10 Cabaran Dalam Perniagaan Pada Tahun 2022 yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan |Pantas betul masa berlalu. Rupanya dalam kita tak sedar dah masuk bulan Februari tahun 2022. Pada masa yang sama juga sudah 2 tahun kita semua hidup dengan wabak pandemik Covid-19 sehinggalah ke hari ni. Dalam tempoh tersebut, dapat kita saksikan begitu banyak perniagaan terpaksa menutup operasi mereka kerana terkesan dengan pandemik yang melanda. Begitu hebat ujian yang Allah berikan pada kita semua.

Meskipun wabak ini masih belum ada tanda untuk reda, ini bukanlah alasan untuk kita terus dan sentiasa alpa serta meratapi apa yang telah terjadi. Kita hendaklah bangkit untuk meneruskan cabaran yang bakal kita hadapi kerana pada tahun 2022 ni, akan banyak liku-liku yang perlu kita tempuhi. Tak seperti tahun sebelum ni.

10 Cabaran Dalam Perniagaan 2022 yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan

Bicara soal bangkit, kinah pasti ramai diantara kita yang pernah dengar pasal RichWorks, paling tidak mesti pernah dengar di corong radio kan. Siapa yang tak kenal dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman iaitu seorang pakar usahawan pemasaran Asia Tenggara dan merupakan pengasas kepada RichWorks iaitu sebuah Syarikat RichWorks International Sdn Bhd. 

Sebelum ni beliau banyak membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui program yang dianjurkan seperti Program Mentoring SPIRE dan TITANIUM.

Selain itu, RichWork turut mengajurkan program percuma kepada usahawan dan bakal usahawan di luar sana untuk terus bangkit meskipun di musim wabak covid melanda dengan mengadakan program secara dalam talian bagi menaikkan semangat usahawan untuk terus bangkit.


Isu Harga Barang  Semakin Membimbangkan 

Apabila bicara mengenai isu sekarang, masing-masing tengah mengeluh. Mana tak nya harga barang sekarang banyak dah naik, harga itu naik, ini naik. Pendek kata semuanya naik. Situasi begini sedikit sebanyak membebankan kita sebagai rakyat marhaein yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ni.

Bukanlah nak mengeluh, cuma rasa sedikit terkesan apabila situasi semasa kini memberi kesan kepada ekonomi dan yang kena tempiasnya, rakyat la.

Masa PKP dulu, Yop yang pergi beli barang keperluan rumah kami, tapi sekarang kinah yang pergi beli pula. Bila dikira, dihitung tambah tolak perbelanjaan kami, hanya barang kering saja dah cecah RM300 lebih. Belum lagi beli barang basah. Padahal kinah ambil barang yang selalu kami guna dan kuantiti yang sama, kekadang tu kinah ambil paling murah dah, kira habis jimat dah tu. Sampai dekat kaunter cashier berpinar mata tengok jumlah barang. Nak tak nak pejam mata je la bayar semua barang tu. 

10 Cabaran Dalam Perniagaan 2022 yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan

Ni dengarnya, tak lama lagi harga barang akan naik lagi. Aduii makin pening. Ditambah musim perayaan pulak nanti confirm banyak barang harga melambung. Sekarang ni pun harga dah tak masuk akal. Hmm tak tau nak kata apa dah. Kita bukannya ada kuasa nak kawal semua harga barang tu semua. 

10 Cabaran Dalam Perniagaan 2022 yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan

Jiran-jiran kinah pun cerita benda yang sama pasal isu ni. Malam sebelum tidur, ada jugak terfikir macam mana la orang yang betul-betul tak mampu, dan susah. Allah tak dapat bayangkan bagaimana mereka survive untuk teruskan kehidupan mereka.


Perkongsian Daripada Datuk  Wira Dr Azizan Osman Mengenai Cabaran Perniagaan 2022

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

Haaaa agak-agak rasa tercabar atau gerun dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Wira  Dr Azizan tak? Kinah sendiri yang buat bisnes kecil-kecilan ni terkesan dengan apa yang dikatakan oleh beliau. Siapa lambat, dia akan ketinggalan. Kinah akui, kadangkala kinah ni tak konsisten dengan bisnes ni sebab ada komitmen lain tapi itulah bisness is bisness. Jangan jadikan itu sebgai alasan untuk kita lambat bertindak. Orang dah ke depan, kita masih lagi terkedek-kedek.

Ayuh semua, kita bangkit!!!!!


Live Sesion Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

10 Cabaran Dalam Perniagaan 2022 yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan

Haaa bagi korang yang ada kelapangan pada hari Ahad, jom lah kita luangkan masa bersama-sama di Live Session bersama dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman bermula pada pukul 8.00 pagi di Telegram Azizan Osman Official. Korang jangan lupa tau join live chat ni pada setiap hari Ahad. 

Bagi yang baru nak mula berbisnes, ataupun yang dah berbisnes tapi nak tambah ilmu lagi, wajib join tau. Sebabnya banyak pengisian ilmu yang akan beliau kongsikan di tambah pula dengan cabaran yang bakal dihadapi dalam berbisnes selepas pandemik.

Tunggu apa lagi klik Join sekarang dan jangan lupa ye temujanji korang pada setiap hari Ahad. 

Jumpa di sana ye !!!!!






1 Comments

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete