di sini ianya dibakar menggunakan dapur tanah liat yang direka khas beserta dengan kayu api. Biasanya, pizza yang dibakar seperti ni rasanya lebih ummph dan lebih autentik. 


# 2. US Pizza Jalan Ampang

US Pizza Jalan Ampang
Dah lama sebenarnya kinah nak cuba US Pizza yang viral ni selepas tengok beberapa kenalan telah mencubanya. Nampak macam sedap je pizzanya tu terutamanya pizza durian. Hmm mesti lain dari yang lain kan. Kalau biasa kita makan pizza ayam, pizza Hawaian tapi di US pizza ni ada pizza durian. 

Satu lagi menu yang menarik perhatian kinah untuk mencuba pizza yang ada di sini ialah pizza cheese boat dia. Halah halah peminat cheese confirm tak akan lepaskan peluang untuk mencuba pizza cheese boat mereka yang kaya dengan cheese tu. Makan panas panas ni mesti sedap. Kecur air liur kot bila tengok diorang review di youtube. Aishhh cepatlah habis PKP, tak sabar nak cuba ni.


# 3. Pezzo Pizza NU Sentral

7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
Pezzo Pizza Nu Sentral
Uniknya nama kedai Pezzo Pizza di Nu Sentral ni. Korang yang berada berdekatan dengan Nu Sentral bolehlah singgah di Pezzo Pizza ni. Banyak menu pizza yang boleh korang nikmati di sini. Paling best, korang boleh pilih nak berapa slice yang korang nak sama ada 1, 3 atau 6 slices. Pezzo Pizza ni selalu ada promosi. Beli masa promosi ni  lebih jimat. Ada 15 jenis pilihan pizza yang boleh korang pilih. Rambang mata cek oii.

Korang yang ada plan nak buat sambutan parti hari jadi atau sebarang jamuan in house selepas PKP ni boleh cuba contact diorang, diorang boleh realisasikan. 


# 4. La Risata Bar Pizzeria Ristorante

La Risata Bar Pizzeria Ristorante
Kalau korang mencari restoran pizza best di Lembah Klang, jangan lupa singgah ke restoran La Risata yang terletak di Ampang dan Medan Damansara. Dengarnya, pizza Bresaola e Rucola antara menjadi pilihan utama pelanggan yang mana pizza ni mempunyai potongan daging lembu, salad roket dan serutan parmesan sementara Mozzarella goreng Carrozza (sandwic dengan keju dan ikan teri) dihiasi dengan taburan pasli di atasnya. Halah halah mesti best ni.

Satu lagi kalau korang nak tahu, restoran La Risata turut menerima anugerah Time Out KL Food Awards pada tahun 2011 dan 2013. La Risata juga telah disenarai pendek dalam kategori yang sama pada tahun 2012 dan 2010. Manakala, pada tahun 2009 pula, restoran La Risata telah disenarai pendek dalam kategori makanan Pizza Terbaik. Hmm bukan kaleng kaleng La Risata ni. Lagipun kesemua anugerah ni 100% dipilih sendiri oleh orang Kuala Lumpur. 


# 5. Pizza San Francisco Wangsa Maju

7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
Pizza San Francisco Wangsa Maju
Pizza San Francisco telah mula ditubuhkan sejak tahun 2002 lagi. Kira-kira dah 19 tahun dah mereka beroperasi. Hmm apa yang menarik menu di sini ekkkk. Okeh selepas kinah godek-godek antara menu menarik di sini semestinya pizza. Antaranya ialah Margherita, Butter Chicken Pizza, Chicken Pizzaido, San Special, dan pelbagai lagi jenis pizza. Selain pizza, ada juga menu lain yang boleh korang cuba seperti pasta, dessert, snack, dan burnt cheesecake pun ada ha.

Kinah yang tengok ni pun juling mata nak pilih pizza yang mana nanti. Silap haribulan, lain yang kita teringin lain yang kita order nanti hahah. Korang yang tinggal di area Wangsa Maju, bolehlah pergi ke sana terus. Tapi dengan keadaan sekarang ni yang tak berapa mengizinkan, korang boleh je order guna online. Kinah tengok set untuk family pun ada. Berbaloi jugakla bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar.


# 6. Eatalia By Brava

7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
Eatalia By Braba
Nama restoran Eatalia By Brava atau sebelum ni dikenali dengan Restoran Pizza Brava yang terletak di Desa Sri Hartamas tidak asing lagi bagi penggemar makanan Itali terutamanya. Mereka berpengalaman dalam pembuatan pizza selama 7 tahun. Pizza dan pasta kayu api mereka diantara yang terbaik dan sering menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung ke sini. Dari segi saiz pula, korang diberi pilihan sama ada nak saiz 10 inci ataupun 12 inci, soal harga semestinya berpatutan.

Lihat pada gambar di atas, itu adalah pizza Rustica yang dilengkapi dengan tomato, keju, salami, gorgonzola, kacang, serta jagung. Alahai betapa harmoninya warna pada pizza rustica tu kan.


# 7. The Grato Original By Chef Yasser

7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
The Origato Original
Hah antara yang terakhir berada dalam senarai restoran pizza terbaik di Kuala Lumpur ialah The Origato Original by Chef Yasser. Setiap pizza yang dihasilkan ada rahsianya tersendiri begitu juga dengan pizza yang dihasilkan di The Grato yang mana semua pizza di sini dibakar menggunakan ketuhar dengan bahan bakarnya menggunakan kayu api tau. So, rasanya akan lebih berbeza dari yang dibakar dengan menggunakan ketuhar elektrik. Ada 10 jenis pizza di sini, korang tinggal nak pilih je.

Bagaimana dengan 7 senarai restoran pizza best di Kuala Lumpur yang kinah senaraikan di atas? Ada tak yang menjadi senarai pilihan korang jugak. Ini adalah senarai pilihan dan pandangan kinah je tau. Bagi yang berdekatan boleh je terus walk in kedai tapi bagi yang tiada masa tu boleh je order dengan pizza delivery. Lebih mudah dan menjimatkan masa.


Monday, 25 January 2021

,
Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness | Faktor usia yang semakin meningkat akan mengakibatkan kulit wajah kita kelihatan kusam, tona tak sekata, masalah jerawat yang kadang kala muncul serta masalah pigmentasi. Sampai bila lah kita nak biarkan masalah tu membelenggu diri kita kan? Disebabkan itu, kinah bertekad untuk beralih ke produk penjagaan wajah jenama clinelle sebagai rangkaian penjagaan kulit harian kinah buat masa ini.

Siapa yang tak kenal dengan jenama clinelle ni? Satu Asia kenal kot jenama clinelle ni. Kalau korang perasan dalam iklan di televisyen, duta clinelle ialah Ella Chen, merupakan artis antarabangsa.

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness

Buat pengetahuan semua, clinelle ada banyak rangkaian mengikut dengan kesesuaian jenis kulit kita tapi  untuk kali ni kinah nak share dengan korang rangkaian clinelle yang kinah guna sekarang ni. Apa yang penting, setiap skincare yang kinah guna, kinah akan pastikan ianya 

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
  • no artificial colouring
  • no artifical fragrance
  • non-comedogenic
  • no mineral oil
  • no lanolin
  • no sd alcohol
  • no paraben


Rangkaian Skincare Clinelle Caviar Gold 

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness

Sebelum kita cerita lebih jauh lagi mengenai rangkaian clinelle caviar gold ini, korang mesti nak tahu kandungan yang terdapat dalam clinelle Caviar Gold ni kan. 

Salah satu antaranya ialah ekstrak caviar. Ekstrak caviar ni berasal dari Russian Sturgeon dan ianya lebih dikenali dengan nama 'black gold' yang mana ianya telah lama dianggap sebagai salah satu makanan yang paling mahal pada ketika itu. Biasanya orang pada zaman dahulu terutamanya raja, golongan bangsawan yang suka sangat dengan caviar ni

Kalau korang nak tahu, Caviar ni mempunyai format sel yang sama dengan dengan kulit manusia. Caviar ni begitu kaya dengan unsur khasiat termasuklah protein, mineral, vitamin A, D, E, dan K, antioksidan, serta mengandungi asid lemak seperti Omega 3. Jadi tak hairanlah mengapa golongan bangsawan begitu suka dengan caviar ni. Antara ciri-ciri ektrak caviar ini ialah dapat membantu melambatkan proses penuaan.

Kandungan 24K Nano Gold pula adalah kolagenin emas generasi baharu yang dapat memberikan kesan luar biasa dengan meningkatkan keanjalan kulit sehingga 300%. Hal ini secara tak langsung dapat menguatkan dan meratakan permukaan kulit disamping membantu mencegah garis-garis halus dan kesan penuaan.

Plant Phytogold pula berasal dari ekstrak Golden Bell semula jadi yang mana kandungan ini dapat bertindak sebagai agen pemutihan tanpa cela dengan formulasi yang digabungkan untuk menegangkan kulit wajah. Hal ini telah dibuktikan dengan 80 kali lebih berkesan daripada Arbutin. Selain itu, plant phytogold juga dapat membantu mengatasi masalah pigmentasi selain mengurangkan tanda-tanda yang dapat dilihat dengan menghalang pembentukan melanin serta memastikan kulit kita kelihatan lebih cerah dan tona kulit sekata.

Bagi rangkaian clinelle caviar gold ini, kinah hanya mencuba 3 daripada 6 item iaitu firming cleaser, firming serum serta firming mask. 


Clinelle Caviar Gold : Firming Cleanser

Dapatkan Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle di AEON Wellness
Clinelle Caviar Gold : Firming Cleanser

Mula-mula kinah nak cerita mengenai cleanser yang kinah gunakan sekarang ni iaitu clinelle caviar gold firming cleanser. Buat pengetahuan semua, cleanser caviar gold ni merupakan gel cleanser yang mana kita guna hanya kuantiti yang sedikit saja, tapi buih dia bagi kinah boleh tahan jugakla. Pencuci muka clinelle caviar gold ni dapat membantu menanggalkan kesan kotoran yang ada pada muka, mencerahkan kulit serta melembapkan dan menganjalkan kulit muka kita.

Cara nak gunanya pun mudah saja, cuma picitkan mengikut kuantiti yang diperlukan ke tapak tangan yang lembap. Kemudian urut secara membulat di kawasan muka dan tengkuk setelah itu boleh lah bilas dengan air biasa.

Bagi kinah, kinah paling suka dengan baunya, wangi seakan bau herba. Tapi bau herba tu takdela menusuk hidung macam bau ubat tu. Di dalamnya terdapat kepingan kecil emas dan apa yang best, cleanser ni langsung tidak mengeringkan kulit korang. So, semua jenis kulit amat sesuai dengan cleanser caviar gold ini. 


Clinelle Caviar Gold : Firming Serum

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
Clinelle Caviar Gold : Firming Serum

Hat serum ni kinah paling suka. Teksturnya yang cepat meresap membuatkan rutin skincare kinah lebih mudah. Jimat masa akak ni hah mana nak kejar anak, nak kejar kerja rumah lagi. Kalau korang nak tahu, serum clinelle caviar gold firming serum ni dah jadi favourite kinah setelah selesai mencuci muka. Wajib okeh kinah apply pada setiap pagi. Apa yang best dengan serum caviar gold ni ianya 

  • dapat membantu meningkatkan pertumbuhan sel, 
  • dapat membantu kontur v-shape pada wajah kita, 
  • membantu menganjalkan dan mengencangkan kulit wajah 
  • dapat membantu meningkatkan pengeluaran kolagen
  • dapat membantu mengurangkan pigmentasi dan tona tak sekata
  • membantu mencerahkan kulit

Cara penggunaannya pun simple je, selepas wajah kita dibersihkan dan sapu dengan toner korang pam serum ke tapak tangan mengikut kuantiti yang sesuai kemudian sapu dan urut secara membulat sehingga kepingan emas tadi benar-benar telah meresap ke dalam kulit.


Clinelle Caviar Gold : Firming Facial Mask

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
clinelle Caviar Gold : Firming Facial Mask

Kinah yakin, ramai dalam kalangan wanita suka sangat pakai mask. Ada satu mask yang patut korang cuba iaitu clinelle caviar gold firming mask. Sejujurnya, kinah ni sejak ada anak kecik sorang lagi, memang tak sempat nak pakai sebarang mask. Tapi bila pakai mask caviar gold ni, kalau boleh hari hari kinah nak pakai sebabnya mask ni dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit, kaya dengan ekstral caviar yang dapat membantu 

  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melicinkan dan melembutkan kulit
  • Mengurangkan kesan garis-garis halus
  • Melindungi dan menegangkan kulit



Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water

Selain kinah menggunakan skincare caviar gold, kinah juga turut mengamalkan clinelle pure swiss thermal spring water tau. Kinah sebenarnya dah lama aim nak beli clinelle pure swiss ni setelah tahu akan kebaikan clinelle pure swiss thermal spring water ni. Kebetulan aritu singgah Aeon Wellness, terus sambar sebotol.

Dapatkan Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle di AEON Wellness
Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water

Mengapa Clinelle Pure Sweiss Thermal Spring Water menjadi pilihan kinah?

Kalau korang nak tahu, clinelle pure swiss thermal spring water ni merupakan sejenis semburan yang begitu kaya dengan mineral, kalau tak silap kira-kira 20 jenis mineral di dalamnya. Ianya dirumus khas daripada Switzerland dan sangatlah sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit kering, kulit sunburn dan sebagainya. Mempunyai kandungan selenium yang tinggi dapat menyeimbangkan pH 5.5 kulit kita. Selain ianya sesuai digunakan di muka, semburan ini juga sesuai digunakan di bahagian badan lain seperti kulit kepala, badan, kuku, dan kaki. Korang yang rasa tak selesa dengan kulit korang tu, sembur je. 


Kebaikan Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water 

Antara kebaikan yang akan kita peroleh apabila mengamalkan clinelle pure swiss thermal spring water ini ialah :

  • dapat membantu melegakan ketidakselesaan kulit
  • dapat membantu mengecilkan liang pori
  • dapat membantu mengawal minyak berlebihan (di muka)
  • dapat membantu mencegah kelemumur
  • membantu melindungi kulit dari sinaran matahari
  • membantu menguatkan kuku yang lemah
  • membantu melegakan tumit yang pecah

Paling best, kalau korang terlalu lama berada di bawah aircond korang pasti akan rasa kering kan.... Hahhh jangan lupa simpan clinelle pure swiss thermal spring water dalam handbag korang tu. Senang nanti bila nak guna.

Cara gunanya pun mudah je, selepas korang bersihkan wajah dengan cleanser, korang spray je muka tu dan korang akan rasa segar semula atau spray saja di kawasan yang bermasalah. Baru-baru ni, kinah balik ke kampung untuk jumpa keluarga setelah sekian lama tak berjumpa, sekali kat rumah kampung tu pasang aircond saja dan mulalah kulit kinah terasa kering, mujurlah bawak botol ajaib Pure Swiss Thermal Spring Water ni, selesai masalah.



Clinelle UV Defence Ultra Protection Mist Spray SPF50PA** 

Haaaaa ada satu lagi kinah nak share dengan korang mengenai produk clinelle ni. Bagi korang yang sentiasa kerja dan berada di bawah sinaran matahari korang kena cuba clinelle uv defence ultra protection mist spray ni. Sangat mudah dibawa ke mana saja sebab botol dia comel je. Jimat space beg korang tau. Kinah paling suka dengan sunscreen ni sebab ianya jenis spray yang berfungsi  5 dalam 1 sebagai 

Dapatkan Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle di AEON Wellness
Clinelle :UV Defence Ultra Protection Mist Spray

  • pelembap untuk mengekalkan kesegaran wajah kita sepanjang hari.
  • membantu melindungi kulit kita daripada sinaran UVA & UVB 
  • mengandungi 100% asid hyaluronik yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit
  • mengekalkan kelembapan sehingga 72 jam lamanya
  • melindungi serta membaikpulih kerosakan kulit akibat sinaran uv.

Clinelle UV defence ultra protection mist spray ini diperkaya dengan dengan bahan organik seperti timun, aloe vera, dan squalane yang diekstrak khas daripada minyak zaitun. Selain itu, kandungan lain seperti ekstrak licorise yang bertindak sebagai pencerah kulit dan dan menghalang wajah kita daripada sunburn. Gabungan Glycogen dan teknologi Protect E, ianya dapat memberi kelembapan kepada kulit  agar kekal hidrasi sepanjang hari.


Review Kinah Menggunakan Rangkaian Produk Clinelle Caviar Gold, Pure Swiss Thermal Spring Water dan UV Defence Protection Mist Spray

Alhamdulillah, setakat ni kinah serasi dengan jenama clinelle ni. Kulit kinah yang kering tu pun dah mula nampak lembap selepas menggunakan rangkaian caviar gold tu. Sebelum tidur, kinah akan pastikan spray  terlebih dahulu tumit kaki yang kering ni, kulit kaki yang kering tak best ok bila kita pijak toto, rasa kesat je. 

Untuk uv defence tu pulak, walaupun kinah ni jarang keluar rumah wajib kinah apply di muka ni setiap hari, untuk perlindungan kulit, nak elak jeragat naik dimuka katakan. Korang yang nak beli sebarang rangkaian produk clinelle ni bolehlah terus beli di Aeon Wellness tau, untuk sebarang maklumat lanjut mengenai clinelle korang boleh layari 

AEON Wellness Facebook Page

AEON Wellness Instagram