Tuesday, 31 October 2017

,
Kejutan Buat yang Istimewa dengan Printcious|Pening dan buntu nak bagi gift pada pasangan? Hari lahirnya dah tak lama tapi satu apa gift pun takde lagi. Haaa korang jangan risau pening tu semua. Sekarang ni dah macam-macam platform tau untuk kita buat surprise pada pasangan kita. Salah satu cara untuk korang buat special gift untuk pasangan ialah dengan design momen yang terindah dengan Printcious. Kalau dulu, nak bagi gift macam ni, kita DIY sendiri, tapisekarang korang tak payah bersusah payah dah. Tekan-tekan, klik itu ini, bayar dan sampai ke tangan penerima. Mudah betul sekarang. Sebab tu la tagline printcious 

“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”


Mengapa dengan Printcious? Sebabnya korang boleh pilih mana-mana design yang korang suka tau dan paling istimewa sekali dapat pulak customise sendiri. Haa menarikkan tempat lain tak dapat macam ni korang. Haa pilih-pilih mana yang berkenan di hati. Bukan saja khusus untuk hari lahir sahaja tau, korang juga boleh buat untuk hadiah orang kahwin. Haaa idea tu idea. Lagipun dah tak lama dah nak cuti sekolah. Cuti sekolah je mesti ada kenduri. Sempat lagi ni design gift korang untuk bakal pengantin. Klise la asal pergi kenduri kahwin bagi hadiah pinggan mangkuk je. Kalau 5 orang bagi hadiah yang sama boleh buat kenduri tau hehe. Jangan marah gurau je. Tak salah pun kita hadiahkan lain dari yang lain.







Banyakkan sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. Berpinar dah mata ni nak pilih yang mana. Mesti korang nak tahu macam mana cara nak customise design kita sendiri. Alaa mudah sangat pejam mata je pun dah siap. Ehh ibaratnya macam tu la. Dalam banyak-banyak ni, kinah pilih cushion je. 


Haa tengok tu, ni contoh je tau. Kalau korang tak nak warna biru tu, boleh pilih warna lain dan kalau korang nak tukar design Happy Marriage pun boleh. Ikut kreativiti. Klik je Start Design tu. Bolehlah mula design yang korang suka. Kinah berkenan pulak dengan cushion ni, boleh letak dalam kereta hehe. Haaa tunggu apa lagi pergi pilih cepat sebab ada 30% diskaun tau dan akan berakhir pada 4 November ni. 

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari website 

Monday, 30 October 2017

,
Susu Kambing Karihome| Bila dah jadi mak-mak ni tak sah la kalau tak cerita tentang topik susu, pampers semua. Tapi kali ni kinah cuma nak cerita tentang susu saja. Dewasa ini, kebanyakan ibu-ibu zaman sekarang ni beri susu formula atau shortform nya fm sebagai pengganti susu ibu kepada anak mereka. Hal ini terjadi disebabkan pelbagai faktor. Di pasaran, terdapat pelbagai jenama susu daripada yang murah hinggalah harganya yang agak mahal. Tak semestinya yang mahal anak kita boleh terima dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimana pun semuanya ini bergantung dengan anak kita sama ada serasi atau pun tidak.

Sejujurnya, Thahirah dari kecil lagi minum susu formula. Bukanlah kinah tak cuba nak breastfeed tapi rezeki tidak menyebelahi kami. Takpelah. Thahirah dari kecil lagi dia minum susu Dutch Lady je. Tapi, sejak kinah tahu kebaikan susu kambing, kinah cuba nak tukar susu kambing kepada Thahirah. Kinah pun cubalah susu kambing keluaran tempatan. Masa tu kinah beli dari kawan universiti. Nampaknya, niat nak tukar susu kambing pada Thahirah tak kesampaian. Dia tak nak susu tu. Aduhai tak pasai-pasai kinah yang minum. Nasibla susu tu orang dewasa pun boleh minum. Jadi takla rasa ralat sangat.

Susu Karihome
Walaupun percubaan pertama kinah tak menjadi, kita tak boleh nak give up. Kena juga cuba. Kali ni kinah tekad, nak jugak Thahirah minum susu kambing. Satu hari kinah diperkenalkan dengan susu kambing jenama Karihome. Untuk pengetahuan semua, susu Karihome ni kinah guna untuk langkah 3. Thahirah kan dah 2 tahun. Jadi susu ni ikut tahap ye. Kinah cuba bagi sikit dulu susu tu. Tak sangka Thahirah suka dengan susu Karihome ni. Nampak perubahan tau lepas dia minum susu Karihome ni. Selalunya bila poo poo dalam 2 hari sekali je. Tapi lepas minum hari-hari dia poo poo. Sembelit pun takde. Nampak sangat dia lebih suka susu Karihome daripada jenama yang lain. Memang puas hati sangat la.


Oh ye mesti korang tertanya-tanya kenapa kinah nak tukarkan susu Thahirah. Sebenarnya banyak khasiat susu kambing daripada susu lembu tau. Kalaulah tahu dari dulu, dah lama dah Thahirah minum susu kambing ni. Jom kinah cerita sikit tentang susu kambing Karihome ni.


Nutrisi yang bagus
Kalau semua nak tahu susu kambing sebenarnya mengandungi banyak nukleotida, sialik asid dan taurina secara semula jadi yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Tambahan pula, kandungan phosphopeptides kasien yang tinggi dapat meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral oleh badan mereka.

Lebih mudah untuk dicerna
Susu kambing membentuk dadih susu yang lebih lembut dan boleh dicernakan dengan lebih mudah berbanding dengan susu lembu. Pencernaan susu kambing adalah lebih pantas dan hanya memerlukan satu pertiga masa percernaan susu lembu. Sebab tulah mana-mana anak kecil yang minum susu kambing tak ada masalah sembelit.

Meningkatkan kesihatan perut dan usus
Susu kambing mengelakkan jejasan fungsi halangan saluran perut dan usus. Perkembangan dan pengekalan fungsi halangan saluran perut dan usus membantu dalam mengurangkan risiko sakit perut, muntah dan cirit-birit.

Mengurangkan beban alahan
Ada di antara anak kecil kita, mereka begitu alah dengan susu lembu. Jadi, sebagai alternatif susu kambing adalah pilihan terbaik buat ibu-ibu di luar sana. Susu kambing mengandungi unsur alahan yang rendah. Ramai anak-anak yang mengalami kegatalan dan ruam yang kurang teruk apabila mereka minum susu kambing.

Antara nutrisi yang terdapat dalam susu kambing Karihome

Nucleotides - Molekul DNA yang menyokong perkembangan sistem imun kanak-kanak.

Sialic Acid - Melindungi daripada jangkitan bakteria. 

Casien Phosphopeptides (CPP) - Kumpulan peptide yang boleh meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink.

Taurine - Asid amino bebas menyokong perkembangan otak dan fizikal

Susu Kambing Karihome adalah pilihan yang boleh dipercayai dan keselamatan produk KARIHOME dibukti oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari
Instagram: @karihomemalaysia
email: enquiry@karihome.com.my

Sunday, 29 October 2017

,
Dah tiga hari blog terbengkalai. Nak kata tak ada entri ada tu ha. Tersadai je dalam draf. Mood pun swing. Dengan sakit kepalanya lagi. Aduh tabah je la. Cadangnya buat sementara tu nak join la giveaway ke segmen tapi problem pulak dekat follower button tu. 


Korang perasan tak dah beberapa hari ni google followers tu jadi error. Tak tahu la kenapa. Ada masa ok ada masa tak. Bila blogwalking dan nak follow blog tu aisehh problem pulak. Camne nak follow tu. Entah bila nak ok pun tak pasti la. Mungkin sistem tengah upgrade kot. Fikir yang positif je la.

Jadi bila dah tak boleh nak follow ni, kita cuma baca dan tinggalkan komen je. Moga jejak kita tu owner blog tu dapat baca. 

Wednesday, 25 October 2017

,
Kisah Nuffnang Pada Bulan Oktober| Hari ni lambat bersiaran. Melayan tuan puteri cendana yang seharian aktif sangat. Ke hulu ke hilir tapi ibu dia tak kurus jugak hahaha. Sebenarnya hari ni kinah nak cerita kisah nuffnang. Dah beberapa minggu nuffnang kinah ada masalah. Entah mana silap pun tak tau. Bila periksa untuk uv hari ni ok. Bila nak cek yang kelmarin dan minggu lepas punya bolehnya no result found. Ahh sudah apa masalah pulak. Kinah mulanya bersangka baik la mungkin system down kot. Tapi tengok ada seorang blogger dapat cpuv eh maknanya ok la sistem tu.

Ehh tak boleh jadi ni. Kinah pun pergilah email nuffnang bagitau masalah ni. Cepat je diorang balas dan katanya team diorang akan siasat masalah ni. Frust tau. Lama kot kita setia dengan nuffnang. Hari ni tergerak hati nak tengok website nuffnang ok dah ke. Masalah tu tetap sama. Cuma yang bezanya kinah dapat cpuv. Biar betul nuffnang ni. Selain dapat cpuv earning kinah pun bertambah. Ehh rasanya takde pun iklan baru sebelum ni tup tup dah bertambah. Apa apa pun alhamdulillah. Ada jugak terselit rezeki kat situ.

Rasanya entri untuk nuffnang, ini yang terpanjang kot hehe. Harap lepas ni nuffnang akan kembali seperti biasa macam dulu. Walaupun sekarang ni dah ramai blogger yang beralih ke adsense. Kinah pun ada cadangnya nak apply,  tapi lepas kena reject yang pertama kali tu terus frust. Sekarang ni tengah kumpul kekuatan dan perbaiki lagi apa yang kurang. Buat sementara tu pakai je la nuffnang dulu. Ada income kot lagi kat situ. Rugi pulak nak biarkan je.


Cpuv kali ni kinah dapat daripada Cetaphil Baby dan Dugro. Dua-dua kempen tu berkenaan kanak-kanak. Harapnya lepasni nuffnang dapat perbanyakkan lagi iklan dan jadi segempak dulu. Jom kita cerita sikit mengenai kempen tu.


Kempen pertama yang kinah dapat daripada Cetaphil Baby. Semua orang tahu tentang produk ni. Produk yang sangat sesuai digunakan pada baby kerana rumusan formulasinya khusus untuk bayi. Kulit baby kan masih lembut dan sangat sensitif jadi Cetaphil Baby adalah pilihan yang bijak untuk ibu bapa di luar sana. Boleh didapati di semua gedung membeli-belah seperti Guardian dan Watsons.


Kempen kedua pulak daripada Dugro. Ala susu Dugro. Buat masa ni anak kinah tak minum susu ni. Dia minum susu lain. Walau apa pun jenama susu yang anak kita minum, meskipun mahal tapi tak setanding dengan susu ibu ye. Seeloknya susu formula ni untuk baby yang berumur 6 bulan ke atas. Jadi untuk maklumat lebih lanjut bolehlah ke website official dumex. 

Monday, 23 October 2017

,
TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender| Masalah rambut nipis dan ruam-ruam, gatal, dan ekzema sering dialami oleh anak kecil kita. Marzaqah Thahirah pulak mengalami masalah rambut nipis sahaja setakat ni. Alhamdulillah selepas diperkenalkan dengan TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender rambutnya dah mula ada perubahan. Baunya pulak harum seharum haruman Lavender. Mmm wangi sangat.

minyak rambut bayi, minyak ekzema, ruam lampin, gatal-gatal
TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender
TROPIKA Baby Hair & Body Oil Lavender dengan intipati lavender telah dirumus khas untuk digunakan oleh bayi dan kanak-kanak bagi melindungi kulit daripada jangkitan, kerengsaan dan ruam lampin. Diperbuat daripada bahan -bahan natural seperti minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi dan bahan-bahan semulajadi yang lain. Minyak urut sutera memperbaiki keadaan kulit dengan pelembap, untuk melindungi dan hidrat kulit. Bukan sahaja ia memberi manfaat kepada kulit, ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengurangkan masalah kulit kepala rambut. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan ekzema.

TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender
Bahan-bahan yang digunakan
Cocos nucifera (Coconut Kernel) Oil, D-mixed tocopherols (Vitamin E), Aroma (Lavender)

Cara Penggunaan
Cara gunanya pun sangat mudah. Hanya sapu di tempat yang mempunyai masalah selepas mandi iaitu 2 kali sehari.

Senyum je dia.
Setakat ni rambut Thahirah pun dah nampak tebal sikit daripada yang dulu. Selain sapu di rambut, kinah pun sapu di bahagian badan juga. Kulit Thahirah pun lebih lembut dan Thahirah pun lebih mudah tidur daripada dulu  yang selalunya pukul 10 malam baru nak tido. Memang puas hati guna Baby oil ni.

Untuk maklumat lanjut

Sunday, 22 October 2017

,
Lirik Lagu Pertama Kali – Shaa| Bila dengar lagu ni pertama kali di tv terus jatuh cinta.

Lirik Lagu Pertama Kali – Shaa

Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu
Betapa Indahnya
Bila Kau senyum

Pertama Kali
Ku Rapat denganmu
Baruku tahu kau
Amat bermakna padaku

Aku tahu kau sudah berpunya
Tapi Ku sanggup menunggu selamanya
Hingga kini aku menanti
Mengapa Sikit engkau tidak mengerti


Mengapa Kini engkau berbagi
Aku Disini tetap akan menanti
Puasku Rayu puas memujuk
Kau Tetap dengan egomu untuk meninggalkan ku
Waktu Kau rapuh aku yang kau tuju
Bila Ku merindu kau pergi menjauh

Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu
Betapa Indahnya
Bila Kau senyum

Aku Tahu ku bukan pilihanmu
Tapi Ku tahu ku hanya cinta kamu

Pertama Kali
Ku Dilukai