Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Tuesday, 19 March 2019

,
Koleksi Buku Yang Belum Dibaca | Lama kinah tak share pasal buku. Hari ni jomlah kita cerita pasal buku. Buku novel ni sebenarnya dah lama dah kinah beli. Nak baca je belum ada kesempatan lagi. Dua novel ni kinah beli dekat kedai buku Popular di Aeon Kepong. Pergh jauh jalan sampai ke Kepong haha. Scroll gallery phone ni ehh terjumpa pulak gambar buku ni.
Koleksi Buku Yang Belum Dibaca
Kali ni kinah pilih genre seram. Sekali sekala tukar genre seram walaupun diri ni takde la berani sangat hehe. Psiko tu kinah teringin nak baca lepas baca review dari kak Lea Azleeya. Sinopsis dia pun agak menarik. 

Hah Tingkat 15 pulak tu kinah takde lagi baca mana-mana review. Seram jugak tengok cover buku ni. Nasib la rumah kami ni takde sampai tingkat 15. InsyaAllah nanti bila dah baca kedua-dua buah buku ni nanti kinah share ye. Harap bersabar ye

Monday, 22 October 2018

,
Sebenarnya kinah dah lama ada novel Isteri Untuk Disewa ni. Kalau tak silap tahun 2013 atau 2014. Masa tu tengah bercinta dengan suami. Dia yang belikan novel ni. Tup tup tahun 2018 novel ni akan diadaptasikan ke drama. Tak silap kinah akan ditayangkan di Astro Ria nanti. Ada nampak iklan haritu. Jalan ceritanya pun ingat-ingat lupa, iyela dah lama kot baca novel dan novel tu pulak diperam dekat rak tu je.
Isteri Untuk DiSewa, novel isteri untuk disewa, novel adaptasi
Pelakon yang akan membintangi drama tersebut ialah Fattah Amin dan Tiz Zaqyah. Rasanya ni gandingan pertama antara mereka berdua. Jom kita sama-sama nantikan drama adaptasi novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil yang bakal muncul dalam slot MegaDrama. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dibawah arahan Osman Ali. Akan menemui penonton pada bulan November nanti.

JUDUL : ISTERI UNTUK DISEWA
TARIKH TAYANGAN : November
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Osman Ali
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar

WATAK PELAKON
Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal 
Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
Harris Annuar sebagai Putera Raiyan

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA
Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?

Credit to: MyInfotaip

Monday, 4 June 2018

,
Review Novel ~ Tergolek Hatiku Kerana Kamu | Alhamdulillah selesai sudah baca novel Tergolek Hatiku Kerana Kamu karya Imanisa Rania. Menarik jugak jalan ceritanya. Kisahnya bermula apabila Tengku Keisha yang dahulunya sombong, tidak mendengar kata dan bersosial dalam sekelip mata saja menjadi yatim piatu apabila ayahanda dan bondanya meninggal dunia dalan keadaan yang agak tragis. Semuanya kerana harta yang dimiliki oleh keluarga Tengku Keisha.

Review Novel ~ Tergolek Hatiku Kerana Kamu Novel Tergolek Hatiku Kerana Kamu

Kerana tamakkan harta yang dimiliki oleh keluarga Tengku Keisha, Tengku Badri dan keluarganya sanggup membunuh. Tengku Keisha pulak dah macam pelarian dan terpaksa bersembunyi di Darul Durrani. Mana taknya hidupnya sentiasa diburu oleh musuh yang ingin membunuhnya. Mujurlah ada seseorang yang datang menjadi penyelamat, Israr Zulkarnain namanya. Israr merupakan bodyguard merangkap suami kepada Keisha. 

Pada mulanya Keisha pun tak tahu Israr tu adalah suaminya, setelah dijelaskan perkara sebenar barulah Keisha terima dengan hati terbuka. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh Keisha dan Israr sehingga mereka terpaksa berpisah. Apabila bertemu semula Israr pula ditimpa kemalangan dan dikatakan telah terkorban.

Agak-agak korang la betul ke Israr tu suami Keisha yang sah? Bagaimana mereka bernikah dan betul ke Israr telah terkorban dalam kemalangan tu? Apakah yang akan berlaku dalam keluarga Tengku Badri? Semuanya akan terjawab dalam Tergolek Hatiku Kerana Kamu

Wednesday, 25 April 2018

,
Koleksi Novel Bulan April | Alhamdulillah bulan April akan sampai ke penghujungnya tak lama lagi.  Rasa macam baru saja lagi kita sambut tahun baru. Cakap pasal tahun baru berapa buah buku yang kinah dah baca tahun ni hmm. Rasanya ada la dalam lima enam buah buku. Sikit sangat buku kinah baca tahun ni. Oh ye kalau korang nak tahu dalam bulan ni saja kinah dah habis baca dua buah buku. Satu pencapaian terbaik untuk kinah. Korang mesti dah berpuluh-puluh buku. 
Koleksi Novel Bulan April
Baru-baru ni kinah terima lagi tiga buah novel daripada sahabat facebook. Wah bertambah lagi koleksi novel kinah kat rumah ni. Cita-citanya nanti boleh buat library mini di rumah. Tapi bukanlah sekarang, satu hari nanti. Korang tunggu ye kinah review satu-satu nanti ye. Korang kalau nak baca review novel-novel yang kinah baca sebelum ni boleh baca review di sini.

Baca juga di sini

Friday, 20 April 2018

,
Review Novel ~ Abang King Control | Akhirnya tamat juga baca novel Abang King Control. Gigih membacanya bila ada masa lapang. Jalan cerita yang menarik dan teratur membuatkan kita tak sabar nak tahu apa yang jadi sebenarnya. Novel Abang King Control karya Imanisa Riana terbitan Gede Book. Boleh tahan tebal juga novel ni ada 735 muka surat. 

Review Novel ~ Abang King Control

Novel Abang King Control
Novel Abang King Control mengisahkan kisah suka duka dalam rumah tangga di antara Razif dan Irdina. Takdir telah menemukan mereka berdua. Siapa sangka kerana berebutkan tempat letak kereta dan berbalas nota antara satu sama lain, Razif dan Irdina bermusuh. Setelah enam tahun berlalu, mereka ditemukan sekali lagi. Tapi kali ni sebagai jiran. Kecik betul dunia ni. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta antara mereka tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam.

Namun begitu, manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Oleh kerana berlaku salah faham yang kecil oleh ibu Razif, iaitu Puan Sopiah, Puan Sopiah nekad untuk satukan Irdina dan juga Razif. Mereka disatukan ibarat kahwin ekspress. Setelah disatukan, mereka terpaksa pula berkampung di pusat pemindahan banjir sehari selepas berkahwin. Tragis betul kisah mereka berdua ni.

Kata orang, bercinta selepas berkahwin lebih membahagiakan. Memang Irdina bahagia. Pada zahirnya mereka berdua kelihatan bahagia tapi dalam hati Irdina tiada siapa yang tahu. Kehidupan Irdina dikawal oleh suaminya. Kebebasan Irdina disekat, tidak boleh memandu, terpaksa berhenti kerja, tak boleh pakai berwarna pink, semua sosial media dikawal oleh Razif. Uisshhh memang parah macam ni. Kesian Irdina hidupnya terkongkong. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya sahaja, Balkis dan Laila.

Bagi Razif, semua yang dibuatnya adalah untuk kebaikan Irdina. Walaupun berpuluh nasihat diberi, tetapi boleh diibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Makin lama kawalan Razif makin ketat. Agak-agak korang la, sampai bilalah Irdina akan bertahan dengan sikap Razif ni? Rasanya Razif akan berubah tak? Kalau nak tahu kisah cinta mereka korang kena dapatkan Abang King Control. 

Thursday, 5 April 2018

,
Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi | Alhamdulillah tamat sudah novel yang kinah baca baru-baru ni. Novel ni pemberian dari seorang kenalan di Facebook. Ada dua buah sebenarnya. Jadi kinah mulakan dengan Kita Kahwin Koboi karya Mia Kiff terbitan Gede Book. Sejujurnya novel ni banyak bermain dengan emosi terutama apabila dua pasangan iaitu Khalish Aqimie dan Aufa Dhiya berumah tangga.

Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi

Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi
Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi
Pertemuan mereka berdua disebabkan satu kemalangan yang tidak disengajakan antara mereka. Disebabkan kemalangan itu, mereka sering saja bertembung antara satu sama lain. Disebabkan pertemuan itu, Khalish Aqimie telah jatuh cinta pandangan pertama pada Aufa Dhiya. Tetapi Aufa Dhiya sebaliknya. Namun, kerana satu peristiwa hitam yang hampir merosakkan hidup Aufa telah memberi jalan kepada Khalish Aqimie untuk memperisterikan Aufa dan mereka pun kahwin koboi atas restu keluarga masing-masing.

Mereka pun berkahwin walaupun tanpa ada cinta. Tapi tidak pada Khalish Aqimie. Dia sangat mencintai Aufa tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyatakan cinta pada isterinya. Isterinya dilayan bagaikan hamba. Tetapi Aufa tetap patuh dengan arahan suaminya walaupun hatinya memberontak. Apa yang berlaku pada Khalish Aqimie ada cerita disebaliknya. Dia jadi begitu disebabkan dia tidak mahu Aufa menjadi seperti ibu kandungnya.

Rumah tangga mereka semakin goyang apabila Khalish Aqimie, seorang pelakon popular seringkali dikaitkan dengan seorang artis baharu, Liyana. Kiranya dalam cerita ni Liyana la yang jahat tau. Sakit hati bacanya. Kesian Aufa, dahlah tengah sarat mengandung tapi suami dia si Khalish tu macam nak tak nak layan je. Aufa mengidam nak makan steamboat pun dia kata mengada-ngada. Hish orang macam ni pun ada. Kesian sangat dengan Aufa selalu makan hati. Ehhh tak nak la cerita lebih-lebih nanti tak syok la. Kalau nak tahu apa kesudahannya korang kena baca. Serius memang best. Berair juga mata ni membacanya.

Baca juga - Review ~ Novel Abang King Control

Pengajaran yang ada dalam Kita Kahwin Koboi
Moral of the story dalam cerita ni, suami isteri perlu ada komunikasi. Dalam cerita ni, si Khalish dan Aufa ni jarang berkomunikasi. Kalau ada pun selalu berlaku salah faham. Masing-masing ego dan ikut kepala sendiri. Walaupun dah ditegur dan dinasihat, masih juga sama. Jangan nanti bila ada hati yang dah terluka dan pergi jauh bawa diri, masa tu baru rasa penyesalan. Menyesal tak sudah. Kalau cinta katakan cinta. Jangan simpan je. Pasangan tu bukannya tukang tilik yang boleh tahu isi hati kita. Ok lah. Itu aja. Jangan lupa baca novel Kita Kahwin Koboi. Bye Bye

Tuesday, 23 January 2018

,
Beli Novel Pemangsa | First time beli novel thriller macam ni. Sekali sekala tukar genre. Asyik novel cinta je kan. Sebenarnya kinah begitu tertarik dengan sinopsisnya. Membuatkan kita tertanya-tanya siapa sebenarnya Pemangsa. Siapa sebenarnya Pemangsa tu? Entahlah kinah pun tak baca lagi. Baru je sampai semalam. Kinah beli dari Lazada. Murah je dalam RM22.00 yang bestnya tak payah bayar cas penghantaran. Nampaknya dah minat yang thriller pulak dah hihi. Lepas ni kena kumpul la banyak-banyak. Kalau korang nak baca review novel yang lain kinah ada sediakan link di bawah ni.
Novel Pemangsa