Tips Perjalanan Jauh Dengan Kereta Yang Patut Anda Ikuti

Tips Perjalanan Jauh Dengan Kereta Yang Patut Anda Ikuti |  Setelah terkurung selama dua tahun akibat Covid-19, kita semua pasti berkobar-kobar nak melancong lagi. Tetapi bagaimana nak jamin bahawa kereta kita memang bersedia untuk membuat perjalanan yang jauh ? Adakah pelan motor takaful sahaja sudah memadai untuk memastikan kenderaan kita dapat dipandu dengan selamat?

Kalau anda masih runsing, jangan risau. Pastikan anda sudah memenuhi semua tips ini sebelum memulakan perjalanan.

Tips Perjalanan Jauh Dengan Kereta Yang Patut Anda Ikuti
Tips Perjalanan Jauh Dengan Kereta Yang Patut Anda Ikuti


Tips Perjalanan Jauh Dengan Kereta Yang Patut Anda Ikuti

1. Periksa Keadaan Kereta

Ini adalah langkah yang paling utama sekali sebelum anda berangkat untuk bersiar-siar. Pastikan kereta anda yang sudah lama tidak dipandu diservis dalam keadaan tip-top sebelum membuat perjalanan. Kalau tak pasti, bawa sahaja kereta anda di mana-mana pusat servis sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh perjalanan.

2. Rancang Jadual Perjalanan Dengan Teliti

Pastikan anda mengatur jadual perjalanan dengan terperinci dari segi masa, lokasi, aktiviti, dan macam-macam lagi. Sepanjang perjalanan, tetapkan bila anda akan bertolak, di mana hentian R&R yang anda akan berhenti bagi merehatkan enjin kereta anda, dan destinasi akhir pada hari tersebut. Nak lebih bagus, pilih lokasi yang berhampiran pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, tempat awam, atau pusat servis kereta.

3. Penjagaan Diri Sebelum Bertolak

Memandangkan anda mahu membuat perjalanan jauh, pastikan anda berada dalam keadaan yang sesuai untuk memandu buat jangka masa yang panjang. Pastikan anda sihat dan bertenaga untuk memandu dengan penuh tumpuan sepanjang perjalanan. Dapatkan tidur yang secukupnya sehari sebelum anda bertolak agar anda kekal segar untuk fokus pada pemanduan tanpa rasa letih dan lesu.

4. Status Takaful Kenderaan Anda

Pastikan perlindungan takaful kenderaan anda masih aktif. Dengan adanya pelan takaful motor, anda dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pemanduan yang tenang sepanjang perjalanan anda. Takaful motor yang komprehensif bukan sahaja dapat melindungi kereta anda, malahan juga menyediakan perkhidmatan yang penting di waktu yang mencabar serta membantu mengurangkan beban kewangan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan.



Kesimpulan

Semua persediaan ini mudah sahaja untuk diikuti. Pastikan anda buat persiapan yang rapi sebelum berseronok dengan orang yang tersayang. 

Tak tahu pelan takaful motor apa yang sesuai untuk kereta anda? Takaful IKHLAS menyediakan pelbagai jenis pelan komprehensif yang dapat memenuhi keperluan anda untuk membuat perjalanan jauh yang selamat dengan kereta anda. Untuk maklumat lanjut, layari sahaja laman web Takaful Ikhlas sekarang.

Post a Comment

2 Comments

  1. perkongsian yang baik Kinah :)

    ReplyDelete
  2. semoga perjalanan kita selamat sampai ke destinasi,., aminn

    ReplyDelete