Alhamdulillah Rezeki Dapat Lokan

Ahad baru ni Yop masuk kerja sebab gantikan orang. Petang tu yop mesej bagitau ada orang bagi lokan, ahh sudah!!!! Sebelum ni tak pernah pun masak lokan, jammed kepala hakak.

Kinah pun terus google cara nak simpan lokan, resepi lokan, macam-macam lagi la. Sementara menggoogle tu, yop mesej lagi, suruh tanya ahli-ahli mesyuarat nak ke lokan? Aigoooo 

Pada mulanya, kinah tak masukkan lagi dalam minit mesyuarat pada petang tu sebab tak confirm lagi dapat banyak mana. Sekali malam tu, yop mesej bagitau dapat seguni. Uishhh banyak tu. Terus whatsapp sorang-sorang tanya nak ke lokan. Sebab tak semua orang makan kan.

Dalam ramai-ramai tu ada la sorang dua yang nak, mujur yop dah siap buat agihan dekat kawan kerja dia dan kawan-kawan setaman yang dia kenal, jadi kurang la sikit lokan tu dan cukup la untuk kami anak beranak. Alhamdulillah, dalam rezeki kita terselit juga rezeki orang lain. Kalau la mak duduk dekat, boleh jugak la bagi mak sikit.

So, fasa pengagihan lokan dah selesai pada malam tu juga. Tak koser nak kisahkan lokan tu malam hari, kinah biarkan je lokan tu dalam baldi. Pada mulanya, risau jugak la biarkan lokan macam tu, takut dihurung semut tak pun dia merayap macam siput sedut tu hahah. Sampai ke situ fikirnya.

Lokan, cara penyimpanan lokan, cara merebus lokan

Esok paginya, tengok elok je semua lokan tu dalam baldi. Mujur la yop kerja malam, so dia boleh tengok-tengokkan Lulu sementara kinah bersilat kat dapur tu.


Cara Penyimpanan Lokan

Sebenarnya lepas kinah buat rujukan semua, apa yang dapat disimpulkan ada beberapa versi nak simpan lokan ni tau. Lokan ni tak perlu simpan dalam peti ais, cukup saja korang letak dalam bekas besen, ada yang kata kena rendam dulu dengan air supaya segala tanah pasir dalam cengkerang tu ditendang keluar. Jiran kinah dia rendam dulu dan memang betul, ada keluar pasir dan tanah. 

Kini, tiba fasa untuk masak lokan pula. Sebelum masak, lokan ni kena rebus dulu. Tapi diingatkan, nak rebus lokan ni tak perlu masukkan air, letak saja dalam periuk dan tutup, api tu jangan lupa bukak pula. Nanti air dari lokan tu sendiri akan keluar. Apabila cengkerangnya dah buka, angkat dan letak tepi.

Disebabkan isi lokan ni masih lagi ada kelodak tanah, kinah cuci sekali lagi sebelum  simpan. Agak leceh sikit lokan yang ni. Sebab dia dari paya. 

Lokan, cara penyimpanan lokan, cara merebus lokan
Inilah rupa isi lokan yang telah dibersihkan

Kalau korang perasan, lokan ni kinah dah bersihkan, buang tahi semua. ( Semua ni kinah tengok dari youtube) 

Settle merebus dan siang semua lokan, yop suruh masak sambal petai lokan kebetulan ada petai hari tu. Lokan ni, kinah kena hiris halus-halus sebab tekstur dia kenyal dan lokan yang kami dapat ni agak besar juga saiznya. Kang makan seketul terus, jenuh pulak nak kunyah..

Itupun, tak semua lokan kinah masak sambal. Baki yang lain, kinah simpan dalam freezer je untuk next menu nanti. 

 
Baca Juga : 






Post a Comment

10 Comments

  1. Ammi tak reti makan adik beradik lokan ni....kerang pun kalau dah jadi rendang baru reti nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la ammi, kinah pun tak reti jugak. Itupun tengok youtube

      Delete
  2. x pernah makan lokan..sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang kerang kak fiez. Tapi yg lokan ni dia kenyal sikit

      Delete
  3. Saya suka lokan, tapi jarang dapat makan.

    ReplyDelete
  4. Dulu tak suka makan lokan tapi lepas husband ajar jadi suka pulak. Terutama lokan goreng kunyit cili padi. fuhhh mantop

    ReplyDelete