,
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019 | Bulan Ramadhan bakal menjengah beberapa hari saja lagi dan semestinya korang tengah survey dan mencari tempat yang best untuk berbuka puasa bersama keluarga nanti kan. Ni kinah nak kongsi dengan korang satu tempat menarik untuk korang berbuka puasa bersama keluarga ataupun sahabat handai. Apa yang menariknya bila berbuka di sini, korang berpeluang menaiki bot mengelilingi tasik sementara menunggu waktu berbuka menerusi pakej bufet berbuka puasa sempena Ramadhan pada tahun ini dengan tema "Gerbang Iftar Nusantara". Menarikkan?? Peluang ni hanya di Bukit Merah Laketown Resort saja tau.

Apa yang menarik dengan sajian bagi bufet pada tahun ni, sajian yang bertemakan citarasa masakan nusantara dengan campuran beberapa menu ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah turut menjadi daya penarik apabila berbuka puasa di sini sewaktu menjamah juadah di kala senja berlatarkan pemandangan Tasik Bukit Merah yang terbentang seluas 7000 ekar.
![]() |
Nasi Mendi dan Kabsah |
Kambing bakar yang menjadi antara menu "wajib" tatkala berbuka di hotel turut dihidangkan selain ayam golek dan beberapa lagi menu santapan nusantara seperti kari kambing berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda dan banyak lagi la.
![]() |
Antara Menu Wajib Di Bufet Bukit Merah Laketown Resort |
Selain itu, beberapa gerai yang dihias cantik memudahkan pengunjung memilih juadah kesukaan selain menjadi penyeri di bahagian ruamg legar menghadap tasik berhampiran Le Lac Cafe, disulami dengan alunan muzik akustik yang hanya dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu.
Menurut Eksekutif Chef BMLR, Noorul Qamar Mohd Noor, berkata sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti Spaghetti, bebola daging, pai shepred, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju beserta tomato.

Hidangan lain seperti laksa Sarawak, roti john, murtabak, kambing, serta ayam cincang Bamia, sup berempah serta cendawan, ikan kembung serta pari bakar, mi udang, roti prata, bubur nasi, dan cucur bergoreng turut disediakan.

Pencuci mulut tidak terkecuali dengan pelbagai jenis kerabu, salad dan ulam-ulaman turut menjadikan juadah berbuka puasa di sini lebih meriah.
Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui siaran edaran seperti flyers, banner, media sosial dan sebagainya.
Bagaimanapun, perkihidmatan pelayaran tasik itu bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada paras tertentu.
Bagi yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadhan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjemaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.
Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM35.00 bagi dewasa dan RM25.00 bagi kanak-kanak, warga emas serta orang Kurang Upaya (OKU) untuk pembelian yang telah pun bermula dari 1 April hingga 30 April ni.
Bagi yang ingin menginap, pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105.00 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM175.00 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 hingga 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi 05-89088884 atau boleh layari website http://www.bukitmerahresort.com.my
Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui siaran edaran seperti flyers, banner, media sosial dan sebagainya.
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Dengan kadar RM45.00 bagi dewasa serta RM35.00 untuk kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Semestinya para pengunjung berpuas hati dengan segala menu yang disediakan ditambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal sahaja pada setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15pm dan 6.45pm.Bagaimanapun, perkihidmatan pelayaran tasik itu bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada paras tertentu.