Friday, 9 April 2021

,

Nikmati Sajian Istimewa Ayam Gangjeong Di Marrybrown Sentuhan Inspirasi Dari Negara Korea | Annyeonghaseyo semua, seiring dengan tagline "something different" selama 40 tahun ni, sekali lagi Marrybrown akan membawa kita semua mengelilingi pelusuk dunia. Destinasi pertama semestinya negara Korea dengan penangan makanannya yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.


Nikmati Sajian Istimewa Ayam Gangjeong Di Marrybrown Sentuhan Inspirasi Dari Negara Korea 

Nikmati Sajian Istimewa Ayam Gangjeong Di Marrybrown Sentuhan Inspirasi Dari Negara Korea

Hmm siapa yang kancheong dengan Korea bolehlah lepas ni pergi ke Marrybrown yang mana, bermula pada 8 April 2021 ni, korang boleh mula nikmati ayam Gangjeong sentuhan inspirasi daripada negara Korea tau. Yeahhhhh pasni jangan Gangjeong dah ye.

Nikmati Sajian Istimewa Ayam Gangjeong Di Marrybrown Sentuhan Inspirasi Dari Negara Korea

Sajian istimewa Ayam Gangjeong ni disaluti dengan gabungan mantap sos pedas kemanisan. Kinah yakin ayam Ganjeong ni mesti kena dengan citarasa korang. Korang boleh pilih sama ada untuk menikmati dua atau tiga ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong bermula dengan harga RM17.90.

Nikmati Sajian Istimewa Ayam Gangjeong Di Marrybrown Sentuhan Inspirasi Dari Negara Korea

Kalau teringin nak makan burger, burger dihidangkan dengan charcoal bun, iaitu Kombo Burger Gangjeong yang bermula dengan harga RM15.90. Semua kombo ni disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca Cola ® Rasa Asli.

Nikmati Sajian Istimewa Ayam Gangjeong Di Marrybrown Sentuhan Inspirasi Dari Negara Korea

Bagi yang ingin menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong burger, Gangjeong Box adalah pilihan yang tepat untuk korang. Set ini dilengkapi dengan burger Gangjeong dan dua ketul ayam Gangjeong termasuklah segelas Coca Cola  ® perisa asli serta potato wedges. Kesemua ini korang boleh beli dengan harga RM25.80.

Nikmati Sajian Istimewa Ayam Gangjeong Di Marrybrown Sentuhan Inspirasi Dari Negara Korea

Bagi mereka yang "hidup tak lengkap tanpa  nasi, Marrybrown rice bowl sangat sesuai dengan citarasa korang. Bermula dengan harga RM11.90, Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam bersama sedikit sos pedas manis. 


Kalau ditanya mana satu yang sedap? Bagi kinah semuanya sedap, paling tak lupa Rice Bowl dia tu, memang tak pandang lain dah. Burger tu pulak, roti dia lembut je. Memang tak menyesal la beli.


Pada 4.4 yang lepas, Marrybrown telah membuka pra-pesanan melalui Shopee dan lebih daripada 1000 hidangan telah terjual pada hari tersebut. 


Untuk dapatkan sebarang maklumat mengenai info dan promosi mengenai Marrybrown boleh layari


Website : Marrybrown

IG : @marrybrownmy 

FB : @marrybrownmalaysia 

Twitter : @MarrybrownMY 


Sunday, 4 April 2021

,

5 Makanan  Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu | Kepelbagaian kaum yang ada di negara kita ni menjadikan negara kita begitu unik di mata dunia. Jadi apabila sebut je pasal makanan, apa yang tak ada di Malaysia ni. Cakap je nak makan makanan jenis apa, Melayu, India, Cina, Jepun, Korea ehh semua ada la. Jadi, tak hairan la bila Malaysia ni digelar negara syurga makanan bagi pelancong asing.  


Kata orang, lain tekak lain citarasanya. Disebabkan itu, wujudnya restoran halal yang menghidangkan pelbagai sajian supaya kita sebagai umat Islam dapat menikmati sajian yang dipilih tanpa rasa was was. Oleh itu, kinah nak kongsi dengan korang 5 makanan Cina yang begitu popular dan sinonim dengan orang Melayu. Haaa mana satu pilihan korang ekkk....



5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu 

1. Char Koay Teow

5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu
Mujurlah ada gambar char kuey teow ni dalam blog kita ni ha.

Siapa kat sini peminat Char Kuey Teow kita geng. Bila sampai mood malas nak masak, kinah mintak Yop carikan Char Kuey Teow, bila dah tau kawasan mana yang sedap dan kena dengan tekak kami, memang gerai tu je yang kami cari. Tak sangka, rupanya selama ni makanan kegemaran kami ni adalah makanan tradisional orang Cina rupanya.


Char Kuey Teow ni biasanya di masak bersama udang, kerang, dan juga telur dan yang menjadikan char kuey teow ni lebih aumm adanya taugeh dan sayuran lain. Pergh memang leleh la makannya. Kalau kinah dapat satu pinggan ni, memang tak pandang lain dah.


2. Mee Wantan

5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu
Godek dalam galeri, ehh mujur jumpa mee wantan ni ha

Mee wantan adalah makanan Cina yang semakin popular dalam kalangan orang Melayu. Kinah mula berjinak mencuba makan mee wantan ni semasa kinah bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat bas di Ipoh. Pada masa tu, memang pilihan makanan sangat terhad. Nak keluar lunch tempat lain memang tak la sebab kekangan waktu. Mujurlah ada satu gerai berdekatan yang menawarkan makanan halal di situ. Sejak dari tu, memang itu je la makanan ruji kinah semasa lunch.


Bagi yang baru nak mencuba, mee wantan merupakan hidangan mee kantonis yang dihidangkan bersama sup panas, sayur hijau seperti sayur sawi dan wantan. Kalau korang nak tahu, wantan ni ada dua versi sama ada digoreng mahupun direbus bersama sup. Ikutlah citarasa korang bagaimana. Hmm tetiba rindu pulak mee wantan maklong tu. 


3. Tau Fu Fah

5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu
Credit to : siraplimau.com

Sebut je tau fu fah, semua orang tahu. Biasanya tau fu fah kinah beli di pasar malam. Bila singgah pasar malam je, confirm akan beli sebekas tau fu fah ni. Kemudian simpan dalam peti ais sebab suka dengan teksturnya yang lembut bila di makan semasa sejuk. Tau fu fah ni biasanya di makan bersama dengan air gula putih atau pun air gula merah. Korang lebih suka yang mana? 


Tau fu fah ataupun lebih dikenali dengan dòufuhuā atau dòuhuā diperbuat daripada tauhu yang sangat lembut. Dikatakan tau fu fah ni berasal daripada negara Cina semasa zaman purba Dinasti Han. Jadi, orang-orang Cina pada masa tu telah pelbagaikan resipi masakan berasaskan tauhu mengikut citarasa sendiri.


4. Dim sum

5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu
Credit to : keluarga.my

Hmm satu lagi pilihan makanan Cina yang popular dalam kalangan orang Melayu ialah dim sum. Kinah mula belajar makan dim sum ni semasa pergi bercuti ke Thailand pada 3 tahun yang lepas. Kami beli dim sum tu dari peniaga yang beragama Islam di sana. Sejak dari tu, mulalah tekak ni gatal nak makan dim sum je. Mujurlah ada satu restoran cina muslim dekat dengan rumah ni. Jadilah, buat lepas teringin hehe.


Pada yang masih belum mencuba dim sum, dim sum ni comel je saiznya. Ianya diperbuat daripada tepung gandum, dan tepung jagung. Kemudian intinya pulak sama ada ayam, udang, daging dan ada juga sayuran. Ikut la selera dan citarasa korang nak yang macam mana.


5. Nasi Ayam Hainan

5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu
Credit to : ceriasihat.com

Satu lagi makanan Cina yang popular dalam kalangan orang Melayu ialah nasi ayam hainan. Kinah kalau pergi ke klinik lepas check up Lulu, memang tak sempat nak masak. Biasanya datang pagi, balik dah tengahari, memang tak sempat nak masak. Jadi, sebelum balik tu, kinah bungkus dulu nasi ayam hainan buat santapan kami sekeluarga. Bukannya selalu gantung kuali ni ye dak haha.


Nasi ayam hainan ni merupakan hidangan masyarakat Cina yang berasal dari Hainan, China. Hidangan ni dinamakan nasi ayam hainan kerana ia dipopularkan oleh masyarakat Hainan yang berasal dari kawasan Nanyang. Di Malaysia, hidangan ni biasanya disajikan bersama sos cili yang lebih pedas kerana dipengaruhi rasa Asia Tenggara.


Kalau diikutkan banyak lagi senarai chinese food yang popular dalam kalangan Melayu. Kalau kinah senaraikan nanti panjang berjela pulak entri ni. Nahh sekarang baru nampak betapa uniknya negara kita ni kan. Kita boleh terima segala jenis makanan Cina kerana rasanya yang enak dan apa yang penting lebih sihat. Disebabkan mendapat sambutan dari kaum yang lain, kinah tengok dah banyak restoran halal menyediakan sajian ini bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan. 


Kalau dah rasa malas nak ke restoran, korang order je dengan foodpanda, lebih mudah, cepat dan jimat masa. Tapi sebelum membuat pesanan tu, pastikan restoran tersebut adalah halal ye.


Selamat Menjamu Selera!!!


Thursday, 1 April 2021

,

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson| Lama betul tak pergi bercuti, kali terakhir pergi bercuti ke Thailand dan Singapura pada tahun 2018. Kemudian tak pergi ke mana-mana dah sebab yop susah nak dapat cuti selepas pindah di tempat kerja baru. Kalau pergi berjalan pun, hanyalah disebabkan ada urusan di luar daerah. Di tambah pula dengan wabak pandemik yang melanda negara kita sejak setahun yang lalu, memang duduk terperap di rumah je la tak ke mana.


Kami ni tak kisah tak pergi bercuti pun, tapi kesian dekat Thahirah la. Selalu sangat bertanya bila lah nak bawak dia mandi laut seperti sebelum ni. Kita bukan tak nak bawa, cuma masa dan keadaan yang tak sesuai buat masa ni. Tambah pula dengan adanya Lulu, imunisasinya masih lemah. Bila dah kerap kali tanya, kita ni pun faham la dia dah mula rasa bosan dan kalau kita berada di tempat dia pun, kita akan alami perasaan yang sama jugak.


Jadi, disebabkan kami ni pun dah lama tak merasa vitamin "sea" dan Thahirah duk tanya bila nak pergi mandi laut, ada la juga plan lepas boleh merentas negeri nanti cadangnya nak la bawak kakak bercuti ke tepi laut untuk tunaikan hajat si kakak Thahirah ni. Lagipun, sektor pelancongan pun dah mula dibuka semula. Jadi, selepas perbincangan, staycation kami kali ni ke Port Dickson. Lama betui tak jalan-jalan ke sana.


Pemilihan Hotel Untuk Penginapan

Seperti biasa bila kita dah plan nak pergi bercuti, perkara utama yang kita perlu cari semestinya hotel untuk menginap di sana. Walaupun sekarang ni masih lagi dalam PKP, boleh je kita senarai dulu hotel yang menjadi pilihan. Apa yang penting, hotel tu mesti dekat dengan tepi pantai. Kata nak vitamin "sea" kena la cari tempat yang dekat dengan laut.


Selepas google hotel Port Dickson di tepi pantai, akhirnya kinah jumpa jugak hotel yang boleh kami menginap sepanjang berada  di sana nanti dan semestinya hotel ni betul-betul dekat dengan laut. Nak tahu hotel apa yang menjadi pilihan? Semestinya Lexis Hibiscus Port Dikcson



Mengapa Lexis Hibiscus Port Dickson Menjadi Pilihan

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexis.my

Dah lama teringin nak ke sini sebenarnya selepas kinah baca beberapa review kawan-kawan yang pernah menginap di sini. Keunikan susun atur bilik Lexis Hibiscus seperti kelopak bunga raya dan setiap biliknya dilengkapi dengan kolam mandi menjadikan percutian kami kali ni betul-betul orang kata "curlas gitew". Lagipun bukannya selalu nak berjimba bagai macam ni. Kata nak bercuti kan. Kalaulah si kakak tahu pasal ni, dialah orang pertama yang excited sekali. 

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexushibiscuspd.com

Mana taknya, setiap bilik ada private pool, mau dia nak berkubang je dalam tu. Dah alang-alang nak bercuti ni, nampaknya kena la ambik bilik yang menghadap seaview, sambil berkubang dalam kolam dengan anak-anak boleh menikmati pemandangan laut, kot ada rezeki boleh tengok matahari terbit esok paginya aci dak?

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexishibiscuspd.com

Ditambah pula, Lexis Hibiscus Port Dickson telah menerima dua rekod dunia Guiness World of Records iaitu most overwater villa in a single resort dan most swimming pool in a resort sejak tahun 2016 lagi. Fuhhhh bertambah excited la kami nak ke sana.


Seperti biasa, tugas kinah semestinya akan buat research terlebih dahulu segala kemudahan yang ada di sini supaya bila dah sampai ke sana nanti, senang kami nak rancang aktiviti apa yang nak dibuat terlebih dahulu sama ada indoor ataupun outdoor. Nanti pergi menonong saja, dah bazir masa kat sana. Masa itu emas tau..


Rupanya banyak kemudahan dan aktviti yang ada di Lexis Hibiscus ni. Antaranya ialah menyediakan perkhidmatan buggy bagi memudahkan pergerakan tetamu dari lobi ke tempat penginapan. Itu sangat bagus, tak payah la kita bersusah payah nak berjalan kaki nak hangkut beg, dengan pikul anak lagi. Kalau dapat bilik yang jauh, pecah lemak uiii. 


Selain itu, bagi yang meminati aktiviti outdoor, turut disediakan jet ski, banana boat mahupun berkayak. Hat ni mungkin tak berapa sesuai nak bawak dua orang askar ni kang mak paknya sibuk berkayak sapa nak jaga budak-budak ni. Tapi takpe la ada lagi aktiviti lain yang sesuai untuk kami sekeluarga.

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexishibiscuspd.com

Jika ingin aktiviti santai bersama keluarga, turut disediakan basikal. Hah nanti boleh sewa basikal bawak kakak pusing-pusing kat dalam tu  Lama sangat aih tak bawak basikal ni. Ehh, boleh lagi ke nak kayuh gerek tu haha. Takpe kita cuba dulu ye, tak cuba mana la tahu kan. Itupun, kalau cuaca mengizinkan. 

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to:  lexishibiscuspd.com

Kalau tak boleh, nampaknya kena bawak kakak main di tempat permainan kanak-kanak la. Tapi musim Covid ni, tak pasti la pulak boleh ke tidak main kat situ.

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : sunahsukasakura.com

Kalau tak boleh main di taman permainan tu, boleh bawak kakak melepak di Hibiscus Walk yang mana kita perlu berjalan kaki menuju ke pantai di resort ni. Mmm mesti best kan sambil berjalan tu bolehla tangkap gambar buat kenangan. Dah penat berjalan, confirm lapar, di Hibiscus Walk ada macam-macam jenis makanan yang boleh kita nikmati. Sejenis perut yang lapar pada waktu malam, nampaknya kena tapau la makanan siap-siap ni. Hmm, macam banyak pulak aktiviti yang boleh kita buat kat sini, rasanya tak cukup sehari nak explore semua dalam tu. 


Kiranya memang lengkap segala kemudahan dan aktiviti yang ada di sini. Memang berbaloi la jika korang ada plan nak bercuti di sini. Lexis Hibiscus, mu tunggu kami datang ye.