Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Sunday, 17 May 2020

,
6 Khasiat Kurma Ajwa Asli Madinah Atau Kurma Nabi Keluaran Rihura | Setiap kali bulan Ramadhan tiba, kinah akan cari stok kurma untuk berbuka puasa. Entah kenapa tahun ni, tetiba tekak nak cuba makan kurma ajwa pulak. Nak keluar pada masa PKP ni memang tak la. Sebab nak pergi kedai pun berbaris panjang yamg amat semata-mata nak beli kurma je, memang surrender la.

Kurma ajwa, kurma ajwa asli madinah, khasiat kurma ajwa, pembekal kurma ajwa, kurma ajwa rihura

Sepertimana yang kita semua tahu, kurma merupakan makanan sunnah yang biasa kita amalkan ketika bersahur dan berbuka puasa kerana ianya dapat membekalkan tenaga sepanjang hari kita berpuasa. Apa yang uniknya dengan kurma ajwa atau lebih dikenali sebagai kurma nabi ni ianya begitu banyak manfaat jika dibandingkan dengan kurma yang lain. Jadi, tak hairanlah kurma ajwa mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia.

Ciri-Ciri Pada Kurma Ajwa

Kalau korang nak kenal pasti kurma ajwa ni macam mana, kurma ajwa ni warnanya coklat gelap seperti warna hitam, isinya pula tebal dan bersaiz kecil. Selain tu, kurma ajwa ni mempunyai tekstur yang lembut, berair serta tak terlalu manis berbanding dengan kurma yang lain. Disebabkan tak terlalu manis la, kinah beria-ia nak kurma ajwa ni. Kinah kan kantoi masa minum air gula aritu. Jadi, kita carila kurma yang kurang manis. Ada terbaca satu artikel, daripada mana kinah tak ingat, wanita yang sedang mengandung elok amalkan kurma ajwa ni.

Khasiat dan Kelebihan Yang Ada Pada Kurma Ajwa 

Kurma ajwa asli madinah, kurma ajwa, kurma nabi, khasiat kurma ajwa asli, khasiat kurma nabi, kurma.ajwa asli rihura

1. Khasiat kepada ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak

Sepertimana yang kinah bagitahu di atas, kurma ajwa sangat bagus diamalkan pada wanita yang sedang hamil serta ibu yang menyusukan anak.  Bagi ibu yang sedang hamil, kurma ajwa dikatakan dapat membantu mencegah anemia kerana kurma ajwa mengandungi zat besi yang tinggi.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Journal of Environmental & Analytical Toxicology mendapati bahawa kurma ajwa juga membantu meningkatkan pengeluaran susu badan dan  melindungi tubuh ibu-ibu daripada penyakit dan jangkitan. 

2. Melancarkan sistem penghadaman

Setiap kali pada bulan puasa, pastinya kita akan mengalami masalah penghadaman seperti sembelit kerana waktu makan kita telah berubah serta kekurangan air pada siang hari. Disebabkan itu, kita begitu digalakkan untuk mengamalkan kurma ajwa terutama pada bulan puasa ni kerana dipercayai kandungan serat yang dijumpai pada kurma ajwa dapat melancarkan sistem pencernaan seterusnya membolehkan usus kita berfungsi dengan lebih baik.

3. Sesuai diamalkan bagi pesakit diabetis

Mereka yang menghidap diabetis atau kencing manis amat sesuai mengamalkan kurma ajwa ni kerana kandungan gula di dalamnya hanyalah monosakarida iaitu komposisi gula yang tak perlu diuraikan lagi. Jadi, sesuai sangatlah bagi mereka yang menghidap diabetis tahap 2. 

4. Membantu Meningkatkan Kesuburan

Buat pengetahuan semua, kurma ajwa ni juga dapat meningkatkan kesuburan tak kira la lelaki mahupun wanita yang mana kandungan hormon botosin dapat meningkatkan kesihatan rahim wanita. Manakala, bagi lelaki pula dapat meningkatkan kualiti sperma yang mana kurma tersebut mengandungi estradiol dan flanavoid dalam kuantiti yang banyak.

5. Melindungi daripada jangkitan

Kurma ajwa ni kalau korang nak tahu mengandungi flanavoid dan glycoside yang dapat membekalkan antioksidan kepada badan kita. Antioksidan ini lah yang akan membantu melindungi badan kita daripada sebarang jangkitan penyakit, meningkatkan kesihatan jantung serta bersifat anti-kanser. 

Oh ye, kurma ajwa juga kaya dengan zat magnesium iaitu mineral untuk zat anti-radang yang tertinggi setanding dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan juga ibuprofen.


6. Mengurangkan Tekanan Darah

Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, apa kata cuba dahulu kurma ajwa ni. Dipercayai kurma ajwa kaya dengan kandungan magnesium yang mana jika diamalkan dapat membantu menurunkan tekanan darah tu.

Harga Semasa Kurma Ajwa

Kurma ajwa asli madinah, kurma ajwa, kurma nabi, khasiat kurma ajwa asli, khasiat kurma nabi, kurma.ajwa asli rihura

Disebabkan kurma ajwa kini mendapat permintaan yang tinggi di seluruh negara terutama di bulan Ramadhan, harganya boleh mencecah lebih RM100.00. Tapi, ianya bergantung jugak pada gred kualiti kurma ajwa tersebut. Tapi, kalau korang jumpa harga kurma ajwa jauh lebih murah, lebih baik berhati-hati kerana bimbang kurma tersebut adalah tiruan ataupun telah dicampur dengan kurma lain.

Kurma ajwa asli madinah, kurma ajwa, kurma nabi, khasiat kurma ajwa asli, khasiat kurma nabi, kurma.ajwa asli rihura

Hmm lepas ni tak payah nak risau dengan kurma ajwa tiruan bagai sebabnya korang boleh dapatkan kurma ajwa asli Madinah keluaran Rihura. Kinah dah try dah kurma ajwa asli madinah Rihura ni tau. Saiznya lebih besar, sedap dan mengeyangkan. Dah nak habis dah satu bungkus tu. Memang puas hati la sapa yang beli kurma ajwa asli Madinah Rihura ni.

Jika kita amalkan kurma ajwa asli Madinah ni, pelbagai khasiat yang akan kita peroleh. Antaranya ialah
  1. Hindari segala jenis penyakit dan racun (jadikan amalan makan ajwa ini) 
  2. Tingkatkan tenaga sepanjang hari bekerja
  3. Sesuai utk ibu mengandung, wanita ikhtiar hamil 
  4. Banyakkan susu badan
  5. Suburkan kaum lelaki
  6. Kuatkan rambut, tulang dan gigi
  7. Lebatkan rambut anak
  8. Meransang pertumbuhan minda dan otak
  9. Anak lebih cerdas dan bijak
  10. Menghalang racun dalam badan
  11. Mengeluarkan santau, sihir, penyakit misteri, buatan orang dari tubuh
  12. Melancarkan sistem pencernaan dan lawas
  13. Penuhi nutrisi tubuh badan (kuatkan antibodi)
  14. Meningkatkan stamina utk ibu mengandung bersalin

Korang yang nak cuba kurma ajwa asli Madinah Rihura ni, bolehlah pilih ikut kuantiti yang korang nak.

Kurma ajwa asli madinah, kurma ajwa, kurma nabi, khasiat kurma ajwa asli, khasiat kurma nabi, kurma.ajwa asli rihura

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kurma ajwa asli Madinah keluaran Rihura, boleh layari ke Facebook page Rihura official atau boleh whatsapp terus ke nombor 

Wednesday, 13 May 2020

,
Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara | Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua. Hari ni kinah nak kongsi dengan korang dengan satu produk kecantikan khusus bagi mereka yang mempunyai masalah kulit.

Produk kali ni bukanlah produk untuk luaran tapi ianya adalah suplimen makanan tambahan yang begitu mudah diamalkan dan begitu banyak manfaatnya kepada golongan wanita terutamanya.

Sebelum ni kinah banyak lihat feedback dan review yang baik dari kawan-kawan. Jadi, kinah pun teringin nak mencuba Mylara Skincare ni. Apabila rujuk dengan mereka mengenai masalah kulit kinah, kinah direkomenkan dengan CollaRa ni. Selain produk kesihatan CollaRa ni, mereka juga mempunyai set penjagaan kulit yang lengkap dari cleanser sehinggalah night cream.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai semua produk Mylara Skincare, korang boleh terus ke website official mereka. 

Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara

Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara

Mengenai Mylara Skincare

Untuk pengetahuan semua, MYLARA Skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. 

MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.


Kelebihan Pengambilan Mylara Platinum Series Collara 

Dengan pengambilan CollaRa, korang bukan saja dapat merawat kulit dari dalam saja malah
  1. Mencerahkan kulit
  2. Mengurangkan jerawat dan jeragat
  3. Merawat parut jerawat dan parut luka lama
  4. Mengurangkan masalah kulit terbakar / sunburn
  5. Membantu merawat masalah dalaman wanita

Ramuan Yang Digunakan 

Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara

Dekstrosa Monohidrat, Campuran Beri (Beri Hitam, Elderberi, Raspberi, Beri Biru), Susu Skim Segera (Protein Susu), Maltodekstrin (Gluten), Vanila Kolagen Ikan, Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Sireh, Parameria Barbata (Serapat), Pueraria Lobata, Vitamin C, Sukralosa, Silikon Dioksida.  

Cara Pengambilan

Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara

Hanya ambil 3 sudu CollaRa setiap hari dengan menggunakan sudu yang disediakan dan tuang saja ke dalam mulut. Ambil CollaRa pada waktu pagi iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Pengambilan CollaRa ni maksima 4 sudu sehari je ye. Jangan terlebih pulak. Untuk dapatkan kesan lebih optimum, jangan lupa minum air secukupnya

Harga Mylara Platinum Series Collara

Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara

Kalau ikut harga asal ialah RM150.00. Disebabkan sekarang tengah ada promosi cuma RM75.00 saja. Meh lekas siapa nak cantik sebelum raya dah boleh order sekarang.

Whatsapp : 013-9200960
e-mail mylaraskincare@gmail.com


Tuesday, 21 April 2020

,
Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser| Memilih pembersih muka yang bersesuaian mengikut jenis kulit adalah sangat penting. Kalau tersalah pilih, kemungkinan kulit muka kita akan mengalami masalah atau breakout kerana bahan yang digunakan mungkin tidak sesuai atau kulit kita alah dengan bahan yang digunakan.

So, hari ni kinah nak kongsi dengan korang produk penjagaan muka yang sesuai dengan pelbagai jenis kulit iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature. Apa yang best dengan cleanser ni, ianya mampu membersihkan segala kotoran yang ada dikulit kita termasuklah make up.

So, korang yang tengah survey nak cari pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, Aloe AC Clean Bubble Cleanser la jawapanmya.

Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, cleanser untuk kulit berminyak, cleanser untuk kulit jerawat dan berminyak pencuci muka, bubble cleanser

Mengapa Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansagee Nature Menjadi Pilihan

Sejak mengandung kali kedua ni, kinah mengalami perubahan hormon yang agak ketara seperti kulit cepat kering, naik jerawat dan paling ketara kulit nampak kusam. Agak stress jugak la sebab sebelum ni tak ada pun.

Sejak kinah mengggunakan bubble cleanser secara konsisten ni, dah nampak dah perubahan pada kulit muka ni. Kulit muka dah nampak lebih lembap, jerawat walaupun naik sikit, tapi beberapa hari kemudian dah kecut dan paling ketara kulit kinah dah tak kusam dah dan pori semakin mengecil. Happy sekarang ni tau. Tak menyesal la kinah pilih Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni untuk skincare kinah sekarang.

Satu lagi paling best apabila guna cleanser ni, bila korang pakai makeup, korang dah tak perlu nak buat double cleansing, sebabnya aloe bubble cleanser keluaran Hansaegee Nature dapat membersihkan segala kotoran yang ada di muka kita secara total. Haaaa kan dah jimat masa korang kat situ.

Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, cleanser untuk kulit berminyak, cleanser untuk kulit jerawat dan berminyak pencuci muka, bubble cleanser

Korang boleh rujuk gambar di atas, kinah ada buat perbandingan sebelum dan selepas menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser apabila menggunakan makeup. Korang boleh nampak selepas menggunakan Hansaegee Cleanser kesan makeup tadi lebih bersih berbanding sebelumnya. (Sila abaikan lebam ditepi tu ye, pagi semalam ambik darah)


Kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature 

Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, cleanser untuk kulit berminyak, cleanser untuk kulit jerawat dan berminyak pencuci muka, bubble cleanser

Selain perubahan yang kinah cerita selepas guna bubble cleanser ni, sebenarnya banyak lagi kebaikan aloe bubble cleanser ni antaranya jika kulit muka korang jenis berminyak, aloe bubble cleanser ni dapat membantu mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan, memberi kelembapan kepada kulit walaupun selepas dicuci, membersih kulit muka secara mendalam, mencerahkan kulit, menyingkirkan sel kulit mati, merawat kulit sunburn dan mengawal pertumbuhan jerawat.


Kandungan Dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Buat pengetahuan semua, terdapat dua bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Aloe Bubble Cleanser ni antaranya ialah Aloe Vera dan juga Daun Teh Hijau. Gabungan kedua-dua bahan ni di dalam Aloe Bubble Cleanser menjadikan kulit kita semakin sihat dan semakin berseri. 

Cara Guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, cleanser untuk kulit berminyak, cleanser untuk kulit jerawat dan berminyak pencuci muka, bubble cleanser

Cara nak guna aloe bubble cleanser ni mudah aje, korang boleh guna dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum nak tidur. Pastikan muka dan tapak tangan basah sepenuhnya tau, kemudian pam aloe bubble cleanser ke tapak tangan dan ratakan cleanser tersebut di muka.

Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, cleanser untuk kulit berminyak, cleanser untuk kulit jerawat dan berminyak pencuci muka, bubble cleanser

Oh ye sebelum lupa, bila tapak tangan dan muka basah sepenuhnya buih dia kan jadi lebih banyak. Urut selama beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Dah settle. Mudah aje kan. Kemudian korang boleh sambung dengan skincare routine korang pulak.

Review Kinah Sepanjang Guna Aloe  AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, cleanser untuk kulit berminyak, cleanser untuk kulit jerawat dan berminyak pencuci muka, bubble cleanser

Buat pengetahuan korang, sebelum ni kinah pernah cuba aloe bubble cleanser ni tau dan hasilnya memang puas hati dan langsung tiada kesan keradangan, merah-merah di muka dan sebagainya. Kemudian saja gatai tukar clenser lain, biasalah suka cuba sesuatu yang baru, memang la serasi dengan kulit, tapi sejak mengandung dah jadi tak serasi pulak dengan cleanser tu. Nak tak nak, kinah guna semula Aloe Bubble Cleanser ni dan alhamdulillah serasi dengan perubahan hormon sekarang ni.

Satu lagi bagusnya cleanser ni, satu botol ni boleh tahan lama ye, mengikut berapa kerap korang guna. Kalau sebelum ni, kinah punya bubble cleanser ni boleh tahan selama 3 bulan okeh. Hahhh jimat poket i nak beli cleanser baru. Kan dah berjimat kat situ.

Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, cleanser untuk kulit berminyak, cleanser untuk kulit jerawat dan berminyak pencuci muka, bubble cleanser

Bila kita apply Hansaegee Cleanser di muka kita, korang boleh tengok betapa gebunya la buihnya tu. Semakin lama buihnya semakin banyak dan lembut je di wajah kita. Korang yang berminat nak beli dan mencuba Aloe Bubble Cleanser Hansaegee Nature korang boleh dapatkan terus dari website mereka seperti yang tertera di bawah ye.

Kulit Semakin Bersih dan Lembap Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, cleanser untuk kulit berminyak, cleanser untuk kulit jerawat dan berminyak pencuci muka, bubble cleanser

Saturday, 7 March 2020

,
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab | Walaupun berhijab, aspek kebersihan perlu juga dititikberatkan terutama sekali di bahagian rambut dan kulit kepala. Jika dibiarkan mulalah rambut kita akan ada masalah seperti berbau, kelemumur dan paling teruk keguguran rambut. Stress oii bila banyak rambut yang gugur ni.

Selari dengan perkembangan semasa pada masa kini, setelah menjalani proses R&D akhirnya, Safi kini telah melancarkan satu lagi rangkaian syampu Safi Shayla yang sepertimana kita tahu khusus buat mereka yang berhijab iaitu Safi Shayla Botani Silk. Tak berhijab pun boleh juga pakai rangkaian Safi Shayla Botani Silk ni.

Safi Shayla Botani Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab

Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab
Bila tahu Safi mengeluarkan rangkaian Safi Shayla Botani Silk, kinah terus dapatkan 3 varian syampu Safi Shayla Botanical Silk iaitu Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care, Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue, Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment. Kenapa sampai 3 botol sekali kinah beli? Sebabnya ada banyak manfaat dan kebaikan setiap botol ni mengikut jenis masalah rambut kita.


Mengapa Safi Shayla Botani Silk Perlu Dimiliki Oleh Wanita

Kenapa kinah kata rangkaian Safi Shayla yang baru ni perlu dimiliki oleh wanita kerana ianya diformulasi 100% daripada Aktif Botanical dan apa yang penting ianya 0% Paraben dan semestinya halal. Apa yang best dengan syampu safi yang baru ni, baunya kekal harum di kepala selama 48 jam tau. Mak kinah pun dah cuba syampu ni dan dia sendiri akui rambutnya wangi je hehe. Kalau korang tak percaya korang kena cuba sendiri.

Satu lagi sebab mengapa syampu safi botanical silk perlu dimiliki oleh wanita kerana ramuan yang digunakan seperti organic habbatus sauda serta minyak argan yang begitu kaya dengan nutrien dan mampu


Syampu Safi Shayla Botani Silk Silky Sheen Care

Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab
Botol hijau yang dihiasi dengan bunga ros pink ni diformulasi khusus buat mereka yang mengalami masalah rambut kering, susah diurus dan kusam. Mengandungi pati organik Habbatus Sauda, minyak argan dan pati minyak bunga ros yang mana ketiga-tiga ramuan ini dikatakan dapat membantu mengembalikan kelembapan rambut secara semulajadi, mengembalikan sinaran rambut, menguatkan rambut serta rambut lebih mudah diurus.


Syampu Safi Shayla Botani Silk Hair Fall Rescue

Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab
Bagi mereka yang mengalami masalah rambut kering dan rambut gugur, korang perlu cuba Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue ni. Mengandungi organik Habbatus Sauda, minyak argan serta minyak bunga matahari yang membekalkan khasiat emolin secara semulajadi. Ramuan yang telah diformulasi ni dapat membantu merawat rambut gugur serta menguatkan akar rambut. InsyaAllah dengan penggunaan secara konsisten, masalah rambut rapuh dan gugur akan berkurangan.


Syampu Safi Shayla Botani Silk Intense Nourishment

Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab
Varian yang ketiga ialah sesuai bagi mereka yang mengalami masalah rambut kering dan rosak. Rambut kering dan rosak ni biasa terjadi akibat penggunaan pengering rambut terlalu lama. Jadi, bagi membantu atasi masalah ni, korang perlu cuba Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment. Mengandungi organik Habbatus Sauda, minyak argan serta minyak chamomile. Dipercayai kandungan minyak chamomile dapat membantu melembapkan serta memberi kesuburan semula kepada rambut dan dengan itu rambut akan lebih lembut dan lebih sihat.


Cara Penggunaan Rangkaian Safi Shayla Botanical Silk

Mudah saja nak guna syampu Safi Shayla Botanical Silk ni. Hanya pam mengikut keperluan rambut, kemudian ratakan syampu pada rambut basah, urut kepala dan kalau ikut style kinah, kinah biarkan dulu syampu dalam beberapa minit, kemudian baru bilas dengan air sehingga bersih.
Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab
Kinah dah cuba Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue tu. Bau dia wangi sangat. Rambut pun lebih mudah diurus dan paling best baunya tahan lama ok. Bila pakai buka tudung lepas pakai sepanjang hari, baunya masih wangi dan masih segar. Akhirnya jumpa jugak syampu yang serasi. Terima kasih Safi.

Korang yang nak mencuba rangkaian Safi Shayla Botanical Silk ni, dah boleh dapatkan di semua rangkaian hypermarket, Shopee, Lazada dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari website https://safi.com.my/


Saturday, 22 February 2020

,
Rahsia Puteri Feminine Wash Rahsia Wanita Sejati | Penjagaan bahagian intim perlu diambil berat oleh setiap wanita. Jika kita abaikan kebersihan di situ, maka akan timbullah pelbagai masalah seperti keputihan, gatal-gatal dibahagian intim dan jika dibiarkan kemungkinan akan berlaku jangkitan. 

Tak nak kan jadi macam tu. 

Penjagaan bahagian intim ini, bukannya kita boleh guna sebarang sabun seperti sabun mandi tu. Sebabnya bahagiam intim kita ni mempunyai nilai pH berasid secara semula jadi yang membantu mengekalkan keseimbangan bakteria yang baik dan tak baik. Oleh sebab itulah kita memerlukan feminine wash yang khusus untuk bahagian intim kita. Hari ni kinah nak kongsi dengan korang feminine wash yang menjadi pilihan kinah iaitu Rahsia Puteri Feminine Wash.


Mengapa Rahsia Puteri Feminine Wash Menjadi Pilihan

Rahsia Puteri Feminine Wash, feminine wash, pembersih wanita,
Rahsia Puteri Feminine Wash
Kalau korang nak tahu mengapa Rahsia Puteri Feminine Wash menjadi pilihan wanita pada masa kini adalah disebabkan ianya diformulasi dengan bahan semula jadi seperti campuran ekstrak herba yang dapat membersihkan kawasan intim, memberi kesegaran serta mengekalkan kesihatan di bahagian intim kita.

Kebaikan Menggunakan Rahsia Puteri Feminine Wash

  • Melindungi daripada jangkitan dan kerengsaan bahagian intim
  • Mencegah bau yang kurang menyenangkan
  • Mengurangkan keputihan
  • Menganjalkan kulit secara semula jadi
  • Mengurangkan kekeringan pada bahagian intim

Kandungan Rahsia Puteri Feminine Wash

Rahsia Puteri Feminine Wash, feminine wash, pembersih wanita,

Rahsia Puteri Feminine Wash mengandungi beberapa campuran herba semulajadi seperti :

Pueraria Mirificia (Lobata) 

  • Mengurangkan simptom menopaus
  • Mengurangkan kekeringan bahan intim
  • Memulihkan epitelium bahan intim

Manjakani

  • Melindungi organ bahagian intim daripada jangkitan kulat, bakteria, 
  • Mengurangkan keputihan berlebihan

Kacip Fatimah

  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Menggalakkan sintesis kolagen kulit
  • Sebatian fenolik & flavonoid dalam tumbuhan

Daun Sirih

  • Bertindak sebagai antioksidan semulajadi untuk menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan bau yang kurang menyenangkan

Bawang Putih

  • Melindungi daripada jangkitan virus, bakteria dan yis
  • Mengurangkan tindak balas alahan

Cara Penggunaan Rahsia Puteri Feminine Wash

Rahsia Puteri Feminine Wash, feminine wash, pembersih wanita,

Langkah 1 
Basahkan bahagian intim dengan air

Langkah 2
Picitkan Pro Care Rahsia Puteri Feminine Wash pada tapak tangan

Langkah 3
Basuh bahagian intim dengan lembut, kemudian biarkannya selama 30 saat sahaja. Akhir sekali bilas sehingga bersih.

Harga Rahsia Puteri Feminine Wash

Korang yang berminat nak mencuba Rahsia Puteri Feminine Wash, ianya didatangkan dengan harga berikut:

30 ml = RM 15.00
100 ml = RM43.00
30 ml + 100 ml = RM 50

Rahsia Puteri Feminine Wash, feminine wash, pembersih wanita,
Rahsia Puteri Feminine Wash, feminine wash, pembersih wanita,

Untuk maklumat lanjut tentang produk Rahsia Puteri Feminine Wash ni, korang boleh layari:


Korang yang berminat nak tambh pendapatan, bolehlah rebut peluang perniagaan dengan Puteripreneur dengan menghubungi Y.S.P Industries (M) di 012-4954288

Saturday, 18 January 2020

,
Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule | Amalan gaya hidup yang sihat sedikit sebanyak memberi impak kepada kehidupan dan kesihatan seseorang. Tetapi, bagaimana pula mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana sibuk dengan urusan seharian. Semestinya badan rasa lemah, lesu dan tak bermaya sepanjang hari bukan. Tak boleh juga dibiarkan begitu.

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat, kita juga digalakkan untuk mengambil makanan tambahan ataupun supplemen untuk membantu kita mencapai tahap kesihatan yang optimum. Ayuh kita, kekal bertenaga sepanjang hari dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule.

Kekal Bertenaga Sepanjng Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule

Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule

Shine Goldvite F Softgel Bagus Untuk?

Korang yang tengah survey untuk supplemen, korang boleh cuba Shine Goldvite F Softgel ni. Shine Goldvite F Softgel ni dapat membantu :
  • Dapat meningkatkan kesihatan umum
  • Dapat meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita 
  • Dapat meningkatkan kesihatan sendi dan tulang
  • Dapat meningkatkan kesihatan anak-anak

Bahan Utama Shine Goldvite F Softgel

Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule
Mesti korang nak tahu bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Shine Goldvite F Softgel ni kan. Kalau nak tahu terdapat 3 bahan utama yang digunakan antaranya ialah :
  1. Ekstrak Ginseng Korea - meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.
  2. Royal Jelly - sebagai kunci untuk panjang umur
  3. 17 jenis multivitamin dan mineral untuk membekalkan nutrisi.

Kebaikan Amalkan Shine Goldvite F Softgel

  1. Kekal bertenaga dan lebih peka sepanjang hari
  2. Tiada lagi air kopi untuk menghadapi afternoon slump
  3. Meningkatkan tumpuan semasa bekerja
  4. Menyokong tekanan badan sebagai tindak balas untuk mempercepatkan proses pemulihan
  5. Melengkapkan nutrisi pemakanan

Siapa yang Digalakkan untuk Mengambil  Shine Goldvite F Softgel

  1. Mereka yang bekerja / pekerja yang berkerja peralihan waktu atau shift
  2. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas
  3. Mereka yang melalui kehidupan yang sibuk dan aktif
  4. Mereka yang mudah penat atau cepat letih
  5. Pengembara yang sering hadapi jet lag
  6. Mereka yang perlu berjaga sehingga lewat malam. Contohnya pemandu bas atau lori
  7. Mereka yang ingin cepat sembuh daripada sakit
Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Shine Goldvite F Softgel Capsule
Macam kinah sekarang sejak Thahirah dah bersekolah rutin harian dah berubah. Kalau dulu tak perlu hantar ke sekolah, sekarang kinah yang hantar. Balik dari sekolah terus masak untuk makan tengahari. Memang penat sikit la. Waktu malam pula biasanya lepas Thahirah dah tidur baru ada masa nak siapkan kerja blog pulak. Kekadang tu, baru je bukak laptop mata dah mengantuk huhu.

Korang yang nak cuba Shine Goldvite F Softgel ni, sebaiknya tanya dulu pada pakar perubatan ye. Bukannya apa, bimbang ada kandungan  Shine Goldvite F ni yang tak sesuai dengan korang.

Siapa yang Tak Boleh Ambil Shine Goldvite F Softgel 

Perlu diingatkan ye, tak semua orang boleh consume supplemen ni ye. Antaranya ialah
  • Ibu yang sedang hamil dan sedang menyusu
  • Mereka yang ada alahan dengan produk berasaskan madu lebah 
  • Mereka yang menghidap asma

Dos yang dicadangkan adalah 1 biji Shine Goldvite F Softgel sahaja ye dan diambil pada setiap hari selepas makan.

Dari segi harga pula, harga sekotak SHINE Goldvite F Softgel adalah RM39.90.

Sekarang ini tengah ada promosi sempena pelancaran SHINE Goldvite F Softgel. Korang boleh beli 2 botol SHINE Goldvite F Softgel dengan diskaun 15%. Maknanya 2 botol pada harga RM67.83. Jimat sebanyak RM11.97.

Untuk maklumat lanjut tentang SHINE Goldvite F Softgel, korang boleh layari:

Website:
http://egreenbeans.com

Facebook: https://www.facebook.com/egreenbeans

Instagram: https://www.instagram.com/egreenbeans

Tuesday, 31 December 2019

,
Cabaran Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc Selama 30 Hari | Masih ingat lagi tak kinah pernah cerita pasal minuman kolagen Jeanc sebelum ni?. Mungkin ada yang ketinggalan, tapi takpe korang boleh baca post tu nanti. Kali ni kinah nak share pengalaman kinah selama 30 hari mengamalkan minuman kolagen Jeanc ni. Nak tahu sama ada minuman kolagen ni ok ke tidak pada kinah, korang boleh baca pengalaman kinah sepanjang menyahut cabaran minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc Selama 30 Hari.

Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc


Cabaran Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc Selama 30 Hari

Kalau korang dah baca post kinah sebelum ni, korang boleh nampak keadaan kulit muka kinah nampak kusam saja. Parut jerawat tak usah cakap la. Tambah pula usia dah masuk 30 an ni, dah mula nampak garis-garis halus di muka. Disebabkan masalah tu, kinah menyahut cabaran 30 hari minum collagen drink Hydrolyzed collagen Jeanc. 

Baca Juga Di Sini : Minuman Kolagen Malaysia Jeanc

Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc
Keadaan sebelum kinah amalkan minuman kolagen Malaysia Jeanc, korang boleh tengok betapa kusamnya kulit kinah, tona kulit pun tak sekata, kulit pun nampak kering dan nampak gelap je. Bila tengok muka sendiri dalam cermin, rasa macam ehh betul ke hahah. Teruk sangat rupanya.
Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc
Gambar yang ni adalah gambar pada hari ke 10. Nak kata ada perubahan, masih awal lagi nak nampak perubahannya, tapi kulit kinah dah mula nampak lembap. Kesan parut jerawat dan parut ketuat sebelum ni masih nampak lagi. Takpe, kita tunggu lagi hasilnya bila genap 30 hari nanti ye.
Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc
Pada hari ke 20 pula parut jerawat dah mula pudar, kulit pun dah tak kusam seperti sebelumnya. Cuma naik pulak jerawat seketui tu. Tapi takpe la, perubahan hormon barangkali.
Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc
Pada hari ke 30 pula, kinah memang dah berpuas hati dah. Banyak perbezaan dari hari ke 10 hinggalah ke hari 30 ni. Kulit kinah makin lembap, semakin cerah, jerawat yang seketui naik haritu pun dah mula kecut. Kalau korang nak tahu, masa ni kinah tak pakai apa-apa krim pun ye. Orang putih kata "naked face" huhu.

Selepas menyahut cabaran 30 hari minum hydrolyzed collagen drink Jeanc ni, korang boleh tengok perubahan pada setiap 10 hari. Memang Jeanc sekarang ni kinah amalkan selain penggunaan skincare yang sesuai dengan kulit kinah.

Korang yang nak mencuba minuman kolagen Jeanc ni boleh terus ke laman web yang kinah sertakan di bawah ni. Untuk maklumat lebih lanjut dan rujukan boleh layari laman web https://jeanc.my dan media sosial Facebook dan Instagram